4 Okt 2012

[BUKTI] Surat Jabatan Kerajaan Sempena Perkahwinan Anak Ali Rustam Tersebar..



Daripada gembira menyambut menantu, kini Ali Rustam bagai dikejar hantu. Semuanya gara-gara satu mesej di Twitter oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendedahkan sehelai surat dari muka surat dua oleh Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang membuktikan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam menyalahgunakan kedudukannya untuk tujuan peribadi dan bukannya majlis rasmi kerajaan.

Perkahwinan anak lelakinya yang mencetuskan kontroversi kerana memecah rekod The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis perkahwinan teramai di negara ini ekoran perbelanjaan melampau dan menggunakan kemudahan kerajaan mula terbongkar satu persatu.

Shamsul dalam satu mesej bergambar di Twitter sebentar tadi menulis:

@shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja M'ka ? Majlis perkahwinan anak hinggakn Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat?

[ @shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja Melaka? Majlis perkahwinan anak hinggakan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat? ]


Surat tersebut dipercayai bertarikh minggu lalu ditujukan kepada Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kamaruddin Mat Shah, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin, Setiausaha MPAG, Shahdan Othman, Setiausaha MPJ, Ainu Nizla Kasman dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal, Zainuddin Samad mengarahkan mereka semua menghadiri mesyuarat tersebut.

Surat tersebut bertajuk "Mesyuarat Majlis Persiapan Hiasan Luaran, Kebersihan Dan Logistik Sempena Majlis Perkahwinan Anak YAB Ketua Menteri Melaka" dipercayai dibocorkan sesetengah pihak yang tidak mahu penyelewengan Ali Rustam berterusan.



Antara kandungan surat tersebut menyatakan bahawa satu mesyuarat mengenai majlis persiapan tersebut akan diadakan beberapa hari sebelum majlis perkahwinan tersebut yang berlangsung pada 30 September lalu.

Shamsul juga mengulangi janjinya untuk hadir bersama pemimpin Pakatan Rakyat negeri membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 11 pagi esok bagi mendedahkan lebih lanjut bukti penyalahgunaan kuasa oleh Ali Rustam termasuk menggunakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai penyelaras trafik dan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang ditugaskan menyelia kehadiran hadirin dan keselamatan semasa majlis tersebut yang berlangsung selama lapan jam.

Terbaru, Ali Rustam mengaku membelanjakan sebanyak RM600 ribu bagi mengadakan majlis tersebut yang didakwa dihadiri kira-kira lebih 100,000 orang yang kebanyakannya diangkut menggunakan bas yang disewa dari seluruh negeri itu.

Timbul pula persoalan sekiranya jumlah itu saja yang didakwa digunakan Ali, dari mana datangnya wang sebanyak itu kerana gaji dan elaun sebagai ketua menteri hanya kira-kira RM40 ribu sebulan. ~jalanpulang

Mahfuz dakwa kenduri mega 'ditaja' agensi k'jaan Melaka



Dokumen yang bocor dari Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) menunjukkan bahawa agensi kerajaan negeri itu menaja majlis perkahwinan anak sulung Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ahad lalu, dakwa Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika membahaskan bajet di Parlimen hari ini.

Mahfuz mendakwa, dokumen tersebut menunjukkan bahawa mesyuarat PKNM diadakan khas untuk membincangkan tentang "logistik majlis tersebut" pada 30 September.

Menurutnya, pegawai khas ketua menteri mengaku hari ini bahawa majlis tersebut ditaja sebanyak RM10 bagi setiap tetamu dan menurut Mahfuz lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasatnya kerana ia majlis peribadi.

Minit mesyuarat tersebut, dakwa Mahfuz lagi, menyebut jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dan ia juga menyatakan tiada bil perlu dituntut daripada ketua menteri dan semuanya percuma.

Menurut salinan minit mesyuarat tersebut yang diperolehi pihak media kemudiannya, Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Datuk Yusof Jantan memaklumkan satu mesyuarat akan diadakan mengenai majlis persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik sempena majlis perkahwinan anak ketua menteri pada 30 September 2012.

Beliau seterusnya menekankan bahawa semua persiapan yang dikendalikan atas budi bicara jabatan tersebut serta tiada sebarang bil tuntutan kepada ketua menteri atau kerajaan negeri.
-mk





7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa ada heran rakyat 1 malaysia dah tahu umno bn haram jadah kaki rasuah makan duit rakyat.

Amin Shah Alam berkata...

hahaha apa punya 'koman spanar' punya MB. muka tak malu!!

anak nak kawin kerahkan agensi kerajaan negeri?

aku kerja kerani, tapi aku lagi mulia dari ali rostam sebab aku kawin kumpul duit sendiri :)

aku lagi gentlemen dari anak ali rostam sebab belanja kawin aku tak harapkan mak bapak. semua tanggung sendiri beb!

ini contoh keluarga "LOW CLASS"

Tanpa Nama berkata...

Tapi tengoklah PRU13 nanti orang melayu akan tetap memilih BN. Cthnya dapat makan free di kenduri ali ketam tu pun bangga... haprak punya melayu

MDS TECH SOLUTIONS berkata...

Ni anak Ali Ketam ni keje aper takkan keje promoter courts koot.. kawin pun dgn anak bekas KM Melaka. Paling tidak kerja peguam, jurutera kelas A.. takkan kawin pun pakai budget negeri koot..

Tanpa Nama berkata...

Majoriti org melayu di Melaka masih lagi setia dgn umno. walaupon macam2 penyelewengan dan salahguna kuasa dilakukan oleh pemimpin umno, mereka tetap setia. mungkin mewarisi semangat Hang Tuah yg setia BONGOK pada sultan yg zalim. mmg haprak! ubah la mentaliti. Mulia lagi Jebat yg menyokong keadilan dari pak turut Tuah!!

Tanpa Nama berkata...

Dalam satu pemilihan kedudukan tertinggi jawatan dalam UMPORNO satu masa dulu bukankah dia jugak yang dikaitkan dengan pekerjaan merasuah perwakilan..?

Nah..
Dah nyata dia macam tuh, diberi lagi pegang kuasa. Negeri pulak tuh..! Kan dah jahanam jadi nyer...?

Aku rasa Hang Tuah yang taat buta itu pun jika hidup akan bersama Hang Jebat juga apabila melihat situasi kepimpinan kerajaan di negerinya itu.

Rakyat melaka yang dah 'terkenyang' dek jamuan yang 'syubahah' tuh apa hal.
Mufti melaka mana.?
Fatul Bari mana..?
Hasan anak si ali mana...?
Zul Kulim mana..?

Dah 'kenyang-kenyang' belaka ke..?

Tiada jalan lain untuk selamatkan negeri dan negara ini melainkan TUKAR KERAJAAN.

TUKAR KERAJAAN...

Aku sekampung, insya-Allah akan beri peluang kepada Pakatan Rakyat. Tak kesah dari PKR atau DAP atau PAS, yang utama mereka pejuang Pakatan Rakyat

Ini Kali lah..
Belanjawan UMNO/BN Haprak,
Perangai pemimpin UMNO/BN pun haprak..

PRU-13 tiada lagi Umno Barisan yang mampu berkokok. Tempoh sepanjang 55 tahun mereka dari UMNO/Barisan diberi ruang dan peluang berkokok tetapi berseronok pula membiarkan ekor digelumangi oleh taik.

UMNO/BN (tentulah merujuk para pemimpin mereka), bak kata Mahadir busuk hingga ke usus dan sebagai syaitan yang dikenali. Najib pula menambah kata Haram Jadah.

ABU
ABU
ABU

Tanpa Nama berkata...

Maka tugas wajib SPRM bermula untuk menyiasat dan dakwa jerung pula.