9 Okt 2012

Orang Cina Sokong PAS, Tak Hairan Dengan Bayaran "One-Off" Najib



Bajet 2013: Sekadar ambik, sokong tidak

KUALA LUMPUR: Di Johor, orang tidak tanya MCA akan tinggal berapa kerusi sahaja lagi tetapi orang tanya tinggal berapa orang sahaja lagi di dalam MCA, kata Mohamad Sabu.

"Itu baru di Johor, tempat lain pun sama atau mungkin lebih teruk untuk Umno BN (Barisan Nasional)," katanya lagi.

Timbalan Presiden PAS itu menyatakan demikian merujuk kepada kesan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan tidak memberi kesan besar kepada perubahan sokongan rakyat untuk menyokong BN.

Di Johor katanta, MCA dalam keadaan nazak, dan bajet BN itu tidak mungkin akan memberi nyawa baru untuk menyelamatkan parti itu.

Menjelaskan lebih lanjut apa yang dimaksudkannya itu, Mohamad berkata, rata-rata orang Cina tidak peduli pun belanjawan itu kerana yang lebih penting bagi mereka ialah tarikh pilihan raya kerana mereka sudah tidak sabar hendak menamatkan cengkaman kuasa Umno Barisan BN.

"Itu belanjawan untuk menyasarkan sebahagian orang Melayu, sebab orang Cina tidak hairan dengan duit RM250 sekali bagi itu," katanya.

Malah, katanya, orang-orang Cina rata-ratanya tidak mengendahkan umpan yang bertujuan memancing undi mereka itu.


Mohamad berkata, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu apabila meneruskan amalan 'memberi ikan dan bukan kail' kepada mereka melalui pemberian duit sekali bagi dan pemberian-pemberian lain seumpamanya.

"Ketika bangsa lain boleh diumpamakan sudah maju dengan peralatan canggih untuk menangkap ikan di laut dalam, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu dengan memberikan ikan kepada mereka dan bukan memberi kail," katanya lagi.

Mohamad berharap orang-orang Melayu menolak perbuatan menghinakan mereka dengan duit sekali bagi seperti itu dan menuntut penyelesaian jangka masa panjang terhadap masalah asas mereka.

Umpamanya, kata beliau, masalah pengangguran yang sebahagian besarnya melibatkan orang-orang Melayu.

"Belum kira lagi yang tidak graduan, yang bertaraf siswazah pun sehingga 40,000 orang menganggur kebanyakannya berbangsa Melayu," katanya.

Beliau meminta orang-orang Melayu berfikir, adakah duit sekali bagi RM250 boleh menyelesaikan masalah mereka? "Jangan biarkan kerajaan Umno BN hina kita dengan gula-gula murahan seperti itu," kata Mohamad.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BILA NAK LANCAR HIJAU 2 KEPUTRAJAYA?

Tanpa Nama berkata...

Betul kata orang Cina, Melayu perlu memikir untuk berdiri atas kaki sendiri bukan sahaja bergantung sepenuhnya kepada kerajaan. Duit 250 tu cukup untuk bayar tol and minyak pergi balik KL - Penang aje. Namun rata rata akal Melayu pendek sehingga sanggup membenggapkan diri pada si Bahalol selama 50 tahun lebih. Lagi banyak anak masok universiti, lagi ramai dapat ijazah toilet paper. Kelulusan TAR Kolej tak nak pula di cari, malah universiti senang lulus pass 40% di ambilnya.

Apa nak jadi....

Tanpa Nama berkata...

I tak berniat nak hina bangsa melayu tapi tolong fikir masak - masak takkan maruah kamu bernilai RM250 saja? Hak kita sebagai rakyat M'sia bukan hanya RM250 saja sebalik hak kita lebih dari itu dan jangan kita dimanjakan dengan benda sedemikian kerana untuk maju kita kena berusaha sendiri bukan selalu duduk dan mengharapkan 100% bantuan kerajaan sebagai kerajaan BN / UMNO buat. Biarlah kerajaan beri bantuan sebanyak 50% paling maksimum selebihnya kita sendiri yang usahakan barulah kita dapat nikmati kejayaan hasil usaha kita sendiri, barulah agama Islam dipandang tinggi oleh orang bukan beragama Islam. Lu fikirlah sendiri.