11 Jul 2012

"Imam Mahadi" Yang Mengamuk Bukan Ahli PAS

Khalil ‘Imam Mahadi’ bukan ahli PAS

PETALING JAYA: Khalil Afandi Abd Hamid yang mendakwa beliau “Imam Mahadi’ yang ditembak mati di perkarangan pejabat Jabatan Perdana Menteri (JPM) Isnin lalu bukan ahli PAS.

“Saya sudah periksa namanya, tidak ada dalam senarai ahli PAS Petaling Jaya Selatan,” kata Yang Dipertua PAS kawasan, Ghazali Shaari.

“Orang Taman Medan ramai yang tidak mengenali beliau jarang bercampur dengan orang ramai.

“Setahu saya, Khalil jarang ke masjid atau surau. Dia membawa diri sendiri,” kata Ghazali lagi.

Menurut Ghazali, Khalil berasal dari PJS 4 tetapi telah berpindah ke Puchong sejak berusia tujuh atau lapan tahun.

Katanya, rumah asalnya itu kini didiami oleh adik lelakinya.

“Kalau tidak salah ingatan saya, ibu Khalil telah meninggal dunia,” tambah Ghazali.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Ghazali memberitahu, tidak ada kumpulan ajaran sesat di Taman Medan.

Bagaimanapun, katanya berdasarkan maklumat yang diperolehi dari penduduk setempat ada guru yang mengajar agama secara sembunyi di rumah pengikut kumpulan itu.

“Tetapi pengaruhnya tidak besar. Saya tidak tahu sama ada Khalil terbabit dengan kumpulan tersebut.

“Yang saya tahu beliau jarang datang ke masjid,” kata Ghazali yang juga Pengerusi Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan.

PAS desak kerajaan jelaskan isu lelaki ditembak mati di JPM

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, hari ini mendesak kerajaan memberikan penjelasan terperinci mengenai kejadiaan amukan seorang lelaki sehingga ditembak mati di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lalu.

Timbalan presiden PAS yang mesra dengan panggilan Mat Sabu berkata, penjelasan perlu diberikan oleh kerajaan agar rakyat tahu dengan lebih terperinci mengenai kejadian tersebut.

“Saya desak kerajaan Malaysia beri penjelasan terperinci tentang kejadian tersebut,” kata Mat Sabu ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider malam tadi.

“Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dan lelaki tersebut telah ditembak mati.

“Oleh itu rakyat perlu tahu apa disebalik kejadian ini.”

Isnin lalu seorang lelaki yang menggelarkan dirinya “Imam Mahdi” mati ditembak polis ketika mengamuk bersama seorang wanita dengan melibaskan pedang samurai di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari.

Manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) berusia 28 tahun, terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital sama.

Menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata, pihaknya sedang berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan motif sebenar kejadian serangan tersebut.

“Sekiranya benar serangan itu ada kaitan dengan gerakan keagamaan, kita mahu tahu gerakan mana yang terlibat kerana kejadian ini amat bahaya dan bukan kes terpencil,” lapor Utusan Malaysia.
-TMI


Sudah Ada Darah Luruh Di Putrajaya

Kejadian amuk di pintu masuk ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya petang semalam menyebabkan berlaku kematian apabila polis tidak ada iktiar lain untuk menghalang si pengamuk melainkan menembaknya, merupakan kejadian pertama seumpama itu berlaku di kompleks kerajaan Putrajaya. Kejadian berdarah itu seharusnya diambil iktibar oleh semua pihak dan perlu memastikan ia tidak akan berulang lagi.

Negara tidak memerlukan tindakan-tindakan agresif berani mati seperti itu. Kita semua kena waras dalam melakukan tindakan sehingga tidak mencatatkan sejarah malang buat negara dan bangsa. Dalam kejadian semalam tidak dapat disahkan siapa yang benar dan siapa terkhilaf? Sudah pasti ada pihak yang benar dan salah dalam kejadian itu. Sebabnya, kalau kedua-dua benar, ia tidak sampai senapang meletup dan darah tumpah di pintu masuk ke pejabat Perdana Menteri.

Cuma apa yang terus menyendap di dalam kepala saya sebaik membaca laporan mengenai kejadian itu, teringat kepada kata-kata dan ucapan Perdana Menteri Ha Najib Razak mengenai kesediaanya untuk mempertahankan Putrajaya ke titisan darah terakhir. Najib dalam satu kenyataan membalas tindakan dan usaha gigih pembangkang untuk merampas kuasa politik, menegaskan yang beliau (UBN) akan mempertahankan kekuasaan itu sehingga ke titisan darah terakhir. Satu kenyataan yang penuh emosi.

Ucapan Najib itu masih dalam konotasi politik. Tetapi dari sudut lain ia bersifat jenayah. Hal-hal atau unsur darah, tembak, bunuh dan sebagainya adalah unsur-unsur jenayah atau dikaitkan dengan perilaku jenayah. Apakah kata-kata Najib tempoh hari telah merangsang si pengamuk untuk bertindak demikian? Begitukah?

Makanya orang politik hendaklah menjaga mulut dan perasaan. Mereka perlu kawal kata-kata dan butir ucapan jangan sampai bersifat atau ada elemen jenayah kerana ia memberi reaksi kepada pihak lain. Perlu ingat yang menghidup manusia ini perasaan. Perasaan pula menguasai diri seseorang itu. Jika seseorang gagal mengawal perasaan maka berlakulah kejadian-kejadian yang di luar normal kehidupan seperti apa yang berlaku itu.

Mudah-mudahan di masa akan datang.. bermula hari ini, jangan ada sesiapa yang bermain dengan perasaan atau pun mengusik perasaan orang lain sewenang-wenangnya. Berpolitiklah dengan cermat dan waspada. Mungkin orang yang menyebut kata-kata jenayah tidak bermaksud sampai ke tahap seburuk itu dan ia hanya gurauan...atau ancaman, tetapi kena ingat orang yang mendengar dan menerimanya ada penilaian lain. Kata-kata yang tidak bijak itu boleh membenihkan dendam yang akhirnya berbuah kejahatan.

Atas peribadi saya menyeru kepada semua pihak hentikan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyentuh perasaan di antara satu sama lain. Juga hendaklah perbuatan jahat yang sampai menganggu hak asasi seserorang dibatasi dan diawasi. Bertindak waras dan serdarhanalah dalam apa juga bidang kerana itu adalah sebaik-baik tindakan. Tindakan melampau membahayakan semua orang dan boleh membakar negara.

Bila berlaku tragedi ambuk di JPM dan ada kematian dan pemnbunuhan yang buruknya adalah negara kita juga. Kandati Tuhan boleh mentakdirkan apa saja yang Dia kehendaki kita diberi hak dan dituntutan mendoakan agar takdir itu tersisih jauh dan tidak berlaku. Perlu kita menyedari di mana kita (berdiri dan mengambil timbangrasa) di antara kuasa hamba dan kuasa Tuhan dalam konteks ini.
-mso


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa Samurai ni nak tumbangkan Rejim Najib untuk tubuh semula Rejim Mahathir. Aku ada baca tulisan dia, tabsub gila dia pada Mahathir.

Waris berkata...

Logik jugak tu. Mungkin mahathir yang hantar samurai tu. Nak jatuhkan najib secara terang macam dia jatuhkan pak lah dulu mungkin dia dah malu.

Mahathir pun bukan suka sangat dengan PM bodoh macam najib. Tapi nak buat macam mana? Dia yang gatal naikkan najib.

Tanpa Nama berkata...

biasanya kalau malas solat dan malas pergi mesjid ni umngok punya ahli...

Tanpa Nama berkata...

aku rase la, kes ni sngaje direka utk 'execute' sesuatu lpas neh...klau korng tengok ulasan dari media perdana, mereka kaitkan dengan internet,blog,islam & sewaktu dgnnya.aku bimbang lepas ni smue blog, portal etc akan ditapis. pasal isu 'islam', aku rase mcm ade kaitan je ngan ceramah@kuliah agama kt surau/masjid. entahlah tpi aku harap tekaan aku salah.

p/s: tibe2 teringat kt muvie2 omputih pasal conspiracy agen2 kerajaan....

Tanpa Nama berkata...

memang sah orang umno bn perangai bangang bodoh tak menentu, menjauhi akhirat menyajung tinggi dunia, para peminpin pun bodoh bangang tak tentu arah sibuk mengejar dunia membelakangi akhirat,Ini lah padahnya jadi kurang siuman kan kan kan

Tanpa Nama berkata...

Ramai org suda menjadi investigator..huhu

Tanpa Nama berkata...

bukan jadi investigator, tapi berfikir... tanda orang berakal!

Tanpa Nama berkata...

Semua manusia berakal..Berfikir mmg dituntut..cuma mesti tau mcm mn nk berfikir..itu yg penting. Berfikir tak sama dengan menyebarkan..kalau apa yg disebar mmg betul dan terjadi ALHAMDULILLAH..tp kalau tidak benar atau just 'hearsay' automatik apa yang disebarkan akan menjadi FITNAH. Maka berhati-hati lah dlm berfikir..kerana FITNAH itu lebih berat daripada MEMBUNUH. Just to share as muslim member..no hard feeling. Thanks.