14 Okt 2012

Lagi Lemparan Cat Merah Di Program Pakatan



Seremban – Kunjungan pertama kali Pakatan Rakyat (PR) ke Kampung Baru Air Hitam, Jempol, malam kelmarin bagi menyampaikan ceramah ‘disambut’ dengan simbahan cat merah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kejadian hanya disedari petugas PR kira-kira 11.30 malam selepas mendapati dua beg plastik cat merah dilempar atas jalan raya berhampiran tempat meletak kenderaan.

Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke yang hadir menyampaikan ceramah menyifatkan tindakan pihak terbabit sebagai kurang ajar dan tidak bertanggungjawab kerana cuba menimbulkan kekacauan terhadap majlis PR.

“PR pertama kali mengadakan ceramah di kawasan itu dan amat mengecewakan apabila berlaku insiden tidak diingini seperti itu sedangkan kehadiran kami hanya menyampaikan ceramah.

“Saya percaya ia dilakukan antara jam 11 hingga 11.30 malam kerana melihat keadaan cat yang masih baru. Saya rasa pihak terbabit mahu mencampakkan cat itu ke atas kereta, tapi tidak mengenai sasaran menyebabkan ia jatuh ke atas jalan raya,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Loke berkata, pihaknya tidak menolak berkemungki-nan ia dilakukan 'orang suruhan' parti lawan yang dilihat semakin terdesak untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

“Saya nampak isu baling cat ini semakin berleluasa menjelang PRU13 dan bagi saya, ia adalah amalan politik samseng dan perlu dihakis segera agar tidak berlakunya insiden lebih buruk ketika waktu PRU nanti,” katanya.

Beliau berkata, sebagai langkah berjaga-jaga, PR akan meningkatkan tahap keselamatan pada setiap program anjuran mereka pada masa akan datang.

“Hentikanlah amalan politik samseng seperti ini kerana rakyat sudah bijak membuat penilaian. Apa pun saya tegaskan PR tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang membuat ugutan bagi menakutkan kami,” katanya. -SH

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

buatlah kerja yang mendatangkan faedah dan pahala seperti yang dianjurkan oleh agama kita.Jangan asyik nak buat khianat aja.

Tanpa Nama berkata...

Tak habis - habis lempar cat Merah. Tak apa teruskan melemparkan cat merah. semakin kau buat hal semakin tertonjol sifat sebenar pemimpin UMNO di mata rakyat M'sia. Teruskan kau lakukan kerja bodoh wahai pencacai UMNO biar rakyat M'sia lihat siapa UMNO ini sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

Membazir duit aje membuat kerja kerja bodoh, budak umno lah ni nak duit sikit sebab mengganggur tak de kerja. Adakah budak budak kampong semuanya bodoh?

Tanpa Nama berkata...

Membaling cat adalah kerja manusia yang tidak bertamadun.