17 Jun 2012

[BERGAMBAR] Liputan Himpunan Hijau Di Johor

Ledang: Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat Negeri Johor yang diadakan semalam dianggap berjaya telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Ianya memperlihatkan rekod kehadiran ahli dan penyokong PAS cukup memberansangkan bermula seawal program sehingga kemuncak pada ceramah sebelah malamnya.

Program semalam bermula dengan jamuan rakyat pada paginya yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum disambung sebelah petangnya dengan majlis Hi-Tea bersama Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Kemuncak program malam tadi di sebelah malamnya iaitu program munajat dan ceramah oleh pimpinan PAS khususnya mendengar amanat Presiden yang menyaksikan lebih 5,000 yang hadir.

Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, Tuan Haji Ghazaley Ayub berkata, sasaran kehadiran ahli dan penyokong PAS semalam tercapai.

"Jadi kita anggarkan ahli dan penyokong yang hadir pada Himpunan Hijau ini bermula dari jamuan rakyat hingga ke program kemuncak adalah mencapai sasaran 10, 000 orang," katanya dipetik Nusajayakini.

Sambutan malam tadi ujarnya sesuatu perkembangan yang sangat baik buat politik negeri Johor apatah lagi rata-rata mereka yang hadir adalah golongan muda.

"Masyarakat pelbagai kaum juga cukup selesa dengan program kita sekarang. Ia mengambarkan PAS mula mendapat tempat di hati penduduk negeri Johor", ujar beliau lagi.

Selain Presiden PAS, pemimpin lain yang hadir termasuklah Naib Presiden Salahuddin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, Tuan Guru Abdullah Hussin dan Saudara Hassan Karim. -HD



Istilah UMNO kubu paling kuat dalam dunia dan deposit tetap untuk setiap pilihanraya boleh dipertikaikan kini.

Lihat saja gambar-gambar sebagai paparan mencuit minda.

Ceramah Perdana PAS di Sagil,  Muar, Johor malam tadi 16hb Jun 2012.

Gelaran pemimpin kudis terhadap YB Ir Nizar Jamaluddin langsung tidak menguncupkan sokongan rakyat kepada PAS/PR.

Rakyat sudah bertekad..maukan perubahan menyeluruh.

Insy'Allah negeri Johor bakal memiliki Menteri Besar yang baru. -omakkau


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang johor kena pilih Salahuddin al Ayubi sbgai MB baru johor. Jangan jadi bahalul ibn bangang pilih khalid nordin jadi mb.

ABU!!!

Tanpa Nama berkata...

semoga allah menangkan islam dan menaikkan pemimpin yang benar-benar beriman dan menjaga rakyat

Tanpa Nama berkata...

allahhuakbar

Tanpa Nama berkata...

ramai lagi yang sokong tapi tak tunjuk muka, sebab cari makan, PRU13 insyaallah Pas boleh perintah Johor

Tanpa Nama berkata...

Mmg ramai yg datang tp jgn jd mcm PRU yg dulu2.....at last PR kalah ....harap PRU kali ni x mcm dulu.....Insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

UMNO ANTI UMAT ISLAM,TAK MAHU UMAT ISLAM MENGUNDI, NAK BUAT PRU MUSIM HAJI