24 Mei 2012

[PANAS] Artis Bidas Kenyataan Tok Pa: Kenapa Mesti Ikut Macam Lembu Saja?

Para artis hari ini membidas kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyatakan tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik.

Salah seorang artis, Haire Othman mempersoalkan kenyataan Tok Pa itu mengapa jika para artis apabila berbeza pendapat dianggap pembangkang. Menulis di facebooknya, beliau menempelak Tok Pa dengan menyatakan jika artis berkempen atau menyertai UMNO tidak pula dijadikan isu.

Haire melahirkan rasa kehairanannya mengapa para artis tidak boleh berbeza pendapat dengan pihak kerajaan dan mesti ikut mereka seperti lembu.

Banyak pihak melihat kenyataan Tok Pa berkenaan menyerlahkan keadaan UMNO kini sedang tertekan dengan sikap beberapa orang bekas pegawai kerajaan dan artis/selebriti yang telah mengambil keputusan untuk menyertai PAS.

Kelmarin, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Fauzi Shaari telah menyerahkan borang penyertaan PAS kepada TG Hj Abdul Hadi Awang. Ia merupakan satu tamparan hebat kepada UMNO BN yang telah sekian lama memeperkudakan PDRM untuk pertahankan kuasa mereka.

Sebelum daripada ini beberapa orang artis seperti Bob Lokman, Aisyah dan Sham Kamikaze telah mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PAS.

"saya artis jugak, kalau artis kempen/masuk UMNO x de pulak nak dijadikan isu, kenapa bila kita nak demokrat, nak berbeza pendapat selalunya dianggap pembangkang, kenapa, nak berbeza pendapat tak bole ke? mesti ikut macam lembu saja?" - hairie othman



Selebriti sertai Pas bukan untuk dakwah, tapi politik

KOTA BHARU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk
berpolitik.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, banyak saluran yang boleh digunakan jika benar mereka ingin berdakwah, termasuk menerusi badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkim atau badan agama yang lain.

"Kalau nak berdakwah tidak semestinya melalui PAS...boleh pergi ke masjid-masjid, menyertai Perkim atau sebagainya dan tidak perlu kepada parti politik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Penjawat Awam dan Pemimpin Tempatan Negeri Kelantan, di sini malam tadi.

Mustapa berkata penjawat awam yang menyertai pembangkang selepas mereka berpencen, perlu menyedari jasa kerajaan selama ini yang mereka tidak pernah diabaikan.

"Bukan sahaja mereka dibela ketika bekerja malah ketika pencen hidup mereka jauh lebih selesa kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) pada hari ini tidak pernah mengabaikan mereka," katanya.

Beliau berkata pada masa yang sama, kerajaan menghormati pendirian mereka untuk menyertai pembangkang kerana negara mengamalkan konsep demokrasi.

"Ini negara demokrasi dan kita menghargai pendirian. Bagi saya penjawat awam itu janganlah lupa jasa kerajaan sehingga pencen pun tetap mendapat perhatian," katanya.

Mustapa berkata tidak ada negara lain seperti Malaysia yang melakukan segala yang terbaik agar penjawat awamnya hidup selesa sehingga mereka pencen.
- Bernama


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syabas Haire Othman, dulu saya ingat Pak Pha ni orang yang cerdik, rupanya bodoh juga bila bersama dengan UMNOngok.....BERINGATLAH KEPADA SESIAPA YANG JADI AHLI UMNO - KAMU AKAN DILABELKAN SEBAGAI ORANG BAHLUL, BODOH DAN BANGANG.

Tanpa Nama berkata...

Haire Othman seorang pelakon yang amat saya hormati atas karya seninya,lakonanya mantap dan beliau dapat melahirkan mesej watak yang digalasnya.amat terkejut pula bilamana sebagai pelakon beliau juga mempunyai pendirian prinsip yang tegas dan matang.penjiwa seni sebeginilah yang kami cari dan hormati.syabas dan tahniah.

Amuraria berkata...

BRAVO HAIRIE BAGI SIKIT BIAR MANGKUK PENGAMPU TU SEDAR & BUKA OTAK LEMBU KONDO SONGKOK TINGGI TU ! BIAR DIA SORANG MAU JILAT & BODEK DEMI CARI MAKAN & KUASA ,TAPI BUKAN SEMUA RAKYAT SENANG DIPERLEMBU PAWAHKAN ,RAKYAT TIDAK BUTA AKAL & MATA KINI ,TUNGGU MASA PARTI SEKUTU APCO DILEMPAR JAUH-JAUH KEDALAM NAJIS ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Seseorang penjawat awam dilantik ke dalam perkhidmatan kerajaan berdasarkan kelayakan yang ada padanya mengikut Perintah Am Bab A.

Di bawah Perintah Am 14, Bab C, seseorang penjawat awam tidak layak dibayar gaji jika tidak hadir bertugas tanpa cuti.

Manakala di bawah Peraturan 24, Peraturan Pegawai-Pegawai Awam, penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib jika tidak hadir bertugas tanpa cuti.

Maknanya, seseorang penjawat awam itu menerima gaji kerana dia telah memberi khidmat tenaga, masa dan kepakarannya kepada kerajaan - bukan menerima gaji secara percuma.

Justeru, penjawat awam tidak perlu merasa terhutang budi kepada kerajaan, lebih-lebih lagi kepada UMNO yang tidak mempunyai hubungan langsung dengan seseorang penjawat awam kecuali orang itu menjadi ahlinya.

Tanpa Nama berkata...

Nyata Tok Pa tu juga mempunyai minda primitif! Kalau bekas pegawai kerajaan dan seleberiti masuk UMNO untuk apa? Bukankah untuk berpolitik juga? Malangnya mereka itu sokong perasuah bersiri, pembunuh bersiri, perogol bersiri dan berbagai kemungkaran bersiri yang kalau mahu disebut tentulah berjela-jela.

tanda soal berkata...

syabas hairie! 'stopa mamat' ni memang bodoh & bertuhankan makhluk(DUIT).semoga x terlaknat oleh harta dunia!

zulahmad77 berkata...

siapakah yang perlu mngenangjasa dan berterima kasih ... yang diundi ka yang mengundi ... yang dipilih ka yag memilih ... agak-agaknya tok pa lupa dartan kut yang dia la patut berterima kasih kerana kalau dia tak dipilih mana mungkin dia dok senang macam la ni ... lupa daratan la tu. lupa dari rakyat kepada rakyat la tu.

Tanpa Nama berkata...

memang betul laa..selebriti masuk PR untuk berpolitik...kalau selebriti masuk UMNO untuk cari projek..utk kembungkan poket..tu beza dia

Tanpa Nama berkata...

Kalau Tok Pa cerdik sudah tentu dia sokong negerinya Kelantan untuk dapatkan wang royalti minyak. Mengapa dia tak sokong, main politiklah namanya ni. Seorang lagi mentaliti macam ni yang bernama Awang Adek Hussin, kedua-duanya orang Bachok.

Tanpa Nama berkata...

Bekerja dengan kjaan pun bukan Umno yg bayar gaji, lagi pelahap lagi adalah.Golongan artis pula yg boleh diharap untuk berjuang untuk Islam. Geng Umno apa pun dah tak boleh diharap.

Tanpa Nama berkata...

Jadi menteri pun tak faham antara kerajaan dengan UMNO. Bangang.

Osama berkata...

Begitulah pemimpin Umat Melayu Naif Otak... barghal!!

عن ابن عباس رضى الله عنهما قال:
قال الرسول:
الشَيْطَانُ جَاثِمٌ عَلَى قَلْبِ ابْنِ آدَمَ فَإِذَا ذَكَرَ الله َتَعَالَى خَنَسَ وَإِذَا غَفَلَ وَسْوَسَ
(أخرجه البخاري مُعَلَّقًا)

Maksudnya:
Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia. Apabila manusia menyebut nama Allah maka ia
akan mengundur diri dan apabila manusia lalai maka ia akan membisikkan kejahatan.