Cerai isteri hadir ceramah Hasan Ali
KOTA BHARU – Hanya kerana tidak menyokong fahaman politik suami, seorang guru mengajar al-Quran dekat sini diceraikan, semalam.
Proses penceraian ke atas wanita itu, Cik Yah (bukan nama sebenar), 60, berlangsung di Mahkamah Syariah.
Gambar: Cik Yah menunjukkan rekod penceraian selepas hadir perbicaraan di Mahkamah Syariah di sebuah daerah, semalam.
Menceritakan kisah yang menyedihkan itu kepada Sinar Harian, Cik Yah, seorang ahli Umno yang aktif di kawasannya, memberitahu beliau mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu, Awang (bukan nama sebenar), dalam lingkungan 70-an, kira-kira 15 tahun lalu, atas dasar suka sama suka.
Menurutnya, ketika itu Awang, seorang penyokong Pas, tidak kisah dengan fahaman politik yang dipegangnya, tetapi beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan yang dipegang dalam Wanita Umno bagi menghormati pendirian suami.
“Bagaimanapun, awal bulan lepas, kami bergaduh besar. Ia berlaku selepas saya menghadiri majlis cabutan bertuah yang diadakan di Tanah Merah.
“Saya tidak tahu pun bahawa (bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr) Hasan Ali hadir dalam majlis tersebut,” katanya.
Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu kerana mengkritik parti secara terbuka.
Menurut Cik Yah, selepas beliau memaklumkan perkara itu kepada suaminya, suaminya mula mempertikaikan tindakannya turut berada di majlis yang sama.
Pergaduhan bermula di situ dan akhirnya, Awang memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu.
Mereka pernah berkahwin sebelum ini dan tidak mempunyai anak.
Cik Yah mendakwa beliau tidak pernah menghalang Awang menyertai mana-mana ceramah politik dan kecewa kerana suaminya pula mengugutnya hanya kerana beliau menghadiri satu ceramah yang dihadiri bekas pemimpin Pas.
Katanya, beliau sudah banyak kali berjumpa dengan imam di kawasan itu mengenai pertelingkahan dengan suaminya dan mendapatkan nasihat bagaimana hendak menyelamatkan rumah tangga mereka.
Bagaimanapun, katanya, perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan kerana suaminya terus mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan membuat keputusan untuk failkan cerai di Mahkamah Syariah.
Cik Yah mendakwa sikap bekas suaminya ini berubah menjadi terlalu sensitif dan panas baran apabila berhadapan dengan perkara berkaitan politik selepas sering menghadiri ceramah politik, yang diadakan setiap hujung minggu, di beberapa tempat di kawasan kediaman mereka.
Beliau syak Awang dihasut rakan-rakan yang berjaya membawa ahli keluarga masing-masing menyokong Pas, sehingga Awang berasa tercabar dan mengambil tindakan menceraikannya kerana perbezaan fahaman politik.
“Sebelum memfailkan cerai, bekas suami saya berkata dia tidak mahu lagi tinggal di rumah bersama saya, tetapi mahu berpindah ke rumah anak-anaknya, yang terletak hampir satu kilometer daripada rumah kami.
“Tindakannya itu menguatkan lagi telahan saya bahawa dia sudah tidak sayangkan saya lagi, sebaliknya mengutamakan politik daripada isteri sendiri,” katanya. -SH
Ulasan GB
Ini apa punya berita da?
Apakah sekadar nak memburukkan PAS kononnya mencampur adukkan politik dengan rumahtangga?
Atau nak suruh orang datang ramai-ramai dengar ceramah Hassan Jati yang dah takda sambutan tu?
Ketara sangat wartawan yang cuba menggembar-gemburkan isu ini jahil dan tidak mengetahui ajaran dan hukum Islam.
Isteri kalau ingin berpuasa sunat pun jika suami tak bagi tak boleh dilakukan... Inikan pula keluar rumah pergi ceramah! Ini sudah dikategorikan sebagai NUSYUZ. Nusyuz membawa maksud suatu tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang munasabah menurut hukum syarak. Tindakan itulah dikira durhaka.
Cuba membuat berita yang karut-marut tetapi mendedahkan pekung kejahilan sendiri. Bodoh! (pinjam perkataan Ahmad Nisfu)

Bercerai angkara fahaman politik
PASIR MAS - Sepasang warga emas yang sepatutnya melalui hari-hari tua dengan penuh bahagia terpaksa menerima hakikat bahawa mahligai yang dibina selama 14 tahun musnah hanya disebabkan perbezaan parti politik masing-masing.
Episod pahit itu terpaksa dilalui oleh Che Hasnah Che Ahmad, 61, dari Kampung Cabang Tiga Chetok dekat sini selepas sah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya Yahaya Ibrahim, 71, di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hafiz Daud di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas pukul 9 pagi semalam.
Perceraian pasangan tersebut difailkan oleh Yahaya di mahkamah sama pada 24 Jun lalu selepas mereka tidak lagi sehaluan dan kerap bergaduh kerana isu politik.
Che Hasnah bercerita, perceraian kali kedua dalam hidupnya itu berlaku selepas bekas suaminya itu didakwa semakin taksub dengan fahaman parti politik yang menggunakan agama yang dikatakan turut memaksanya menerima fahaman politik berkenaan.
Sebelum bernikah dengan Yahaya, Che Hasnah pernah berkahwin dengan lelaki lain namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada 1995 tanpa dikurniakan anak.
"Kemuncak keretakan rumah tangga kami berlaku selepas saya menghadiri sesi ceramah oleh bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali yang kini merupakan Presiden Jalur Tiga (Jati) di Tanah Merah pada 11 Jun lalu.
"Sebaik sahaja balik daripada majlis tersebut, bekas suami saya marah-marah dan mengatakan saya sesat. Yahaya kemudian berpindah ke rumah anaknya yang terletak tidak jauh dari rumah saya," katanya ketika ditemui di luar mahkamah. -kosmo
Ulasan GB
Ini apa punya berita da?
Apakah sekadar nak memburukkan PAS kononnya mencampur adukkan politik dengan rumahtangga?
Atau nak suruh orang datang ramai-ramai dengar ceramah Hassan Jati yang dah takda sambutan tu?
Ketara sangat wartawan yang cuba menggembar-gemburkan isu ini jahil dan tidak mengetahui ajaran dan hukum Islam.
Isteri kalau ingin berpuasa sunat pun jika suami tak bagi tak boleh dilakukan... Inikan pula keluar rumah pergi ceramah! Ini sudah dikategorikan sebagai NUSYUZ. Nusyuz membawa maksud suatu tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang munasabah menurut hukum syarak. Tindakan itulah dikira durhaka.
Cuba membuat berita yang karut-marut tetapi mendedahkan pekung kejahilan sendiri. Bodoh! (pinjam perkataan Ahmad Nisfu)
18 ulasan:
Ikutlah hukum dalam perkahwinan Islam. Kepada para isteri, Mintalah kebenaran suami terlebih dahulu untuk isteri keluar rumah.
salam bang...so lepas terjemahan Quran abang kasik, si Rashid ROslan tu reply ke? nk tau gak apa nas dia pakai...
kemahkemim
anon 1:55
lansung terdiam x bersuara lagi...
kebenaran (al-quran) tak akan boleh dikalahkan.
inilah hsilnya apabila penguasa2 munafik mendoktrinkan kepada rakyat bahawa politik suku, agama suku,
agama hanya dipakai dalam 3 keadaan saja. masa raya, masa sakit, masa mati. yg menguatkuasakan agama pulak, kurung agama dalam pejabat.
Elok juge Pok Ya ceraikan Cik Yah tu. 1. Orang bangang jer yang pegi dengar ceramah Hassan Ali. @. Cik Yah tu pun dah monopous kan....carilah anak dara ka ajanda ka yang masih berair dan yang penting yang denagar cakap laki. Salute Pok Ya!!!
bangchaq
Si Roslan ni lain mcm je. Islam ke klu dia kata hak asasi lebih tinggi dr Al Quran?
Pok Ya memang hebat... susah nak cari org macam.. Pok Ya. Allahhuakbar.
Atheis?sori la,tp kalu org name 'macam' islam tp komen tahape2 ni,tb2 smgt nk mem'bahan' memuncak.da pdm ke post tu gb?
Baca komen si Roslan tu, klu btol le dia tu Islam, mmg ngeri le.
Agak2nya ramai tak yg dah la jahil, degil pulak tu.
Anyway, tu le sbb lama sngat UMNO memerintah. Berjaya menyebabkan umat Islam tak faham quran & tujuan hidup.
Mudah2an si Roslan lepas ni terbuka hatinya nak mendalami agama & diberi kefahaman seterusnya hidayah & seterusnya menjadi Mukmin sejati. Allah nak beri hidayah macam2 cara.
Suami menceraikan isteri kerana perbezaan politik adalah perkara biasa. Ini adalah kerana politik adalah persoalan yang besar.Jika suami menceraikan isteri kerana isteri tak masukkan belacan dalam sambal,itu baru berita besar kerana belacan adalah soal yang kecil.
Sebenarnya puak-puak yang menentang Islam ni tidak memahami Islam secara sepenuhnya (kecuali orientalis). Dalam erti kata lain, mereka tidak pernah mempelajari Al-Qur'an dan memahami isi yang terkandung di dalamnya.Mereka hanya bergantung kepada logik akal. Mereka hanya sedar tentang kebenaran Islam apabila berada di Padang Mahsyar.
Kalau dengar cakap suami kan ke elok. Bila Cik Yah, sanggup berdepan dengan Wartawan menceritakan kisah perceraian, memang nampak Cik Yah sangat tidak elok perangainya Cik Yah.
Terimalah dengan tabah, kekhilafan diri
Salam.. aku boleh dikatakan kenal dgn org2 yg dlm list printscreen tu dan aku mengikuti jugak perbincangan korang.. mule2nye aku nak "LIKE" jugak comment greenboc tu, tapi bile fikir2 balik, aku biar dulu.. aku setuju dgn ape yg greenboc comment tu tapi mungkin caranya tak menepati kelompok manusia2 seperti itu.. sbb fokus akidah yang berlainan iaitu lebih liberal dan mementingkan kebebasan yang terlalu "bebas" di mana mereka kurang penerimaan yang Al-Quran itu adalah kalam Allah dan ia diturunkan sebagai panduan semua manusia..
yang lagi 2 org tu pulak lebih mementingkan sentimen2 politik yang kuat.. kite berckp pasal hman rights yang dibimbing oleh Al-Quran, die pegi ckp pakatan tadbir negara (tak disiarkan dlm printscreen di atas)... dalam zaman skrg yg ternyata Islam itu dianggap asing seperti Islam sebelum diterima dulu, kite kena kreatif dalam berdakwah utk menepati kelompok2 yang tertentu
Salam.Sy dan suami juga berbeza fahaman politik.Sy sokong PAS dan dia penyokong kuat UMNO.Tp,mcm yg GB kata,walau mcmmanapun isteri kene taat dgn suami walhal hati sakit dgr dia kutuk PR.Sy tak akan lawan apa juga pendapat dia,malah tak pernah berdebat pasal politik walau ikutkan hati,teringin nak sertai aktiviti PR.Suami sgt paranoid dgn apa2 aktiviti Kerajaan Selangor even gotong royong zon bersih yg dianjur MBSA.Tapi sy masih baca HARAKAH dan blog2 PR dan byk dpt pendedahan dari situ.Jd,dgn maklumat yg ada,sy cuba dgn cara halus utk betulkan tanggapan buruk dia terhadap PR.Alhamdulillah,skang dia mula buka mata dgn apa yg berlaku.Jd,sbg pasangan yg dah berumur,patut selesaikan dgn cara yg matang.Ini cuma kes terpencil,patut tak timbul isu.Yg jd isu sbb suaminya penyokong pembangkang.Cubalah kalau sebaliknya,ia takkan muncul kat suratkhabar pun.
"Salam.Sy dan suami juga berbeza fahaman politik.Sy sokong PAS dan dia penyokong kuat UMNO.Tp,mcm yg GB kata,walau mcmmanapun isteri kene taat dgn suami walhal hati sakit dgr dia kutuk PR.Sy tak akan lawan apa juga pendapat dia,malah tak pernah berdebat pasal politik walau ikutkan hati,teringin nak sertai aktiviti PR.Suami sgt paranoid dgn apa2 aktiviti Kerajaan Selangor even gotong royong zon bersih yg dianjur MBSA.Tapi sy masih baca HARAKAH dan blog2 PR dan byk dpt pendedahan dari situ.Jd,dgn maklumat yg ada,sy cuba dgn cara halus utk betulkan tanggapan buruk dia terhadap PR.Alhamdulillah,skang dia mula buka mata dgn apa yg berlaku.Jd,sbg pasangan yg dah berumur,patut selesaikan dgn cara yg matang.Ini cuma kes terpencil,patut tak timbul isu.Yg jd isu sbb suaminya penyokong pembangkang.Cubalah kalau sebaliknya,ia takkan muncul kat suratkhabar"
ini baru betul caranya... berdakwah dengan cara yang baik... insya Allah akan membuahkan hasil. Saya setuju apa yang dinyatakan oleh greenboc.. isteri wajib meminta izin dengan suami jika hendak keluar rumah.
Elok sekiranya Hasan jati ambil Cik Yah sebagai isterinya selepas tamat edahnya nanti.
InsyaAllah nama Hasan jati akan mencanak naik sebagai penyelamat umah.
setuju dgn anon 1.12am
gua dgn bini gua pun berbeza idea siap debat tu... bini gua x bole terima tp gua relex saja...
Salam tuan punya.. minta izin copy paste berita kosmo tu... Ada wat entry sikit... thnks
Catat Ulasan