Benarlah kata orang tua, hati-hati bermain api kelak merana diri. Inilah yang dihadapi Shafiei Rosli. Semalam ( kmarin bagi ore Kelate ) ada menghubungi pihak I ♥ KELANTAN untuk membantunya untuk menyiarkan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Kelantan di mana jua berada.
Hasil konsultasi dengan beberapa admin lain, pihak I ♥ KELANTAN menggariskan prosuder permohonan maaf yang mana mestilah mengeluarkan satu kenyataan rasmi ( bertaip dan bertandatangan beliau sendiri ) untuk dipaparkan disini.
Alhamduillah, beliau mengaku akan kesilapannnya dan tidak akan mengulangi kenyataan berbaur 'hasutan dan anti-Kelantan' di laman FB , ditambah pula atas kapasiti beliau seorang warga akademik Tutor Sambilan di UTM Skudai.
Jika permohonan itu adalah langkah selamat untuk beliau mahu 'menyelamatkan' kerjaya beliau di UTM, sememangnya kami warga Kelantan amat mengecam sekeras-kerasnya. Namun melalui tulisannya, ada menyebut nama Allah pihak kami juga berharap benar-benar beliau meminta maaf atas kapasiti seorang Islam.
Walaubagaimanapun, isu ini sudah sampai kepada orang no 1 UTM, Skudai iaitu Naib Canselor UTM, Prof Zaini Ujang.
Ternyata, ini mempalit seribu kekesalan oleh warga akademik dari seluruh Malaysia terutama warga UTM sendiri atas keceluparan beliau menulis tanpa akal. Pihak I ♥ KELANTAN bukanlah mahu menjadi batu api ataupun membesarkan isu ini. Tetapi, bagi kami isu 'anti-Kelantan' wajar ditentang dan dihapuskan setelah hampir 22 tahun media perdana tempatan menghebohkan hanya keburukan warga Kelantan.
Di Kelantan, kami dididik oleh orang tua kami untuk tidak berdendam walau sejahat mana pun kejahatan yang dibuat kepada kami. Kami perlu bangkit menentang sesiapa saja yang menyiarkan apa-apa artikel ataupun pandangan 'anti-Kelantan' kerana ia ibarat menghina ibu kami, menghina bapa kami, menghina menteri besar kami, dan menghina Sultan Kami.
Ia sebagai pengajaran mana-mana pihak yang masih lagi memainkan isu 'anti-Kelantan' di masa akan datang. Kepada mereka diluar sana yang masih memainkan isu anti-Kelantan jangan biarkan kami rakyat Kelantan mengesan anda. Ingat, inilah padahnya bermain api.
Berikut merupakan kenyataan rasmi Rosli Shafiei, dari Johor berhubung kenyataan anti-Kelantan nya .
9 ulasan:
OK la tu, dah dia mohon maaf, kita maafkanlah dan teruskan kehidupan dengan perkara lain yang mungkin lebih penting. Semoga menjadi iktibar kepada sdr Rosli dan juga kepada kita semua.
minta maaf sebab mungkin dah kena beri amaran oleh bos UTM..orang mcm tu mana ada insaf kecuali bila periuk nasik dia akan terjejas...
Tu la Bro lain kali nak buat tu pikiag la patut padan !
Pesanan Tok Wa : Kalau nak buat sesuatu fikirkan ;
i) apakah mereka yang terdekat dengan kita beri kebenaran
ii) apakah masyarakat / adat membenarkan
iii) apa kata agama kita.
NAMUN berilah keutamaan kepada agama !
Saya orang Sarawak, penyokong tegar parti PAS.
pendek akal...tunjuk kebodohan tak bertempat..aku orang Johor pun lebih suka bercuti di Kelantan..
x de masalah pun...Johor,Kelantan,Sabah, Sarawak pun didalam Malaysia gak..
pehal nak bersikap kenegerian...
inilah akibatnya kalau hidup hanya pentingkan apa yang ada depan mata sahaja tanpa memikirkan apa yang diperintahkan oleh Allah dalam kehidupan kita yang sementara ini
janganlah ingat bila kita ada sedikit kuasa dah rasa perkasa. tidak. Allah yang Maha Berkuasa atas segalanya... afala ta' qilun.
Aihh...buat malu orang JOHOR jek
Dia sedang buat PhD, mungkin dia ada pening sikit.
kalau dah bangang tu,bangang jugak,,,,walaupun belajar tinggi!
Catat Ulasan