9 Okt 2012

Mahathir Punca Melayu Hilang Jati Diri

Shah Alam: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang lebih mementingkan pembinaan monumen hebat dan bersejarah di zaman pentadbirannya didakwa menjadi punca negara hilang daya saing dalam pelbagai bidang berikutan kemerosotan moral di kalangan rakyat.

Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Datuk Dr Siddiq Fadzil berkata pembinaan monumen yang dikatakan menjadikan negara lebih maju dan moden berkisar dari segi pembangunan fizikal dan material semata-mata.

Katanya, amalan sebegitu yang lebih diutamakan Dr Mahathir menyebabkan negara pada masakini menghadapi masalah moral yang kritikal di samping sistem pentadbiran negara dibelenggu gejala rasuah berleluasa.

Menurutnya, pembangunan insan diabaikan menjadi punca umat Melayu beragama Islam hilang jati diri serta tahap kerohanian runtuh dan lemah.

“Di zaman Dr Mahathir dulu apa dipentingkan ialah pembinaan monumen-monumen yang dibanggakan hingga apa dikatakan dengan slogan seperti “Bersih, Cekap dan Amanah”, “Malaysia Boleh” dan yang lain tinggal slogan sahaja.

“Apa ditinggalkan ialah pembangunan dan pembentukan insan yang merupakan asas kekuatan umat Melayu Islam,” katanya dalam Bengkel Bedah Buku “Islam & Melayu” hasil karyanya di Universiti Selangor (Unisel) di sini semalam.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan, Dr Halimah Ali dalam ucapan perasmiannya berkata, program diadakan itu adalah program yang mengupas satu isu yang amat penting di kalangan orang Melayu beragama Islam di negara ini.

Beliau berkata, pihak penganjur wajar dipuji kerana mengadakannya dan membincangkan persoalan itu secara ilmiah dan berfakta.

“Jati diri Melayu sama juga dengan jati diri bangsa lain, harus dipertahankan dengan masing-masing punya kelebihan dan kelainan.

Bagi bangsa Melayu tentunya Islam menjadi paksi jati diri mereka,” katanya.

Turut hadir, Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad; Dekan Fakulti Perniagaan Unisel, Profesor Dr Mohd Fuad Salleh; Penasihat Editor Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abdul Jalil Ali.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Jati diri orang Melayu merosot kerana kerajaan UMNO / BN selalu memberi bantuan kebajikan alah kerajaan Britain yang mana orang tidak berusaha pun boleh dapat bantuan, yang akhirnya lahirlah masyarakat yang terlalu mengharap bantuan kerajaan dan malas untuk berdikari. Kejayaan tidak boleh dicapai dari dulu, kini dan selamanya kalau kita selalu mengharapkan bantuan kerajaan 100%. Kalau ia pun kita nak bantuan kerajaan biarlah kerajaan membantu kita sebahagian dan yang selebihnya kita usaha sendiri barulah kita dapat menikmati kejayaan hasil usaha tangan kita sendiri.Fikirkanlah sendiri sama ada kata saya ini betul atau tidak.

pendang berkata...

malaon ni jugak pinggirkan pertanian sebab sibuk nak jadi negara industri.

pinggirkan pertanian sama mcm pinggirkan melayu.

bila pak lah jadi PM, dasar pertanian negara dihidupkan kembali. tapi sayang dah lambat, rasuah dah bermaharajalela, dasar cuma bagus atas kertas, pelaksanaan hancus. yg dapat tanah projek pertanian semuanya yg kaya2.. melayu kampung terus melopong. padan muka semua.

Tanpa Nama berkata...

Umno mmng nk melayu terus bergntung pd mereka..xnk lihat melayu maju,bila melawan ugut bantuan akn d tarik blik ..tnpa kite sedar sgala harta negara mereka dh rompak..sbb ape?sbb kite xberani bersuara..tp kuasa tuhan sape yg th,yg batil pasti terbongkar jg bila rakyat telah bangun melawan..kite tgk skng perompak2 harta negara panas punggung bila parti mereks nk terbarai..mcm2 knyataan bodoh yg kluar dr mulut mereka masih nk ugut rakyat..ptt nye insaf la tp masih xsedar..agak2 tuhan mane yg mereka sembah

wak berkata...

Tun M memang berjaya membangunkan bagunan, tetapi dia gagal membangunkan orang yang membangunkan bagunan itu...

Tanpa Nama berkata...

bangunkan negara ok no problem...tapi dgn bersekali dgn pembangunan ummah/islam, baru ok, baru kena...

Tanpa Nama berkata...

Yap Tun M memang hebat dalam berfikir untuk memajukan Negara ni...tapi bab fizikal aje la...bab rohani dan spiritual balik awal terus!

Andre Irwan berkata...

Ini bukan salah Che Det seorang saja. Dari awal lagi, HAK ISTIMEWA MELAYU yang dianjurkan dalam PERLEMBAGAAN oleh British inilah langkah pertama untuk menjadikan MELAYU bergantung kepada SUBSIDI. Kerana HAK ISTIMEWA inilah MELAYU sentiasa rasa tidak berdaya dan senantiasa mengharapkan subsidi/bantuan dari pihak Perikatan@BN.
HAK ISTIMEWA ini menjadikan MELAYU tidak perlu bersaing dengan kaum lain dalam apa jua bidang termasuklah pendidikan. Jadi bila MELAYU yang kurang bersaing ini tak mampu bekerja di swasta dan lebih suka bekerja dengan kerajaan. Kalau bekerja swasta pun, kebanyakannya GLC kerajaan.
Selangkah demi langkah disusun agar MELAYU terus bergantung harap kepada BN sehingga depa lupa bahawa rezeki ini datang daripada Allah swt dan sanggup berkata bahawa kalau tiada BN, maka susahlah depa. Sesat, sesat yang amat sesat. Rosak akidah MELAYU ISLAM dibuat depa ni. Depa ni tak pernah suruh MELAYU bersyukur kepada Allah swt tetapi bersyukur atas nikmat yang depa ciptakan. Kalau tidak bersyukur papa depa, maka dikata depa, MELAYU ni tak sedar untung, tak tahu bersyukur kepada depa, cepat lupa, .... dan sebagainya lagi. AKU berdoa agar MELAYU cepat sedar dari mempecayai rezeki itu pemberian UMNO@APCO supaya tidak rosaklah aqidah kita. Lagipun ini bukan RUKUM IMAN yang ada dalam ISLAM.
Che Det, kalau kaji betul-betul, dah hilang keISLAMan dalam hatinya selepas diberi kuasa oleh Allah swt. Dia dok rasa dialah manusia yang paling hebat di Malaysia. Melayu ciplak ni selalu mengingatkan Melayu Tulen agar bersyukur kepada nikmat yang diberi oleh dia. Dia berlakon sampai menangis-nangis seolah-olah Melayu ni tak mengenang budi. Tapi nak buat camana, ada Melayu yang memang BODOH. Fikir-fikirlah demi masa depan anak cucu kita dan bukannya kita. Kita nak disimpan TANAH PERKUBURAN ISLAM ATAU TANAH PERKUBURAN MELAYU?

Tanpa Nama berkata...

MAMAK NI MEMANG PARASIT DAN PEROSAK BANGSA MELAYU. TAK CAYA TANYA ARWAH TUN HUSIN ONN,TENGKU RAZALEIGH , DAN MUSA HITAM, DOLAH BADAWI JGK. BANYAK CERITA YANG BELUM TERBONGKAR...!

Tanpa Nama berkata...

Bro.Irwan! hari ini menagis tersebak-sebak dan tengok esok harinya mengatakan "bersarale tengah dalam kuasa/diatas ikut cakap aruah emaknya,konon".Rupa-rupanya semua bahagian UMNO dibeli oleh mrk-mrk yg berpengaruh lagi-lagi dari selatan dgn alasan regim baru lantikan baru.Ha,ha dan luculah kata org KL lagi-lagi si lotong betina batak meraung-raung meyebut "why,why..why"

Tanpa Nama berkata...

Tapi ada jgk bangunan yg dibangunkan runtuh. Cthnye bumbung runtuh, stadium runtuh, jalan retak (mrr2), mahkamah bocor etc

Tanpa Nama berkata...

Setuju apa yang dikatakan Dr Siddiq Fadzil.

Tanpa Nama berkata...

Akhbar hari ni menulis Mahathir Kutty ni kata Tun Ling Liong Sik(yang sedang dibicarakan) orang baik dan tak munkin boleh menipu kerajaan. Tergelak baca berita ni.Macam Ketua Penyamun kata ketua penyamun yang lagi satu tu baik dan jujur.Hanya penyamun yang kata penyamun baik.