25 Jun 2012

Airmataku Mengalir Melihat Gambar Ini...

Gambar yang memberikan 1000 makna.


Ia amat menyentuh perasaan GB. Betapa kasih dan hormat seorang yang berilmu seperti Dr.Asri terhadap seorang guru mursyid TG Nik Aziz tatkala mereka bertemu pagi tadi.

Itulah tradisi orang berilmu zaman berzaman umat Islam kerana umat Muhammad saw telah dididik untuk menghormati dan menyayangi seorang guru apatah lagi guru yang mengajar bab ukhrawi.

Secara jujur, sekalipun ada beberapa bab yang GB kurang setuju dengan pendapat Dr. Asri, tetapi melihat gambar di atas, maka GB terus dapat merasakan di hati ini ada getaran kasih sayang dan hormat kepada beliau juga, kerana beliau menghormati dan menyayangi TG Nik Aziz.

Di situ ada pertautan iman yang menjadikan hati itu menjadi satu sepertimana firmanullah "innamal mukminuna ikhwah..."

Hanya si jahil dan si hati yang keras seperti batu yang tidak mengasihi dan menghormati seorang guru seperti TGNA. Apatah lagi yang mencaci, memaki, memfitnah dan mengutuk TG Nik Aziz, pastinya yang hatinya zulmat saja berkelaku sebegitu.

Lihatlah juga gambar-gambar ini:





9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ana juga sependapat dgn GB, memandangkan kita telah berada dihujung zaman, hanya ulama dan tuan guru sahajalah tempat kita berpaut untuk menuju kejalan keakhirat. Cuba bayangkan kalau kita masih berada bersama Nabi SAW. Bagaimana tahap sayangnya kita pada Nabi. kita akan peluk, cium, belajar dengannya. jadi sekarang hanya ulama dan tok2 gurulah yang menjadi pewaris kepada ilmu yg Nabi bawa. melawan orang yang membawa ajaran dari Nabi SAW sama jgk seperti melawan Nabi. Wallahuallam.. KH

Tanpa Nama berkata...

terharu

Tanpa Nama berkata...

terharu sangat

gerak77 berkata...

Alhamdulillah semoga allah memanjang usia tok guru...diberikan kesihatan selalu....sehingga tertegak islam sebenar di bumi malaysia ini...

Tanpa Nama berkata...

Apa komen Breheng Ali dan adiknya Azmi Ali presiden MUBARAK.

Mereka menangis ke tidak tengok gambar tersebut.

Tanpa Nama berkata...

hanya yg faham akan tahu

Arrazzi Alhafiz Alattas berkata...

Hanya orang berilmu dan berhati bersih tahu akan kasih dan nilai seorang ulama murabbi pewaris nabi.

Biarlah orang jahil dengan kejahilan mereka. Memaki hamun para ulama di dunia, mereka memaki hamun diri mereka sendiri di akhirat.

Qaseh Bonda berkata...

Tersentuh hati pada Sentuhan.

Tanpa Nama berkata...

Slm admin ana tumpang share... sungguh hebat dn terharu