30 Okt 2012

Jambatan Kg Pulau Meranti Runtuh, Penduduk Dinasihat Cari Jalan Alternatif

Sebuah jambatan di Sungai Rasau, Kampung Pulau Meranti dekat Putra Perdana, Puchong runtuh petang tadi menyebabkan laluan dari kampung itu ke Puchong, Putrajaya dan Cyberjaya terputus.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang DSP Zaldino Zaludin berkata runtuhan jambatan itu mulai berlaku pada kira-kira 2 petang sebelum ia runtuh sepenuhnya tiga jam kemudian.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya sedang melakukan kerja pembaikan.

"Penduduk di kawasan kampung itu dinasihat menggunakan laluan alternatif Jalan Puchong-Putra Perdana-Cyberjaya," katanya kepada Bernama.

Zaldino juga berkata runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hakisan di sungai berhampiran.

Sementara itu, penduduk di sekitar Kampung Pulau Meranti terkejut dengan kejadian tersebut.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz berkata ketika melalui jambatan itu pada kira-kira 1.30 petang semalam, beliau terasa kenderaannya 'terhayun'.

"Saya segera memaklumkan kejadian itu kepada Ketua Kampung tetapi ia runtuh setengah jam kemudian. Mujur ketika kejadian, tiada kenderaan yang lalu dan tiada orang cedera," katanya ketika ditemui di sini.

Hafiz berkata retakan dan lubang kecil mula dikesan pada jambatan itu enam bulan lepas namun tiada kerja baik pulih dilakukan. Saiful Wan Mohd Rosli, 40, pula berkata laluan itu juga sering digunakan lori dan treler yang berkemungkinan menyebabkan retakan.

"Saya menyedari retakan pada laluan ini semasa pulang dari solat Jumaat minggu lepas dan saya mendapati seperti ada lubang yang agak besar di bahagian bawah jambatan itu," katanya. -BERNAMA

Runtuhan jalan semakin serius



SEPANG – “Pada mulanya lubang yang berada di tengah jalan utama Pulau Meranti itu hanya bersaiz 0.3 meter tetapi saya terkejut apabila melihat lubang itu membesar dan mengakibatkan runtuhan yang serius semalam,” kata penduduk kawasan berhampiran, Norizan Abd Hamid, 48.

Norizan berkata, kewujudan lubang itu disedarinya pada sambutan Aidilfitri lalu namun tidak menyangka keadaan menjadi teruk sehingga menyebabkan laluan itu terpaksa ditutup kepada umum, petang semalam.

Katanya, dia turut bersyukur kerana ketika kejadian berlaku dia tidak melalui jalan itu untuk pulang ke rumahnya di Taman Kipark sebaliknya mengambil keputusan berkunjung di rumah sahabat yang mempelawanya makan tengah hari di Taman Bukit Puchong.

Dakwa Norizan, dia tidak tahu apa yang berlaku sekiranya pulang ke rumah pada waktu sama insiden berlaku kerana hasrat awalnya hendak pulang dari rumah rakannya pada jam 2 petang.

“Memang bernasib baik kerana pada waktu kejadian jalan mendap dan runtuh saya serta rakan tidak melalui jalan itu sebaliknya mengambil keputusan menerima pelawaan seorang sahabat lain untuk makan bersamanya.

“Terkejut sangat apabila melihat lubang yang kecil itu sudah berubah menjadi besar,” katanya yang menggunakan laluan itu setiap hari kerana jalan itu lebih dekat berbanding menggunakan laluan lain.

Norizan berkata, desakan hati untuk melihat insiden itu menyebabkan dia ke lokasi kejadian bersama suaminya kira-kira jam 4.30 petang dan terkejut apa yang disangkanya selama ini berlaku.

Katanya, sebelum ini dia sudah berasa ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat lubang terbabit tambahan kejadian hujan lebat yang berlaku beberapa bulan lalu menambahkan lagi kebimbangannya.

“Pagi tadi (semalam) ketika hendak menghantar anak ke tadika, saya nampak lubang itu membesar tetapi tidak sangka ia akan runtuh ketika hendak menghala pulang selepas ke rumah rakan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Superintendan Zaldino Zaludin berkata, kejadian berlaku di Batu 8, Kampung Sungai Rasau, Pulau Meranti menghala ke Puchong.

Katanya, insiden itu menyebabkan kedua-dua arah jalan utama berkenaan terpaksa ditutup kepada pengguna jalan raya selepas runtuhan bersaiz lebih tiga meter berlaku.

“Semua agensi berkenaan sudah dipanggil meninjau lokasi kejadian dan jalan itu akan ditutup sehingga kerja baikpulih selesai dijalankan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, pengguna dinasihatkan menggunakan laluan Cyberjaya atau jalan alternatif lain
-SH

7 ulasan:

Amuraria berkata...

TAH KONTRAKTOR TU KRONI UMNO-APCO PA ?

Tanpa Nama berkata...

oih..buat jmbatan cmtu jek?
xde retaining wall or sheet pile ka?mest umno punya kilija...kahkahkah...

Mat Bayan berkata...

makan persen byk sangat ...tu yg leh runtuh ha..ha...

Tanpa Nama berkata...

jgan takuttt.. ini Malaysia lah.. kontraktor yng bena jmbatan ni akan dapat projek lagi besar lah.. blum ada 1 tahun pun jambatan ni siap dah runtuh. x ada menteri ke nak berui kenyataan yng bunyinya begini, pengguna lebuhraya Ekve JGN risau lebuhraya ni masih selamat digunakan.. atau perkara ni lumrah kerana fenomina alam.

Tanpa Nama berkata...

Kontraktor buat keja berpandukan rekabentuk, spesifikasi dll dari pihak yg dipertanggungjwbkan ole kerajaan samade JKR atau konsultant. Klu depa patuh, depa x bole dipersalahkan.

Mungkin ttg protection, halangan dari hakisan tu masa design depa tak dapat jangka sbb masa tu masih ok.

Ttg % tu tak dapek den nak tuduh pihak mana yg dapat banyak & dapat sikit. Depa & Allah aje yg tau.

Tanpa Nama berkata...

Setuju. Segala spek kerja JKR lah membuat dan memantau semasa pembinaannya

Tanpa Nama berkata...

Faktor alam semula jadi perlu diambil kira juga.