Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikenal pasti terbabit dalam demostrasi di hadapan Ibu Pejabatnya baru-baru ini.
Ketua Pegawai Integriti PKNS, Norita Mohd Sidek berkata, NGO terbabit dilihat memperdayakan penduduk dengan menghasut supaya penduduk membuat tuntutan yang tidak berasas.
Pihaknya percaya penduduk terbabit dipergunakan untuk mencapai agenda tertentu dan menyakinkan mereka kononnya PKNS perlu mengambil alih hutang rumah mereka.
“Sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri yang berpengalaman 48 tahun dalam pembangunan hartanah, PKNS tidak akan sewenang-wenangnya membuat keputusan yang boleh membawa kerugian atau tanggapan negatif terhadap syarikat itu.
“Kami tidak menyalahkan penduduk berkenaan. Mereka sebenarnya diperdayakan NGO-NGO tertentu yang menyakinkan mereka kononnya PKNS perlu mengambil alih hutang rumah mereka.
“Namun, kami ingin menasihatkan semua penduduk perumahan PKNS supaya jangan terperdaya dengan hasutan ini kerana ia adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan media.
Norita menegaskan bahawa PKNS tidak pernah mengeluarkan walau sesen untuk menyelamatkan Talam Corporation seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Selain itu, PKNS turut mengingatkan semua penduduk perumahan PKNS agar tidak memberikan maklumat peribadi mereka seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad pengenalan dan nombor telefon kepada NGO terbabit.
“Kami melihat adanya borang yang diedarkan oleh NGO tertentu yang meminta penduduk mengisi maklumat peribadi mereka sebagai desakan kepada PKNS untuk melangsaikan hutang rumah mereka. NGO itu juga dipercayai mengutip RM10 bagi setiap borang.
“Kami tidak mahu maklumat itu akan disalahguna. Jika ada mana-mana penduduk yang keliru mengenai isu ini, sepatutnya mereka datang terus ke PKNS dan kami bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan. Tidak perlu melalui orang tengah atau berdemonstrasi kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan,” katanya.
Baru-baru ini, seramai 350 pembeli rumah PKNS menuntut perbadanan itu mengambil alih hutang rumah mereka yang keseluruhannya berjumlah RM50 juta.

3 ulasan:
Hai nampaknya pelbagai cara Omnu ni buat. Yang herannya Talam ni Era Omnu
dulu tak pula Ngong ni sebok masa tu.
Beginilah nasib desperado.
Yang pembeli rumah pi ikut dapatlah
mandi peluh hutang rumah kena bayar juga. Agreement kata kena bayar kena bayarlah kenapa ikut bengong juga!
dalang sebenar ni umno kot??.. betul perangai mcm setan..
Jelasnya UMNO la yg tlah jdikn Umat Melayu Naif Otak nya!
Mreka tlah di mandulkan mindanya!
Mreka juga tlah di kembiri otaknya!
Pemikiran mreka tlah di jumudkan!
Pemahaman mrka tlah di pesongkn dgn fkta2 auta yg sngja
diputarbelitkn.
Maka jdi t/jwb penykong2 & pndokong PR utk menerang pd mrka!
Jka jdi jiran anda usah dimusuhi.
Dekati & dakwahi mrka wlu pnykong tegar Be End!
Aku pasti, kpd yg inginkan perubahan mampu
utk brhujah & mncerahkan minda mrka yg naif &
jumud otaknya tu.
Amal makruf nahi mungkar adlh asas dkwah smbil
brpolitik.
Sarankn usah brsengkokol dgn kmungkaran
pmimpin2 UMNO Be End yg kini tlah mrosakan
sistem pentadbiran ngra kita!
Apa guna hnya kta sja yg tahu kebobrokn
pemimpin2 Umat Melayu Naif Otak Be End tu
kalau kita tk kongsikn dgn org lain!
Bukan umpat keji ikut emosi jka trima back fire.
Gunalah diplomasi wlu prlu ckap brulang2 kali!
Krja dkwh ni mnympaikn kbenaran namun, Allah
Jua yg akn mncmpakn benih ksedaran pd hti
seseorg yg dikhendaki Nya.
Yakin Berani & Tawakal.
InsyaAllah Putrajaya dpt ditawan.
Catat Ulasan