14 Jun 2012

ROS sengaja Melambatkan Pendaftaran PAKATAN RAKYAT

Daftar: Pakatan Rakyat tunggu penjelasan ROS

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Jawatankuasa Penaja Pakatan Rakyat yang dipengerusikan oleh Datuk Kamarudin Jaffar masih menunggu jawapan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung dengan permohonan terbaru.

Tambah beliau ketika ditemui di lobi Parlimen sebelum ini ROS menolak permohonan pendaftaran kerana Datuk Zaid Ibrahim yang bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut telah keluar dari Pakatan Rakyat.

"Penjelasan kita apabila ROS menolak pendaftaran tersebut dengan alasan bahawa Zaid tidak lagi bersama Pakatan, kita telah mengadakan mesyuarat agung luar biasa dan telah melantik Kamarudin sebagai pengerusi.

"Setelah itu senarai baru secara rasmi telah kita kemukakan kepada ROS, selepas itu mereka kata tidak boleh proses kerana nama permohonan terdahulu yang dipengerusikan oleh Zaid masih ada," katanya.

Jelasnya lagi, setelah jawapan tersebut sehingga sekarang ROS tidak membuat sebarang keputusan apa tindakan selanjutnya.

"Sekarang segala-galanya ada pada ROS mereka perlu jelaskan dan perkara ini perlu disegerakan.

"Kita telah penuhi segala kriteria yang telah ditetapkan yang melayakkan untuk diberi kelulusan tetapi ini tidak berlaku," sambungnya lagi.

Saifuddin menyatakan perkara itu telah dibincangkan pada Majlis Presiden dan telah membuat ketetapan jika penolakan berlaku ke atas permohonan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penaja yang baru yang diketuai Kamarudin yang turut diwakili oleh wakil-wakil parti maka permohonan baru akan dikemukakan.

"Permohonan baru ini akan memasukkan nama-nama besar dalam Pakatan Rakyat iaitu pemimpin-pemimpin utama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahupun Lim Kit Siang.

"Inilah tindakan seterusnya yang kita akan lakukan, tetapi sekarang kita menunggu jawapan dari ROS terhadap permohonan sebelum ini," kata Ahli Parlimen Machang itu lagi. -HD

Ulasan GB

Sudah bertahun permohonan pendaftaran Pakatan Rakyat dikemukakan untuk kelulusan tetapi ROS mengemukakan pelbagai alasan dan helah untuk melambat-lambat proses pendaftarannya.

ROS, salah satu agensi yang diperalatkan selain dari SPR, SPRM, PDRM dan lain-lain yang digunakan UMNO BN untuk menekan dan menzalimi PR agar tidak berkesemapatan untuk menggunakan satu nama dan lambang di dalam pilihanraya yang akan datang.

Namun GB yakin hukum kebenaran dan keadilan tetap berlaku. ROS akan menerima padahnya sama seperti agensi-agensi lain yang khianat di dalam menjalankan tanggungjawab dan amanahnya secara adil, saksama dan telus kepada rakyat.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Kau berikanlah pengajaranMu yang sekeras-kerasnya kepada pihak-pihak yang sengaja melakukan kerja-kerja penipuan dan halanglah penipuan-penipuan mereka itu dari terlaksana.

GB ulangi, GB ingin mengingatkan pihak-pihak yang terlibat, bahawa Allah sudah berfirman:


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]




4 ulasan:

Amuraria berkata...

AMIIN AMIIN YARABBAL ALAMIIN,GEROMBOLAN SEKUTU APCO YANG MELEMBUKAN SEMUA AGENSI DENGAN KERJA HARAM JADAH ! MOGA MENERIMA HUKUMAN SETIMPAL DARI ALLAH SWT INSYALLAH ABU SAJA PENYELAMAT MALAYSIA !

din berendoi berkata...

SELEPAS PILIHANRAYA NANTI HAMPA TAU LA NASIB HAMPA, SABUT KA BATU.....

Tanpa Nama berkata...

Sbbnyer mungkin ROS kener minta kebenaran dari kak Ros dulu kut.....hihihihihi

Osama berkata...

آمين يا رب العالمين