18 Okt 2012

Rakyat Kelantan Bina Lebuh Raya Sendiri : Kerajaan Umno-BN Patut Malu



KKerajaan Pusat pimpinan Umno-BN patut merasa malu apabila rakyat Kelantan mengambil inisiatif sendiri untuk membina lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai.

Sikap Kementerian Kerja Raya memberikan jawapan berdolak dalik berkenaan isu lebuh raya itu menyebabkan Kerajaan Negeri Kelantan menyelar tindakan Kerajaan Pusat kerana menafikan hak rakyat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Kerajaan Pusat yang kononnya bermaruah seharusnya berasa malu dengan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina lebuh raya itu menggunakan derma dan waqaf rakyat.

“Rakyat sebaliknya atas inisiatif sendiri mengguna sistem waqaf untuk memenuhi hak keperluan rakyat membina lebuh raya itu,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Sebelum itu, dalam perbahasan rang Undang-Undang Perbekalan 2013, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor menjelaskan kementeriannya tidak pernah menerima permohonan rasmi daripada Kerajaan Negeri Kelantan berhubung pembinaan lebuh raya itu.

Bagaimanapun Shaziman berkata, beliau hanya menerima panggilan telefon daripada salah seorang Exco Negeri Kelantan mengenai majlis pecah tanah untuk projek itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, kenyataan Shaziman di Dewan Rakyat itu adalah cubaan menutup janji Kerajaan Pusat untuk projek itu dalam Rancangan Malaysia Ke-8(RMK-8).

“Kami tidak berpuas hati dengan jawapan menteri itu, dulu Kerajaan Pusat pernah janji pada tahun 1996.

“Oleh kerana kami sedar, jadi PAS Kelantan mengambil inisiatif itu,” katanya.

Beliau menambah setakat ini Kerajaan Negeri Kelantan berjaya mengutip RM4juta daripada RM1.8 bilion yang diperlukan untuk pembinaan lebuh raya itu.

Lebuh raya: Menteri cuba alih kepada air Kelantan

KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor cuba menutup kegagalan kerajaan pusat membina lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu yang pernah dijanjikan semenjak tahun 1996 apabila cuba mengalih kepada isu air Kelantan.

Ahli Parlimen PAS melahirkan rasa tidak puas hati apabila menteri berkenaan terus berdolak-dalik setelah mereka membangkitkan isu lebuh raya berkenaan.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, pembinaan lebuh raya itu adalah sebahagian daripada cadangan kerajaan pusat yang bermula di Pahang seterusnya ke Kota Bharu.

Malah katanya, menteri juga akui walaupun ada cadangan untuk meningkatkan taraf jalan tersebut tetapi kos terlalu tinggi menyebabkan kerajaan pusat membatalkan rancangan tersebut.

Katanya, kerajaan Kelantan sedar akan keperluan lebuh raya tersebut amat mendesak dan kegagalan kerajaan pusat untuk melaksanakannya maka kerajaan negeri terpaksa memulakan inisiatif untuk melaksanakan lebuh raya tersebut.

"Saya menyeru supaya kerajaan pusat khususnya Kementerian Kerja Raya mengambil inisiatif untuk berbincang tetapi jawapan mereka negatif dan mengalih kepada isu air dan sebagainya," katanya dalam sidang media di lobi parlimen. Menurutnya, Kelantan mempunyai banyak sejarah misalnya kerajaan negeri membina Jambatan Sultan Yahya pertama pada tahun 1960 tanpa memerlukan bantuan pusat walaupun ia adalah tanggungjawab kerajaan pusat.

"Ternyata dalam kes pembangunan negeri Kelantan, kerajaan pusat amat negatif. Setelah kerajaan negeri ingin menambah Jambatan Sultan Yahya yang baru kerajaan pusat tiba-tiba dengan segera membina jambatan yang baru, sehingga hari ini masih tidak siap.

"Inilah yang kita kesalkan kerajaan pusat tidak mempunyai sikap positif dan ikhlas membina jambatan tersebut," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, pemberian royalti sebanyak RM10.4 billion akan memberi kemampuan kepada Kelantan untuk mendapatkan RM1.8 billion bagi membina lebuh raya berkenaan.

Malangnya, kata beliau rakyat sudah berputus asa dengan janji Kerajaan Pusat sehingga terpaksa menggunakan sistem wakaf untuk membina lebuh raya yang menjadi keperluan mereka.

"Kerajaan pusat seolah-olah tidak faham peranan dan tanggungjawab mereka. Saya akan katakan kerajaan pusat tetap menganatirikan rakyat kelantan," katanya.

Ahli Parlimen Pasir Putih Mohammad Husin kecewa apabila kerajaan menanguhkan projek lebuh raya itu ke dalam RMK-11.

"Projek ini diumumkan zaman Abdullah Badawi bermula dalam RMK-8, kemudian ditangguhkan ke RMK-9, RMK-10 dan akhirnya hari ini ditangguh lagi ke RMK-11," katanya kesal.

Terdahulu, Shahziman dalam penggulungan Kementerian Kerja Raya memberitahu kerajaan tidak pernah membatalkan projek lebuh raya ini sebaliknya hanya menangguhkan untuk penilaian semula.

Shahziman juga tidak yakin sebanyak RM1.8 billion boleh dicapai melalui kutipan yang dilancarkan oleh kerajaan Kelantan.
-HD


Ulasan GB

Diskriminasi Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan di negeri Kelantan adalah satu kezaliman dan kekejaman UMNO BN.

Dengan sebab kezaliman dan kekejaman itu, hukum kebenaran dan keadilan menetapkan UMNO BN akan dihumban keluar dari Putrajaya.

Hanya menunggukan masa dan saat ketikanya!!

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana-mana menteri BN atau exco BN negeri mahupun pusat , kalian tunggu ajelah di padang mahsyar nanti , kerana seluruh rakyat kelantan khasnya dan rakyat malaysia amnya akan menuntut janji2 kalian yang tidak ditunaikan semasa di dunia dahulu. Ingat mati itu benar , soal munkar nakir itu benar dan syurga neraka juga benar.

Tanpa Nama berkata...

Kitab ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sholat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka.2:2-3
bagi yang beriman hidup ini tak dapat lari dari balasan di akhirat nanti.maka berhati-hatilah.

Tanpa Nama berkata...

Memang jelas rakyat Kelantan dianak tirikan. Jalan raya sedia ada memang teruk dibiarkan rosak. Contohnya jalan dari Kota Bharu ke Pengkalan Kubor, Tumpat (antara Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor). Pekan kecil Pengkalan Kubor adalah bersempadan sungai dengan pekan Takbai di Thailand. Sudah tentu jalan ini merupakan jalan antarabangsa kerana menghubungi dua negara. Tetapi kerana politik punya pasal jalan ini diabaikan kerajaan pusat. Keadaan amat daif jalan beralun dan berlubang. Untuk mengatasi masalah ini hanya ditampal untuk mengambil hati pengguna jalan raya yang membayar cukai jalan setiap tahun. Selepas ditampal jalan tersebut rosak balik kerana tar dimampat seperti "dipijak/tekan menggunakan kaki" sahaja. Sepatutnya menggunakan mesin pemampat seperti mesin rolling.
Masalah makin serius apabila TNB, Telekom, AKSB dan kontraktor mereka tidak bertanggungjawab tidak menutup jalan dengan baik selepas kerja-kerja mengorek dijalankan. Mereka saling menggali dan menutup jalan sesuka hati tanpa memikirkan keselamatan nyawa manusia dan kenderaan. Diharapkan pihak-pihak yang bertanggungjawab membuat pemeriksaan berkala dan mengambil tindakan sewajarnya dengan menyediakan jalan yang bermutu demi menjaga nama baik negara. Malu kepada negara jiran sebelah yang mempunyai jalan raya yang baik dan bermutu.

wak berkata...

Kerajaan mana reti malu, cakap apa pon dah tak lut dah

Tanpa Nama berkata...

sbb tu le, jgn le kutuk2 DNik Aziz klu x mau berlembut dgn UMNO, dia lebih tau penganiayaan UMNO thd rakyat kelantan yg majoriti Islam.

Tanpa Nama berkata...

Tahun 1996 'menteri' tuh tgh amik SPM, dia x tau pun sejarah asal... pulak lagi amik stream bukan Sastera.. hmm... langsung la x baca sejarah...

"Kalau x mampu BERBUAT BAIK, jangan la nak BERBUAT JAHAT pulak..."

WarFitnah berkata...

Rakyat bayar cukai jalan tiap2 tahun pak2 menteri yg habiskan, buat loan luar dok biaya kroni2, memang UMNO nie dah sampai tahap celaka lahanat. Kalau aku nie ada SUPER POWER, semua menteri2 dlm UMNO aku tibai, korang malu laa sikit dah laa makan duit rakyat pastu berlagak kedekut nak MAMPUS konon2nya duit tuu mcm BAPAK korang yg punya, woiii UMNO !!! anak luar nikah pun tahu balas jasa mak bapak dia walaupun dgn status mcm tuu.....korang nie memang nak tempah suite dlm neraka laa agaknya.....

Tanpa Nama berkata...

KERAJAAN PUSAT SALURKAN BERATUS JUTA UNTUK KERAJAAN KELANTAN KORANG X NAMPAK KER,HUTANG KELANTAN KAT KERAJAAN PUSAT PUN DAH NAIK 1.4 BILION.LEBUH RAYA UNTUK RAIH UNDI..MOHON LAH IKUT SALURAN YG BETUL..ADA JAMINAN KER LEBUHRAYA INI AKAN DIBINA?

Tanpa Nama berkata...

Nak buat tol...x bg...biar la buat tol...jln asal kan ada...jd rakyat ada pilihan...kan bagus....nie kjaan negeri paksa buat jln free...mcm mana...1.8billion tu....sabah n sarawak...lg teruk...bg la chance diaorg membgn pulak....dr bjb