4 Jun 2012

[DEDAH] Rakyat Ditipu Dengan Subsidi Petrol


Kerajaan mendakwa kualiti RON97 lebih baik berbanding RON95. Disebabkan kualiti yang lebih baik, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 sebanyak RM2.90 seliter manakala RON95 yang kurang berkualiti pada harga RM1.90 seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.90) berharga lebih RM1 daripada RON95 (RM1.90).

Tetapi, kerajaan juga begitu bangga menyatakan bahawa petrol RON95 telah diberi subsidi kerana rakyat diutamakan. Bukan sedikit tetapi subsidi dan cukai berjumlah RM1.45 terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menetapkan harga runcit RON95 pada paras RM1.90 seliter.

Dengan harga RM1.90 seliter dan ditambah nilai subsidi RM1.45 seliter yang ditanggung oleh kerajaan, maka harga RON95 TANPA SUBSIDI ialah RM3.35 manakala RON97 yang lebih berkualiti tetapi TANPA sebarang subsidi hanya berharga RM2.90!


Sekiranya kedua-dua gred petrol dijual TANPA sebarang subsidi, maka harga RON95 (RM3.35) lebih tinggi daripada RON97 (RM2.90). Petrol yang lebih berkualiti lebih murah daripada petrol yang kurang berkualiti!

Jika begitulah halnya, adalah lebih baik kerajaan menukarkan subsidi RM1.45 seliter yang diberikan kepada petrol gred RON95 (yang kurang berkualiti) dan memindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Rakyat akan menikmati petrol yang berkualiti lebih baik dengan harga yang jauh lebih murah. Dengan kadar subsidi RM1.45, harga petrol gred RON97 dapat dinikmati oleh rakyat dengan harga RM1.45 seliter! (RM2.90 - RM1.45).

Dengan harga yang lebih murah dan Rakyat dapat menggunakan petrol daripada gred RON97 yang lebih berkualiti.... RON97 berharga RM1.45 seliter! Macam mimpi!

Tapi kerajaan Barisan Nasional seronok menipu orang-orang tua di kampung dan peneroka Felda dengan perkataan subsidi. Tak mengapa. Teruskan menipu menggunakan perkataan keramat 'subsidi' tetapi pindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Ada berani?

Kalau tak berani, jangan ganggu Rakyat untuk menukar kerajaan yang dapat memberikan harga petrol yang lebih murah. Bukan susah pun kerajaan Pakatan nak lakukan... Pindahkan sahaja subsidi daripada RON95 kepada RON97. Tak perlu pakar kewangan untuk melakukannya..

Analoginya samalah dengan menjual kereta Proton yang berkualiti dengan harga yang lebih murah di luar negara manakala Proton yang kurang berkualiti dijual kepada rakyat di dalam negara dengan harga yang jauh lebih mahal. Haram jadah!!! (pinjam kata-kata Najib)

Siapa yang mahukan harga petrol RON97 berkualiti dengan harga yang lebih murah daripada harga RON95, JOM tukar kerajaan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat!

Patutlah DS Anwar berani dan konfiden memberi jaminan, "malam ini kita berkuasa di Putrajaya, esok kita turunkan harga petrol!"

Kepada pemuda-pemudi, abang, adik, kakak, cuba eksplen penipuan subsidi petrol kerajaan Najib ini kepada orang-orang tua di kampung-kampung, di pedalaman, Makcik Kiah, Makcik Jemah, Pak Seman, Pak Sudin di Felda-Felda. Mereka semua ada kereta dan motor yang menggunakan petrol. -blog.marhaen.info

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha.. buta je rakyat di tipu. Mana pencacai umporno.? Komen sikit.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnye Untuk RON97 mmg takde subsidi tapi harga lebih murah sebab kebanyakan yg guna kerete mewah mana pakai RON95 kalau diorang ikut harga semasa WAJIB mengamuk golongan yg kaya raya nih dan taknak sokong kerajaan yag ade sekarang.

Satu lagi nak tunjukkan KE"BODOHAN" menteri yg bertanggungjawab, walaupun semua petrol kiosk dah tak pamerkan senarai semua harga pada PAM minyak tapi dah tau harga RON97 tu cuma RM2.90 (takde subsidi).

Pak menteri, kami rakyat tahu kamu belajor sampai oversea tapi kami yg belajo tak tingi mane ni bukannya bodoh.

Atau pun menteri yg bertanggungjawab ni jadik kambing hitam je sebab nak digugurkan masa PRU13 nanti. (jaga2 la pak menteri).

Semoga ade pihak yg blh sedarkan kerajaan dari mimpi2 yang tak nyata.

1 Malaysia berkata...

Ingat kata-kata PM, Tok Jib. Pilihlah kerajaan yang waras agar kita tidak menyesal pada masa akan datang. Memang AKU akan pilih kerajaan yang waras tapi bukan BN. Dah lama dah .... kena tipu.
Spesis manusia di Malaysia yang paling mudah ditipu ialah MELAYU. Hanya perlu kita sebut Melayu akan hilang kuasa kalau tak pilih BN, tentu berduyun-duyun spesis yang "BODOH" dan "BANGANG" ni akan pilih BN. Bagi depa, Melayu dalam BN saja yang Melayunya. Melayu yang dalam PAS, PKR, DAP, ... bukan MELAYU tapi Cina dan India atau Singh atau ... Ingat Melayu dalam PAS tu mungkin Anwar Lim, Azmin Singh, Rafizi Koh, ... kot.

Rojak berkata...

kalau tak menipu bukan ler meno.

Tanpa Nama berkata...

Memang BN haram jadah.

Tanpa Nama berkata...

Siang2 dah tau dah keparat2 punya krja...binawe punya PM ngok...hancurkan tentera2 musyrikin ini ya allah....{UMNOGOK} Kami xredha mereka perintah maysia ini lagi......tgk jer muka2 diorg kat mana2 tv pun nak MUNTAH...JGN BERUCAP LG LAH....tp mungucap bnyk2 sbb dah nak d kapan kan olih rakyat malaysia....sedar lah diri muka tampal kulit BABIIII....Hiiiiii tak malu.....

Tanpa Nama berkata...

Tunggu dan lihat pda p/raya 13 nanti tabirrrr

Tanpa Nama berkata...

Mentaliti saluran 1,takut negara akan huru-hara jika BN kalah. Harap sangatlah para cerdik pandai,bila balik kampung tolong beritahu yg sebenarnya.Negara maju pun berani buat perubahan. Jika tak puas hati tukar lagi selepas 5 tahun.Kuasa di tangan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Kepastian RON 97 tidak diberi subsidi. silat lihat link dibawah

http://www.channelnewsasia.com/stories/economicnews/view/1069647/1/.html

Tanpa Nama berkata...

hau lau punya optimus prime. semalam berucap di perhimpunan bulanan kementerian kewangan, Berucap dengan penuh yakin kata pembangkang berjanji tanpa berpaksi, mengenai menurunkan harga minyak. PENUH YAKIN YE, KO MENIPU YE PM. KURANG HAJAR..

Tanpa Nama berkata...

Itu baru harga minyak yg BN tipu rakyat. BANYAK lagi yg kita tak tau. Harap2 bila PAKATAN memerintah dia tunaikan janji. TOL. PTPTN. MINYAK. DAN PALING TERUK SEKARANG HARGA IKAN KAT PASAR.

Tanpa Nama berkata...

KFC beli ayam secara pukal. seeko RM1-RM2/kg. kite beli RM 7.50 kat kedai Acheh. kat pasar RM 6. Kaya raya company omputih tu. Malaysia memang la org melayu yg pegang. Tapi principlenya..

Tanpa Nama berkata...

kalu kita tengok harga sebenar ron95 lebih mahal dari harga sebenar ron 97. Pelik la.. minyak petrol ron95 yang rendah kualitinya harga sebenarnya lebih mahal dari ron97 yang tinggi kualitinya tetapi lebih rendah harga sebenarnya dari ron 95.

Nampak sangat menipu..

Be End, Be End...

Tanpa Nama berkata...

Semalam kat Tilawah Al-Quran kebangsaan 2012. Qari & qariah baca ayat Al-Quran surah Al-Maidah. Ulasan bacaan surah tersebut dibaca 2. terangguk2 Najib dibuatnya.. ulasan bacaan tersebut yang aku ingat la, mengenai orang yang beriman adalah orang yang mengikut cara & undang-undang yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Tanpa Nama berkata...

lamo amek kono tipu kek gerombolan hamlau ni

Tanpa Nama berkata...

lamo amek kono tipu kek hamlau ni confirm kono tuka lopeh ni

Fik017 berkata...

Perhatian smua kenkawan, shbat handei, rkan taulan..adik2, abang2.. PASTIKAN BN KALAH TERUK DLM PRU13.. Tolong hebahkan..war2kan..siarayakan bahwa kira rakyat mesia ni dh lama ditipu oleh KERAjaan yang bernama BN..