17 Sep 2012

[EDISI KANTOI] NST Siar Gambar Palsu Persidangan Umno-APCO Pekan!



Nampaknya syaitan yang dikenali buat onar lagi.

Semasa merasmikan persidangan tahunan Umno-APCO Pekan yang ketua bahagiannya kebetulan perdana menteri Najib Altantuya, akhbar pencacai dari Kumpulan Media Prima, The New Straits Times didapati mengedit sekeping gambar yang dimuatkan di dalam laman webnya pada 16 September 2012 (semalam).

Gambar yang diedit ini kemudian dimuatkan dalam laman web akhbar berkenaan sebagai tajuk berita utama.

Dengan tajuk utamanya "Najib: United front crucial for Umno's success in polls", ternyata NST terang-terang membohongi pembaca akhbarnya!

Jika diperhatikan betul-betul gambar di atas, nyata dua imej yang sama diletakkan sebelah-menyebelah bagi menunjukkan kehadiran yang ramai sebagai latar belakang pergerakan Najib Altantuya yang bersalaman dengan ahli sebenar semasa menuju ke dewan tempat persidangan diadakan, dan dengan tujuan yang sama menutup ruang kosong tersebut.

Dengan angkuhnya, Najib Altantuya berkata: "Tanpa mendabik dada dan angkuh, kita perlu bersyukur, rasa rendah diri bahawa kejayaan yangg dicapai selama ini adalah dengan izin Allah," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno yang kununnya dihadiri 932 perwakilan dari 145 cawangan di bahagian berkenaan.

(Perhatikan dua imej dalam bulatan itu - ia serupa - bererti "copy paste" dilakukan -GB)

Dengan nada marah bercampur geram, Najib Altantuya menempelak Pakatan Rakyat kununnya Pekan tidak membangun selama dia menjadi ahli parlimen selepas kematian bapanya yang juga perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein.

Tetapi dia lupa akhbar pengampu nombor satunya telah mengedit gambar persidangan tersebut tanpa pengetahuannya.

Nampaknya sekali lagi NST berjaya memalukan Najib Altantuya dengan tindakan bodoh yang sememangnya mudah dihidu penyokong Pakatan Rakyat sebagaimana yang dilakukan sebelum ini oleh agensi berita nasional, Bernama yang turut mengedit gambar pengunjung rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di Seri Perdana, Putrajaya pada 20 Ogos lalu. -jalanpulang/GB

6 ulasan:

Amuraria berkata...

depa yang keja kat nst tu terencat akai kot ? ABU jangan lupa !

Tanpa Nama berkata...

Menurut sahabat dr Pekan, sesetengahnya dtg kerana nak duit saham Felcra dan setiap kedatangan diberi RM45 seorang

Tanpa Nama berkata...

gambag tu depa dah buang:

http://www.nst.com.my/nation/general/najib-united-front-crucial-for-umno-s-success-in-polls-1.144227

Tanpa Nama berkata...

NST kenapa buat kerja macam tu?malu la bang najib..ekekeke

Tanpa Nama berkata...

agaknya dia nk buat kuiz "cari persmaan dalam gambar "kot...tp tersilap cetak kat depan heheh

Tanpa Nama berkata...

Pekan tidak membangun? sejak bila Pakatan Rakyat dapat kerusi Pekan. Setahu aku kerusi Pekan dari dulu sampai sekarang masih UMNO yang dapat. Macam mana Pakatan nak majukan kawasan Pekan. Inilah jadi kalau bercakap tidak gunakan otak dahulu untuk berfikir. Malang sekali bagi rakyat M'sia kerana dapat PM yang rendah intelektualnya sampaikan kenyataan tidak berasas ini pun boleh dikeluarkan.