29 Jul 2012

Fakta Sebenar Isu Air Di Selangor

Krisis air Selangor

Krisis air selangor semakin panas dengan berikutan tindakan Jawatankuasa khas krisis air Selangor yang ditubuhkan kerajaan pusat untuk membincangkan masalah yang di mulakan oleh SYABAS bertekad untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dengan berbagai cara dan helah. Rakyat yang bijak sudah tentu akan tertanya-tanya apakah masalah sebenar yang membelengu pengurusan air di Selangor ini?

Adakah Selangor kini menghadapi kekurangan air mentah atau air terawat?

Persoalan ini yang harus difahami dan di kaji secara bijak oleh rakyat Selangor supaya tak mudah terperangkap dengan mainan media perdana yang jelas hanya memberi liputan sebelah pihak sahaja.

Krisis air Selangor : Air mentah atau air terawat?

Pada permulaan isu ini, pihak pembekalan air Selangor iaitu SYABAS telah mengatakan bahawa Selangor akan menghadapi masalah kekurangan air sehingga pada tahun 2014 tetapi atas sebab-seban yang tidak pasti krisis ini berlaku lebih awal iaitu ketika semakin hampir dengan PRU13.

Maka atas alasan inilah SYABAS begitu komited untuk memulakan pembinaan projek LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2( LRAL2) yang akan menelan kos perbelanjaan bernilai hampir RM 9 Billion dan akan merangkumi pakej pembinaan terowong air ke Negeri Pahang bagi membolehkan Negeri Pahang menyalurkan air mentah ke Selangor. Persoalanya ialah adakah Negeri Selangor menghadapi masalah bekalan air terawat atau air mentah? Ini yang menjadi dolak-dalik SYABAS dan Kerajaan Pusat apabila diajukan persoalan ini.

Realiti fakta sebenar ialah Selangor menghadapi masalah bekalan air bersih yang terawat. Bekalan air mentah Selangor sudah mencukupi tetapi permintaan bekalan air terawat semakin tinggi.

Faktor-faktor pertambahan penduduk, perkembangan perindustrian dan lain-lain menyebabkan permintaan air bersih ini meningkat. Kapasiti loji rawatan telah mencapai tahap maksima dan mungkin akan berlaku lebihan bebanan lalu menyebabkan terputusnya bekalan air di sekitar Selangor.

Ringkasnya air terawat tidak dapat memenuhi kolam tadahan dikawasan setempat. Ianya pasti menimbulkan masalah apabila waktu puncak penggunaan air. Masalah seperti tekanan rendah, tiada air dan lain-lain tidak dapat dielakkan. Jika air terawat yang menjadi masalah, mengapa pihak SYABAS begitu beriya-iya mahukan projek LRAL2 yang sebenarnya mengutamakan pembinaan terowong air mentah dari Pahang? Bukankah lebih baik SYABAS meminta supaya dibina loji rawatan air sahaja?, dan kerana inilah projek LRAL2 ini ditentang kerajaan Negeri Selangor dengan fakta yang disediakan mereka.

Krisis air Selangor : Hasil kaji selidik Jawatankuasa Pemantauan Air Selangor.

Pemantauan Jawatankuasa Pemantauan Air yang diketuai oleh setiausaha kerajaan Selangor terhadap operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah mendapati SYABAS ‘beroperasi di bawah keupayaan’, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, dalam laporan pertama jawatankuasa itu yang dihantar kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini mengandungi tiga penemuan utama yang perlu diberi perhatian “agar rakyat tahu kedudukan sebenar”.

Menurut menteri besar, tiga penemuan utama tersebut ialah:

* Keupayaan pengeluaran semua 34 loji ialah 4,807 juta liter sehari berbanding keupayaan agihan SYABAS 4,371 juta liter sehari iaitu lebihan 436 JLH. Ini bermaksud, katanya, SYABAS beroperasi di bawah keupayaan sebenar.
* Projek Mitigasi I yang telah dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya Mac 2013 akan meningkatkan pengeluaran kepada 5, 139 JLH iaitu penambahan 332 JLH atau lebihan 768 JLH berbanding keupayaan agihan SYABAS.
* Fakta peratusan rizab air sebanyak 2 peratus yang dilaporkan SYABAS tidak tepat dan mengelirukan. Rizab kapasiti pengeluaran sebenar pada masa ini adalah 11 peratus dan akan meningkat kepada 18 peratus selepas Mac 2013 apabila projek mitigasi siap sepenuhnya.


Jawatankuasa itu, yang diketuai Datuk Khusrin Munawi dan turut dianggotai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Konsortium ABBAS dan bekas kakitangan Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS), telah menjalankan pemantauan terhadap operasi SYABAS bermula 18 Julai lalu.


Krisis air Selangor : Kenapa perlunya LRAL2 dan bukan MITIGASI 1?

Sekali lagi kebijaksanaan kita perlu di gunakan untuk mengkaji dan menilai fakta-fakta yang diberi kedua-dua belah pihak iaitu dari pihak Kerajaan Negeri Selangor dan SYABAS &K erajaan Pusat bagi mencari jawapan yang tepat mengenai apakah krisis sebenar air di Selangor ini dan cara terbaik untuk menanganinya secara bijak.

Seperti yang telah diperjelaskan di atas, masalah sebenarnya yang melanda Selangor kini ialah kekurangan bekalan air terawat dan bukanya air mentah. Atas fakta ini mengapakah kita perlu menyokong pembinaan LRAL2 yang tujuan utamanya ialah bagi menyalurkan air mentah dari Negeri Pahang dan di rawat di Selangor yang menelan kos begitu tinggi?

Bukankah labih baik hanya dibina loji rawatan air seperti pembinaan Projek MITIGASI 1 sahaja untuk merawat air mentah yang masih banyak diselangor?

Jika persoalan sebagai persediaan menghadapi krisis air yang dijangka berlaku pada tahun 2014 mengapa tidak dicari alternatif lain penyaluran air mentah yang tidak menglibatkan kos setinggi LRAL2 ini seperti membeli air mentah dari Negeri sembilan atau Perak yang sudah tentu tidak memerlukan kos yang tinggi seperti pembinaan terowong melintasi Banjaran Titiwangsa dalam pakej pembinaan LRAL2 itu?

Rakyat Selangor perlu tahu kos selain kos pembinaan LRAL2 yang tinggi ia juga tidak kompetitif dengan permasalahan yang sebenar berlaku di Selangor kini.

Dengan kos yang hampir mencapai RM 9 billion sudah tentu beban kos pembinaan itu akan terpaksa ditanggung kembali rakyat Selangor dalam bentuk kenaikan caj bayaran penggunaan air.

Ini sudah tentu tidak akan membolehkan Kerajaan PR Selangor memberi air percuma 20 meter padu lagi pada masa hadapan. Mungkin ada yang mengatakan dana tersebut disediakan kerajaan pusat, tetapi harus diketahui kerajaan pusat juga meminjam dana dari institusi kewangan dari Jepun dan perlu dibayar semula, sudah tentu yang perlu membayar semula ialah rakyat Selangor!

Krisis air Selangor : Kesimpulanya

Kesimpulanya keperluan yang mendesak dalam isu air Selangor ini ialah pembinaan loji rawatan air yang baru dan bukannya pembinaan Terowong air mentah dari Pahang kerana Selangor sendiri mempunyai banyak sumber air mentah. Pembinaan projek MITIGASI 1 yang sedang dilaksanakan adalah tindakan terbaik bagi mengatasi krisis ini.

Seperti yang telah didedahkan oleh Jawatankuasa Pemantauan Air Selangor diatas, maka bolehlah dirumuskan bahawa punca utama krisis ini ialah kerana kegagalan syarikat pembekal air Selangor SYABAS menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan penyaluran air terawat dilakukan secara efektif dengan melaksanakan penukaran paip-paip yang usang dan mengurangkan jumlah air yang tidak berhasil. SYABAS juga tidak harus menjadi kuda politik sesebuah pihak dengan menjadikan air sebagai senjata bagi menjatuhkan imej kerajaan negeri selangor.

Kesimpulanya ialah Selangor menghadapi masalah kekurangan bekalan air terawat bukan air mentah. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah membina loji rawatan air sahaja yang menelan belanja tak sampai RM 500 juta bukan membina terowong penyaluran air mentah dari Negeri Pahang dalam projek LRAL2 yang menelan kos RM 9 Billion yang mungkin menguntungkan sesetengah pihak yang berkepentingan dan bakal membebankan rakyat Selangor sendiri pada masa hadapan. -tunhitler

14 ulasan:

Roza berkata...

Kroni Barisan Ngap memang sangatlah nak kan projek 9 billion. Anggaran 4 billion boleh digunakan unt p/raya dan berbelanja besarlah unt menambat hati rakyat.

Amuraria berkata...

INILAH PERANCANGAN PUAK-PUAK PENGKHINAT DAJJAL PEROSAK NEGARA PARTI SEKUTU APCO! DEMI MAHU SAUK KEUNTUNGAN MEREKA SANGGUP KELENTONG KEBENARAN JADI FITNAH DAN FITNAH SERTA PEMBOHONGAN JADI BENAR ! BETAPA TAMAK HALOBA MENCENGKAM PEMBELOT-PEMBELOT NEGARA,MOGA ALLAH S.W.T. MENGAGALKAN PENGKHIANATAN TERHADAP RAKYAT MARHAEN SELANGOR & MALAYSIA, ABU !

Tanpa Nama berkata...

Sekarang kata kos pembinaan LRAL 2 hampir RM 9 billion, tetapi apabila siap kos pembinaan itu akan meningkat menjadi RM18 billion. Bukankah ini satu fenomena yang kita biasa dengar ? Pembayaran tidak akan dibuat kalau pihak yang terlibat tidak mendapat "kick back". Ini perkara biasa dalam kerajaan Haram Jadah.

Tanpa Nama berkata...

Nak kelentong tu patut-patutlah wahai BN/UMNO.

Nak mengayakan kroni yang mana pula? Atau diri sendiri.

wan berkata...

tapi kan kita kena kaji,yg mana satu yg btl,kadang2 keliru paper nie kata pembangkang salah,paper pembangkang kata BN salah,so kesimpulannya baik kita sendiri pi kaji sedalam2nya mana satu btl,bru x dpt dosa kering cz main tuduh2.apa yg penting kita sesama agama dan umat kena bersatu,jgn asyik sibuk tuduh menuduh.last2 bila semua dh berpecah sapa yg rugi?cuba contohi kepimpinan dan sikap perjuang islam dn salahuddin al ayubi..walau apa saja fahaman politik yg penting bersatu..bru negara kuat dn xada anasair luar masuk

Tanpa Nama berkata...

bagaimana sekiranya kedua- duanya adalah betul. dimana kita memang kekurangan air terawat dan juga bekalan air mentah??

Redzuan berkata...

Artikel ini dikeluarkan pada bulan Julai 2012 lalu. Pada 1 Januaru 2013 ternyata apa yang diperkatakan ini benar. Masalah sebenar yang dihadapi SYABAS bukan kekurangan air mentah tetapi pusat rawatan air di Wangsa Maju tak tertampung permintaan yang terlalu tinggi. Pusat rawatan di Pudu Hulu Baru pula mengalami kerosakan teruk yang didakwa berpunca daripada keosakan Main switch. Rakyat terpaksa menghadapi berbagai masalah selama seminggu atau lebih. Masalah ini jelas membuktikan kelemahan pengurusan SYABAS yang tidak langsung berwawasan untuk menghadapi pertambahan penduduk dan pembangunan pesat Lembah Kelang.Alasan untuk membina logi Langat 2 adalah terlalu longgardan tidak rasional. Air melimpah ruah hingga banjir tetapi pengurusan air terlalu lemah.

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik kita bersangka baik kepada kerajaan negeri dan pusat. Pendapat kerajaan negeri tiada yang salah tetapi kerajaan pusat juga betul. Keputusan membawa air dari Pahang dibebabkan krisis air pada tahun 1998 dimana air mentah pun tak cukup apabila berlaku cuaca panas berlebihan. Cuba fikir filirkan.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

memang betul krisis air pada 1998 akibat kekurangan air mentah satu pekara yang serius. Tetapi rasionalnya mengapa perlu ambil air dari pahang dan bukan dari perak? Dan mengapa pihak syabas dan kerajaan pusat tidak berterus terang dalam hal ini? Keluarkan data dan berbincang dengan kerajaan negeri. Then publish result untuk semua rakyat nilai.

Tanpa Nama berkata...

Sedikit pembetulan daripada artikel di atas. Pembinaan loji rawatan air langat 2 bukan merupakan pembinaan terowong air pahang-selangor tetapi merupakan pembinaan sebuah pusat rawatan air di kawasan selangor sendiri.

Jika pembinaan terowong tersebut diteruskan ia merupakan pembelian air oleh kerajaan negeri selangor dari negeri pahang.

Perlu difahami, pembinaan loji rawatan langat 2 yang akan dibina di negeri selangor sendiri akan menjimatkan perbelanjaan untuk membeli air daripada operator loji rawatan air daripada membeli air dari kerjaan negeri pahang yang akan mengenakan caj yang lebih berganda kepada kerajaan negeri selangor.

Sy tidak memenangkan mana2 pihak. Sekiranya projek tersebut baik kpd rakyat selangor dan kl amnya, lebih baik ia dibut daripada membebankan rakyat

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Haram Jadah....
Habis criter....
Nak sokong2la...
yang jadik mangsa kite dan anak2...
Allah turunkan air percuma...otak percuma....itupun masih xsedar....
nak berjual beli plak dengan pemberian Allah yang kite sendiri x ternilai....esok di padang masyar kering air korang sume sebab di dunia ni dh banyak sgt melanggar perintah Allah.....memang puak2 ni susah nak mati...korang tengok la dari pemerintahan tuntung.burung raja udang,dan terbaru lord of the ring....

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah selamatkan rakyat selangor.....gagalkan penipu dan penzalim...

Tanpa Nama berkata...

boleh detialkan kos mitigasi td 500 juta , berapa banyak atau satu sahaja ..., tak boleh dgr sebelah pihak dah sebelah PKR ni bukan midle ...

Reminder2020 berkata...

Bukan semua air mentah boleh dirawat dengan mudah seperti bercakap dan memaki hamun membangkang di parlimen. Kandungan ammonia akan tinggi pada air mentah (tidak sesuai utk dirawat cara biasa) akibat musim panas berpanjangan. Sekarang dah berlaku di sungai langat, akibatnya penduduk cheras yang rata2 menyanjung tinggi kaum kerabat DAP kini dapat berbangga kerana dapat mengeluarkan peluh secara tidak langsung mengusung baldi air naik tingkat 5 flat. Tahniah!

Apa salahnya kalau keluarkan belanja lebih utk kemudahan asas dengan bersebab. Bukannya malaysia tidak mampu mcm bangladesh. Aku dari dulu tak setuju kalau kerajaan bagi air TERAWAT FREE tapi kalau air mentah FREE dan RAWAT sendiri aku setuju sebab kena klua modal paip dan water pump sahaja dan beli clorin atau water filter sendiri.

Ini semua nak FREE, dah la belaja dari kecik sampai 18 tahun FREE (cuma bayar PIBG sikit je, duit bapak puasa rokok 5 kotak setahun dah boleh baya)... lepas ni PTPTN pun nak free... lepas ni x keje dpt duit free...

antara memberi ikan atau pancing kepada orang yang sihat dan tidak cacact, cuma ketagih rokok sahaja.