Pengadu mohon maaf, minta Mat Sabu dibebas
Saksi pertama kes perbicaraan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai isu komunis Bukit Kepong, hari ini mengaku di Mahkamah Sesyen di Butterworth bahawa beliau membuat dakwaan terhadap Mohamad hanya bersandarkan laporan akhbar bahasa Melayu.
Pesara polis Visva Nathan, 75 dari Raub, mengaku beliau telah menfitnah Mat Sabu dan meminta maaf kerana membuat aduan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar tersebut, lapor Bernama.
Nathan juga mengaku telah membuat aduan polis pada 27 Ogos selepas membaca laporan akhbar tersebut di mana dakwaan itu hanya berdasarkan pada sangkaan dan andaian.
"Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis mengambil tindakan," beliau dipetik sebagai berkata di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin di Mahkamah Sesyen di Butterworth hari ini.
Nathan mengaku telah membuat fitnah itu selepas diberikan dua laporan iaitu keratan akhbar berkenaan dan teks ceramah Mat Sabu yang tidak mengandungi perkataan komunis.
Mat Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.
Mahkamah menetapkan 13, 16 dan 17 Julai untuk sambungan perbicaraan.
Sementara itu, dalam laporan Harakahdaily pula, Visva menjawab 'ya saya bersetuju' apabila disoalbalas oleh peguam bahawa bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi beliau (Visva) yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polisnya.
Berikut adalah petikan soal balas peguam Mat Sabu - Mohamed Hanipa Maidin - seperti diterbitkan di akhbar web PAS Harakahdaily:
Soalan: Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?
Jawapan: Ya, setuju.
Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?
Ya. Setuju.
Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?
Ya, setuju.
Mat Sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?
Betul.
Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?
Ya, setuju.
Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?
Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).
Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu stick kepada apa yang kamu katakan?
Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan he is now my brother. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.
Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?
Saya tidak boleh jawab soalan itu.
Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?
Setuju.
Harakahdaily juga melaporkan saksi mengakui tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk: "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"
Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama, lapor lidah rasmi PAS itu lagi.
Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut juga dilapor berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi. -mk
Ulasan GB
Demikianlah. Episod yang mendedahkan kebenaran.
Hukum kebenaran dan keadilan nampaknya semakin hari semakin terserlah. Semakin ramai yang hati-hatinya kini sudah pun akur dengan hukum kebenaran dan keadilan dan akhirnya terbongkar segala rahsia dan segala fitnah yang nyata.
Berulangkali GB meminta rakyat bermohon kepada Allah agar kebenaran dan keadilan tertegak dan akhirnya Allah swt memperkenankan doa kita.
Tunggu hari pembongkaran dan pendedahan segala penyelewengan dan penipuan yang akan dilakukan oleh Allah swt sendiri. Allah akan tetap bersama mereka yang memperjuangan kebenaran dan keadilan.
Nak lawan, pergilah lawan denganNya, bukan dengan kami.
Kami akan tetap berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
Demikianlah juga dengan segala penipuan-penipuan UMNO/ BN, SPR, PDRM, JPN dan lain-lain.
Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah menurunkan pengajaranNya yang sekeras-kerasnya kepada UMNO serta sekalian pihak yang bersekongkol dengannya semata-mata untuk mempertahankan kuasanya, Amin Ya Allah Amin Ya Rabbil 'Alamin.

7 ulasan:
bila tuhan menghendaki kebenaran dan kebatilan terserlah.......maka segalanya dipermudahkan.
cerr tanya uncle tu, ntah2 ada barua lain yg suruh dia repot polis :)
Nah dia. Siapa penipu? Awat makin hari makin BN tak cerdik? Memang tepatlah masanya untuk kita bertukar angin sebab tak kan kita nak jadikan orang tidak cerdik menjadi pemimpin kita. Dah lah tak tak cerdik, korup pulak. Lidah bercabang. Yang paling sial ialah depa tu bersifat munafik yang sangat dimarahi Allah swt.
Wa tau itu Amat Sabu tarak takut sama sapa-sapa, benar kalu mesti cakap punya tapi itu Tuhan, Allah mesti dia ada takut punya... he he
hai, kelakar, kelakar.
Abg Mat ni klu berceramah ade isi, tapi dlm pada tu caranya kelakar, tup2 kes mahkamah dia pun kelakar. Bukan dia yg buat tuuuuuu...
kah kah, teruskan abg Mat dgn keberanianmu kerana benar.
inilah Haramjadahnya bila baca akhbar pencacai yang selayaknya buat lap najis je..
Semuga Kebenarannya terus terusan dibongkarkan oleh Yang Maha Benar.
kerja fitnah memang kerja bodoh.
sebab mereka2 benda yg takde.
illuminati yg bertuhankan dajjal yg dikatakan bijak itu pun terserlah kebodohan apabila buat konspirasi serangan WTC...apabila banyak tanda2 yg menunjukkan kerja jahat mereka tersebar.
mahadey pun pernh buat kerja bodoh dan kelihatan bodoh apabila zaman dia tilam diusung ke mahkamah...pada saat penjilat dia menyanjung dia sebagai PM yg bijak.
inikan pula fitnah dungu terhadap mat sabu...
ada ke Bkt Kepong tu kat selangor .. ahaahahaha
dia tu patut kena tindakan mahkamah kerana menghina negara dan tidak tahu sejarah negara.
kerakyatannya patut digantung.
Catat Ulasan