30 Jun 2012

Najib Sudah Hilang Arah, Tak Berani Adakan Pilihanraya Tahun Ini

PM: BN berhasrat guna sepenuh mandat lima tahun

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan BN sekarang berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun untuk berkhidmat kepada rakyat selepas memenangi pilihan raya tahun 2008.

Beliau menegaskan demikian ketika ditanya mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak.

"Bila kita dipilih rakyat, kita dipilih untuk tempoh lima tahun.

"Jadi dalam masa lima tahun itu amat penting bagi kita untuk memperlihatkan kemampuan kita untuk mentadbir negara kita dan membawa kemajuan kepada negara kita dan membela untung nasib rakyat," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam ini..

"Kalau kita buat pilihan raya terlalu awal bererti kita memendekkan tempoh yang rakyat berikan kepada kita," katanya.

Oleh itu, kata perdana menteri, tidak timbul soal BN kurang yakin menghadapi pilihan raya umum akan datang berikutan dakwaan pembangkang yang beliau sengaja melambatkan tarikh pilihan raya itu.

Persoalan mengenai pilihan raya menjadi teka-teki semua pihak khususnya di kalangan parti-parti politik pembangkang.

Terbaru ialah spekulasi mengenai kemungkinan Parlimen dibubarkan selepas selesai bersidang semalam, tetapi sehingga ini, belum menjadi kenyataan.

Sebelum ini, ada pihak, khususnya PAS, yang mendakwa, perdana menteri mungkin mengadakan pilihan raya pada musim haji akan datang.

Ada juga yang berpendapat ia mungkin diadakan awal tahun depan.

Dan kenyataan perdana menteri malam ini, yang BN mahu menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun itu, menguatkan lagi spekulasi bahawa pilihan raya umum tidak mungkin diadakan dalam masa terdekat ini. -mk


PAS ramal PRU13 tahun hadapan

KUALA LUMPUR, 19 Jun: PAS menjangkakan pilihan raya umum ke-13 berkemungkinan besar akan diadakan pada tahun hadapan, sehingga habis tempoh penggal.

Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berkata, Parlimen tidak akan dibubarkan pada tahun ini kerana Selangor tidak akan membubarkan Dun dan bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan.

Mustafa berkata, Umno BN tidak akan berpuas hati jika Selangor tidak turut serta dalam PRU kerana mereka memang mahu merampas kembali Selangor.

"Saya rasa pilihan raya ini tunggu sampai tamat tempoh. Ini bukan saya bergurau, tapi serius.


"Selangor akan berasingan kerana ada masalah dengan daftar pemilih, penambahan pengundi yang ketara," kata beliau kepada Harakah dan Harakahdaily semalam.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Dun Selangor tidak akan dibubarkan meskipun kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen lebih awal namun hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.

Di bawah sistem Persekutuan, negeri mempunyai hak dan kedaulatan untuk menentukan tarikh Dun akan dibubarkan seperti yang dilakukan Sarawak.

Mustafa berkata, Umno BN yakin dapat merampas Selangor dengan menggunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Strategi BN memang nak rampas Selangor. Dia tidak akan puas hati melainkan dia boleh tawan Selangor dengan strategi yang dibuat ini. Dengan kerjasama KDN, SPR dia merasakan ada harapan untuk tawan Selangor.

"Bila Selangor kata tak akan bersama, Umno BN akan tunggu.

"Dia akan buat pada tarikh yang Selangor tak boleh tangguh lagi. Jadi memang pilihan raya tak akan berlaku, akan berlaku tahun depan,"
katanya.

Mustafa bagaimanapun berkata, PAS bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi PRU ke-13.

"Bagaimanapun dari segi kaedah politik, pilihan raya, PAS tetap bersedia untuk menghadapi pilihan raya bila-bila masa.

"Tapi pemikiran dalam BN mungkin pilihan raya sampai kepada tahun depan," katanya lagi.
-HD

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Kalau kita buat pilihan raya terlalu awal bererti kita memendekkan tempoh yang rakyat berikan kepada kita," katanya.

Bukan memendekkan jangka hayat UBN!!!!!

Tanpa Nama berkata...

pulak, dah...
takut kalah la tu...
kah... kah... kah...

Tanpa Nama berkata...

5 tahun 5 tahun juga.
tapi tuntutan bersih
8 perkara jangan diabaikan.
menjelang pru13 tahun depan
bersih 0.4 dan bersih 0.5
boleh diadakan jika kerajaan
bn/umno tak ambil peduli.
jika 8 tuntutan tak
dilaksanakan jangan harap
pr boleh sampai ke putrajaya.
spr dan yang sewaktu
dengannya kan penipu.

Tanpa Nama berkata...

Sempat kut buat BERSIH 5.0!!

Tanpa Nama berkata...

mesir sudah jatuh ketangan islam, malaysia bila nak PRU13?, semoga allah tumbangkan BN diganti pemerintah beriman yang membela rakyat

Tanpa Nama berkata...

ini tanda najib nak buat PRU13 musim haji..jangan lekaaaaa

Tanpa Nama berkata...

Madey jadi pm buat pru untuk dapat mandat baru. Pak Dollah jadi pm buat pru untuk dapat mandat baru. Najib Toya jadi pm tak dapat mandat. Mandat yg ada sekarang mandat Pak Dollah.

Muka tak tau malu. Kulit muka tebal mcm .....

Waris berkata...

Saya rasa macam esok nak mengadap agong...

Kah kah kah... pm tanpa mandat yg flip flop. Sama taraf dengan selipar jepun je.