17 Mei 2012

Tak Semua Polis Jahat, Tapi Yang Ini Memang Jahat, Ambil Dadah Dalam Balai

Ipoh - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang bertugas sebagai Ketua Balai di salah sebuah daerah di negeri ini ditahan kerana disyaki memiliki dan mengambil dadah di pejabatnya, 24 April lalu.

Sebelum ini, pegawai polis berkenaan pernah berkhidmat sebagai Ketua Balai di negeri lain, tetapi dipindahkan ke negeri ini selepas mempunyai salah laku dalam tugasnya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata, Inspektor berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan selepas pihaknya menemui peket kecil berisi dadah dipercayai jenis ketamin di balai berkenaan.

Menurutnya, pegawai yang sudah berkhidmat 15 tahun dalam polis itu turut didapati positif dadah jenis yang sama ketika melakukan ujian air kencing pada hari yang sama dia ditahan.

“Penangkapan pegawai tersebut membuktikan polis tidak melindungi anggota mereka yang didapati terbabit dengan jenayah.

“Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang ini sama ada anggota polis atau siapa sahaja, tindakan tegas akan diambil ke atas mereka,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, semalam.

Mohd Shukri berkata, pegawai berkenaan kini dipindahkan ke bahagian pentadbiran buat sementara waktu bagi pihaknya menjalankan siasatan lanjut.

Ulasan GB

Di dalam hal ini kita mengucapkan syabas kepada pihak polis yang tidak memilih bulu dengan menahan anggotanya yang terlibat dengan jenayah.

Sebelum ini GB pernah mengulas mengenai kejadian jenayah yang menjadi-jadi di kalangan anggota polis:

Inilah senario yang hodoh berlaku di dalam KDN & PDRM.

Kejadian jenayah menjadi-jadi di kalangan anggota PDRM kerana ada menteri yang membelanya - bahawa bilangan anggota polis yang melakukan jenayah adalah kecil berbanding jumlah anggota PDRM keseluruhannya.

Sindrom memberikan alasan sedemikian amat-amat tidak wajar kerana ia persis menggalakkan lagi perbuatan jenayah dan salahlaku polis yang sepatutnya bertindak membenteras jenayah - tetapi kini, mereka sebenarnya penjenayah.

Di dalam kes seorang anggota polis ditahan kerana merogol pelajar tingkatan 5 di dalam balai polis. Petikan:

Semakin banyak kita temui kisah polis merompak, mengugut, membunuh, merogol dan melakukan hal-hal mengejutkan yang menyebabkan jenayah terus berleluasa kerana ia dilakukan oleh orang yang ada pistol...

Dalam balai polis pun boleh berlaku kejadian rogol. Apakah ini juga bererti perempuan jangan dekati balai polis?

Atau semua balai polis perlu letak signboard besar-besar, "KAMI JAMIN TIADA PEROGOL & PENJENAYAH DISINI!" supaya orangramai berani ke Balai Polis?

Sekali lagi ingin GB tegaskan, kita tidak bermaksud untuk orang membenci polis, tetapi perbuatan polis itu sendiri mengundang kebencian rakyat terhadap mereka.

Kini rakyat masih menunggu dan AMAT BERHARAP polis-polis yang mengganas semasa perhimpunan BERSIH 3.0 tempohari ditahan dan dibawa ke muka pengadilan!

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setakat inspektor apalah sangat nak kata telus.

cuba cari SAC I & SAC II atau jawatan Pengarah punya kesalahan, rasa-rasanya ada kot kalau nak bongkar,tapi I cover your back, you cover my back aaa....

AzMiR

Tanpa Nama berkata...

...tak semuanya polis jahat....tapi majoritinya memang jahat

Tanpa Nama berkata...

sebelum ni pernah ada kehilangan dadah bukti kes di Johor??????

Tanpa Nama berkata...

Tak semua polis jahat tapi majoritinya memang ramai yang jahat

Tanpa Nama berkata...

siap ada yang makan duit perlindungan dari pendatang asing tiap2 bulan lagi...... sebab tu pendatang asing tak kurang2 makin melambak2 lg ada!! satu lagi kalau nampak mereka tahan orang salah kat tepi jalan mesti nak diel lama2.. saman aje dahla, xpayah nak dok tanya itu ini....

Amuraria berkata...

BANYAK POLIS YANG JAHAT,DAN MEMANG POLIS BANYAK JAHAT,KALU TAK BANYAK JAHAT TAKKAN PANGGIL PI BALAI SECARA SUKARELA JADI SAKSI PUN KENA SESAH SUKU MAUT SO MEMANG POLIS JAHAT,KALU ADA POLIS BAIK TENTU DIA HALANG POLIS JAHAT JANGAN BUAT JAHAT !MEMANG POLIS JAHAT ,PASAI DARI KEPALA PUN JAHAT APA LAGI YANG BAWAH LAGI JAHAT !

Unknown berkata...

Kekejaman mereka pasti akan di balas..sekarang ni pon kredibiliti polis da jatuh teruk..rakyat bkn bodoh lagi..apepon mereka khidmat mereka masih diperlukan dalam ketenteraman awam..so kite benci jenayah yang mereka lakukan tp kite x benci polis yang tulus dalam tugas mereka..pada brade brade polis jgnlah kau menzalimi saudara kau sendiri..esok2 kau akn terkena balik..ingat!!!