21 Sep 2012

[BERGAMBAR] Bantah Filem Hina Islam, Ribuan Berarak Ke Kedutaan US -UPDATED

Kira-kira 5,000 umat Islam berhimpun di Masjid Tabung Haji sebelum berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mengecam filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Demonstrasi Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW anjuran Pemuda PAS diketuai Naib Presiden PAS Salahudin Ayub.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hasan, barisan exco Pemuda, Angkatan Muda PKR (AMK) dan wakil-wakil NGO yang turut sama-sama memberi sokongan mengutuk penyiaran filem tersebut.

Perarakan tersebut dikawal Unit Amal PAS turut membuat rantai manusia - yang bergerak di hadapan peserta perhimpunan. -mk

Ribuan di Kedutaan AS, bantah filem hina nabi

KUALA LUMPUR: Ribuan umat Islam hari ini menyertai himpunan di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Himpunan yang diberi nama "Expresi Hijau Kasih Nabi" anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat itu bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji sebelum berarak menuju ke bagunan kedutaan kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.

Dianggarkan hampir 5,000 menyertai himpunan ini termasuk dari kalangan muslimat, mahasiswa dan umat Islam perihatin.

Antara yang berada di barisan hadapan perarakan ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.

Mereka juga menggunakan lori sebagai pentas bergerak di samping beberapa pimpinan di atasnya menyampaikan ucapan.

Sepanjang perarakan mereka melaungkan slogan 'hancur Amerika, hidup Islam, kami sayang nabi' sambil membawa poster dan kain rentang mengecam tindakan biadap penerbit filem berbangsa Yahudi, Sam Bacile itu.

Perarakan ini turut dikawal pasukan Unit Amal Dewan Pemuda PAS Pusat sementara lebih 200 anggota polis berkawal di hadapan bangunan kedutaan.

Salahuddin dalam ucapannya mendesak Presiden Amerika Barack Obama memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas penghinaan yang dibuat penerbit filem Amerika itu.

"Kita orang Islam hormat agama lain.

Kita hormat Yahudi, Budha, Sikh dan sebagainya.

Oleh itu kita minta Amerika memohon maaf kepada umat Islam.

"Jangan hina nabi kami, kelak akan mengundang padah.

Kami sayangkan nabi dan agama kami.

Kita rela pertahankan dalam apa juga keadaan," katanya disambut laungan hidup Islam oleh para hadirin.

Sementara itu, Tian Chua dalam ucapannya berkata, mewakili kaum Cina beliau kesal dengan tindakan penghinaan terhadap agama Islam.

Beliau juga mendakwa isu ini bukan isu agama Islam semata-mata malah juga berkait dengan isu kemanusiaan sejagat.

"Kita perlu tunjukkan semangat setiakawan.

Penghinaan ini harus dihentikan dan Amerika perlu ambil tindakan segera.

"Kita tidak mahu berlaku pertembungan antara agama," ujarnya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim, Nasrudin Hassan dan Tian Chua dilihat masuk bertemu dengan wakil kedutaan.

Sementara menunggu pertemuan dengan wakil kedutaan selesai, pidato di luar pagar bangunan kedutaan diteruskan.

Antara yang berucap termasuklah Timbalan Ketua DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, dan Naib Presiden PKR N Surendran.

Enggan bertemu

Nasruddin ketika bercakap kepada media selepas keluar dari bangunan itu berkata, pihaknya kesal dengan layanan wakil kedutaan yang enggan bertemu dengan pihaknya untuk menerima memorandum.

Menurutnya, tiada wakil pejabat kedutaan yang turun melainkan hanya menghantar pengawal keselamtan dan ianya sekali lagi menunjukkan sikap biadap negara itu.

"Ini adalah penghinaan berpanjangan.

Dahulu Denmark telah menghina nabi dan sekarang berulang lagi.

"Mereka tidak boleh menghina agama laian walaupun mereka berkuasa.

Kita tidak akan benar apa jua bentuk terhadap agama Islam ataupun agama-agama lain," katanya.

Beliau juga mengumumkan himpunan serupa akan diadakan di seluruh negara pada Jumaat akan datang beserta munajat perdana bagi menyatakan kecintaan pada nabi.

Sementara itu, sekumpulan peserta himpunan dilihat turut membakar kain rentang yang bercetak bendera amerika dan Israel sebagai tanda bantahan.
-HD


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

allahuakbar! diharapkan jumaat akan datang lebih ramai yg berkumpul..mintak kerjasama semua org islam dan ketepikan soal politik. ini adalah soal AGAMA! kita harus mendesak mereka! jangan sampai kami anak muda mahasiswa akan menggunakan cara kekerasan berhadapan kedutaan amerika! takbir!

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH LAUTAN HIJAU KEPUTRAJAYA, INSYAALLAH JADI KENYATAAN

Tanpa Nama berkata...

Isu Islam, PAS layak keputrajaya.......

Tanpa Nama berkata...

Bila PAS nak buat di Pjtrajaya pula, kami pelajar IPT ingin ikut serta

Andre Irwan berkata...

Semalam secara tak sengaja terbuka TV7 dan melihat beberapa makhluk PERKOSA menyerbu pejabat DAP kat Perak atas alasan Pengerusi DAP Perak tak menghormati Islam setelah kenyataannya pada tweet untuk menampakkan diri mereka lebih Islam daripada orang lain.
Di sini saya ajak semua saudara2 sy, duduk dengan tenang dan berfikir sejenak. Kenapa Nga boleh mengeluarkan kenyataan yang sedemikian terhadap Ketua Pemuda UMNO-APCO, Si-Khairy tu. Adakah kenyataan Nga tu menghina Islam?
Sebaik saja saya mendengar berita, terus terlintas di fikiran sy atas kenyataan Nga tu. Rupa-rupanya pandangan orang bukan Islam terhadap orang "Islam" dari UMNO-APCO ialah, satu perkataan saja, MUNAFIK @ HIPOKRIT. Kenapakah orang bukan Islam ni boleh mempertikaikan niat dan kesungguhan UMNO-APCO dalam mempertahankan Islam sedangkan selama ini depalah yang dok mempersenda dan menghina Islam serta hukum hakamNya?
Sedarlah wahai orang Islam di Malaysia, jangan terpedaya dengan puak munafikun ni terutama puak PERKOSA @ JATI @ UMNO-APCO @ ... Depa ni cakap tak serupa bikin. Inilah umat buih yang dinyatakan oleh Junjungan kita, Nabi Muhammad saw. Hukum Allah swt, depa minta pandangn Karpal Singh. Sunnah Nabi pulak, depa tanya (lupa punya budak giler tu). Sekali pandang, memang muka-muka depa dah mula nak berubah jadi BABI.
Jangan salahkan orang bukan Islam bila depa mempertikaikan kesungguhan kita dalam mepertahankan kesucian dan martabat kalau kita sentiasa berpura-pura dalam menanganinya.
Siapa yang kuat mohong di Malaysia? ... orang Melayu Islam.
Siapa yang kuat RASUAH di Malaysia? ... orang Melayu Islam.
Siapa yang kuat menzalimi orang lain di Malaysia? ... orang Melayu Islam.
Siapa yang banyak terlibat dengan maksiat seperti berzina, minum arak, ... di Malaysia? ... orang Melayu Islam.
Siapa yang kuat buang anak di Malaysia? ... orang Melayu Islam.
Siapa yang kuat menghisap darah saudaranya sendiri di Malaysia? ... orang Melayu Islam.
bla ... bla ... bla ... dan banyak lagi.
Di Malaysia, orang Melayu Islam memang JOHAN dalam semua bidang termasuk bilangan pemegang PHD.

Tanpa Nama berkata...

Selain Demo harap kita dapat buat juga boikot barangan Amerika dan Isreal sebagaimana saranan TGNA dalam newspaper Harakahdaily. Tapi Malangnya masih ramai budak - budak dan golongan remaja bermain online Gaming MAPLESTORY dan SUDDEN ATTACK yang berserver dari syarikat ASIASOFT, milik syarikat yahudi. Saya harap 2 online game ini mesti diboikot besar - besaran memandang pengaruh online game ini sudah terlalu besar di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Disini ada link bagi senarai produk barang - barang milik syarikat yahudi.

http://hendrastar.wordpress.com/2009/01/09/boikot-israel-amerika-senarai-barangan-produk-israel-amerika/

Saya harap kita dapat boikot barangan tersebut mengikut saranan TGNA dan kita mencari alternative lain bagi produk - produk berkenaan. Produk alternative saya harap pihak admin dapat post senarai barangan alternative bagi menggantikan barangan yang telah diboikot.