12 Jun 2012

Nak Membunuh Namanya: 967 Gas Pemedih Mata Dilepaskan Pada Bersih 3.0

Kuala Lupur: Sebanyak 967 butir gas pemedih mata telah dilepaskan dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Jumlah itu lebih tiga kali ganda berbanding dalam perhimpunan Bersih 2.0, iaitu sebanyak 262 butir.

Tembakan yang dilepaskan dalam Bersih 3.0 itu termasuk 909 butir 'shell tear smoke' dan 58 butir 'grenade tear smoke'.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussin dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan.

Dalam jawapan itu, Hishammuddin turut memberitahu kerajaan telah menanggung kos keseluruhan sebanyak RM1.8 juta akibat daripada penganjuran perhimpunan itu.

Fong Po Kuan dalam soalan lisannya meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh anggota yang bertugas, perbelanjaan pada hari tersebut.

Sementara itu, Hishammuddin memandang serius sebarang pelanggaran Peraturan sedia ada (SOP) yang telah ditetapkan dan dua anggota polis telahpun didakwa di mahkamah.

"Sekiranya terdapat mana-mana anggota keselamatan terbukti bersalah melanggar SOP yang telah disediakan, tindakan undang-undnag akan tetap diambil terhadap anggota berkenaan," katanya. -HD

Ulasan GB

Hampir seribu kanister gas pemedih mata dilepas... Bukankah nak membunuh namanya itu?

Kita tiada pilihan lain selain berdoa ke hadhrat Ilahi...

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami berikanlah pengajaranMu yang keras terhadap pihak yang menghuru-harakan dan yang menimbulkan provokasi (jika ada) pada perhimpunan aman BERSIH yang berlansung sedikit masa lalu.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Kau gagalkanlah setiap rancangan dan rencana jahat pihak yang cuba melakukan tipu daya terhadap sistem pilihanraya di dalam negara kami. Kamu balikkanlah tipudaya dan rencana jahat mereka kepada mereka semula.

Ya Allah ya Tuhan kami, Kau tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Amin Ya Allah Amin Ya Rabbail 'alamin.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

amin amin amin

Tanpa Nama berkata...

Bersih 3.0 berlangsung serentak di lebih daripada 60 tempat tetapi semuanya berlangsung dengan aman dan tenteram kecuali di Kuala Lumpur. Bersih 3.0 mempunyai matlamat dan objektif yang jelas, iaitu menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. BN menolak tuntutan Bersih 3.0 kerana mereka tahu BN tak mungkin menang dalam GE-13 kalau pilihan raya itu bersih dan adil. Oleh itu tuntutan Bersih 3.0 wajib ditolak walupun berlaku kelumuran darah dan kematian. UMNO akan pertahankan Putrajaya, dengan apa cara sekalian pun, ditegaskan oleh Najib pada suatu ketika dahulu.


Najib terkejut melihat bilangan yang hadir pada 428 dan merasa tertekan. Oleh itu polis diarahkan untuk bertindak keras terhadap penyokong-penyokong Bersih. Penyokong Bersih terus dibelasah polis walupun dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing. Saya ulang………walaupun dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing.

Soalan yang timbul di sini: Mengapa polis terus membelasah penyokong Bersih walaupun mereka sedang dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing?

Lepas geram ? Atau atas arahan Najib dan Hishamuddin ?

Tanpa Nama berkata...

Kanister stok lama kasi abis boleh beli stok baru, oder lagi byk kasi standby takut tak cukup, konon akan ada byk lagi perhimpunan "haram". Jadik ada peluang gerombolan buat duit haramjadah.

sEtuLusQasiHku^_^ berkata...

mmg pun..jangan tak tahu...event tentera pun dah buat latihan...persediaan jika ada huru hara masa perhimpunan aman...

maksudnya,jika akan ada lg perhimpunan aman...spt contoh BERSIH 4.0...kita semua kena berjaga-jaga kerana provokasi maha hebat akan dibuat sebab tentera pun dah dikerahkan buat latihan untuk "menangani" peserta himpunan....

dalam negara kita..selagi BN berkuasa,mmg semua akan dikawalnya...baik jabatan kerajaan,mahu pun pihak swasta...

ya ALLAH....KAU hancurkanlah kerajaan zalim ini ya ALLAH...kerajaan ini telah terlalu lama tidak mendaulatkan ENGKAU....ENGKAU sgt berkuasa jika ENGKAU berkehendakkan sesuatu...spt mana telah KAU firmankan dalam surah ali-imran ayat 26

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.