Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan baru sahaja mengisytihar kemasukan ke dalam PAS dan telah menyerahkan borang keahlian seumur hidup sebentar tadi di dalam satu majlis ceramah bersama YAB Tuan Guru dan Exco kanan kerajaan negeri, YB Dato Husam di Padang YIK Nilam Puri.
Abby yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri rancangan televisyen Gerak Khas kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan PAS kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, minggu lalu.
Tidak ketinggalan bekas rakan sepasukannya dalam filem tersebut juga menempelak Abby kunun mewakili anak-anak polis mencabarnya supaya berdebat dengannya.
Tetapi sehingga ke hari ini AC Mizal masih tidak memberi kata putus berkenaan isu debat yang dimulakannya sendiri.
Abby Abadi sebelum ini pernah menyatakan hasratnya kini ingin lebih dekat dengan agama selain menjadi insan lebih baik setelah melalui pelbagai pengalaman yang banyak mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah.
“Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.
“Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” katanya.
Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH.
Apa-apa pun kita rakamkan syabas kepada Abby Abadi dan kita alu-alukan beliau di dalam saf perjuangan Parti Islam SeMalaysia ini.
5 ulasan:
syabas untuk abby dan jangan layan haprak mangkuk pembodek umno-apco mizal kelentong tuu ! ABU !
Saya pun ucapkan syabas juga kepada Abby. Walaubagaimanapun saya harap Abby jangan berhenti daripada kerjaya kerana sayang bakat tidak digunakan sepenuhnya. Tak perlu risau kalau tiba - tiba terkandas dan terhanyut semula dalam bidang kerjaya. Saya yakin PAS dapat lakukan usrah kepada semua artis untuk cegah perkara tersebut dar berlaku.
Tahniah abby...semoga kehidupan anda bahagia seumur hidup dan di redhai oleh Allah...Abaikan AC MIZAL...saya belajar sampai UPSR sahaja... saya dapat berfikir AC MIZAL masuk UMNO sebab nak elakkan diri dari kesalahan menjual gelang tipu sahaja...haha..
TAHNIAH ABBY...ABU
Insyaallah perkara akan sentiasa dilindungi Allah.
Tak boleh pakai kepala AC Mizal tu. Aak bekas pegawai polis. Kes pergaduhan melibatkannya suatu waktu dulu di Pahang, macam mana? Senyap sampai sekarang.
Catat Ulasan