1 Jun 2012

Hamidah Terus Tutup Blog Bila Gagal Tolak Saman Khalid Samad

Mahkamah Tinggi hari ini menolak dengan kos, permohonan Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman bagi mengenepikan saman fitnah Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad, terhadapnya.

Saman itu berhubung dakwaan Khalid bahawa Hamidah memfitnahnya dengan menyiarkan gambar "superimpose" Ahli Parlimen itu memakai jubah biskop di blognya, pada Januari 2010.

Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz turut memerintahkan saman itu didengar pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Zainal Azman berkata, kes saman itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil dan bukan Mahkamah Syariah.

Katanya, saman difailkan Khalid adalah saman fitnah berhubung kredibilitinya sebagai seorang ahli politik.

Khalid memfailkan saman fitnah itu terhadap Hamidah pada 22 Disember 2011, berhubung penyiaran gambar di laman blog http://hamidahosman.blogspot.com.

Beliau mendakwa gambar yang disiarkan itu menunjukkan seolah-olah beliau seorang murtad seperti seorang paderi Kristian dan termasuk dalam golongan yang menghina Islam.

Hamidah dalam pembelaannya berkata, beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina tetapi paparan itu berhubung tindakan plaintif menyebarkan pendapatnya berhubung satu fatwa.

Pada 20 Februari lalu, Hamidah membuat permohonan bagi membatalkan saman Khalid dengan alasan kes tersebut sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Khalid diwakili oleh peguam, Azhana Mohd Khairudin manakala Hamidah pula diwakili oleh peguam, Nor Emelia Iszeham.

Ulasan GB

Tinjauan ke blog hamidahosman.blogspot.com mendapat ianya telah ditutup.


Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Kebatilan tetap TEWAS dengan kebenaran.

Kebatilan tidak akan mampu bertahan sepertimana firmanullah:


وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً


wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. -Al-Isra: 82

Begitulah seterusnya, blog-blog pencacai yang suka mencarut dan memfitnah dengan gambar-gambar lucah akan tetap binasa akhirnya apabila berdepan dengan kebenaran (ayat Al-Quran).

Termasuklah media massa (bercetak dan eletronik) dan agensi berita yang memfitnah dan yang sering menyiarkan gambar-gambar lucah. Mereka akan hancur binasa akhirnya kerana demikianlah peraturan alam hakikat (kebenaran).

Awan gelap tidak selama-lamanya boleh menutup sinar cahaya mentari!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

'BERANI KERANA BENAR. TAKUT KERANA SALAH'. Baru ada akal!!!