17 Mei 2012

Mari Mari Mari - NGO Edar Tosai Percuma Depan Rumah Timbalan KPN

Tosai Percuma di luar rumah timbalan IGP

Mula-mula burger, kemudian senaman punggung... dan Ahad ini tosai pula.

Mengambil kata-kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, sekumpulan NGO vokal India memutuskan untuk menyajikan tosai percuma di luar rumahnya di Ampang, dari jam 10 pagi hari berkenaan

Setiausaha WargaAMAN, S Barathidasan berkata, NGO-NGO tersebut akan bertemu malam ini untuk membincangkan mengenai persiapannya.

Bagaimanapun, Barathidasan menegaskan ia bukan satu protes, atau ada sebarang kaitan dengan 'protes burger' di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga minggu lalu.

"Ini sebenarnya satu kempen kesedaran. Tosai adalah makanan yang sihat dan sajian sarapan bagi masyarakat India. Kami mahu mempromosinya," katanya ketika dihubungi.

Kumpulan itu memilih untuk membuka gerai di luar rumah Khalid di Taman Bukit Teratai Khalid kerana mereka "menghormati" beliau.

"Beliau telah berkata bahawa gerai boleh dibuka di hadapan rumah orang dan kami menghormati apa yang beliau katakan".


Barathidasan menambah bahawa kumpulan itu akan memohon permit dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk gerai tersebut, dan mungkin meneruskannya juga walaupun ia ditolak.

"Kita hanya mahu beri orang ramai sarapan yang sihat. Kami tidak menjual apa-apa," katanya. -mk

Ulasan GB

Seringkali GB bertanya di blog ini, apabila polis tidak dihormati lagi, salah siapa sebenarnya?

Polis perlu merenung sendiri kesalahan sendiri sebelum menuding ke arah orang lain.

Apabila polis gagal untuk berkhidmat secara adil, saksama dan tanpa diskriminasi, tindakan keterlaluan dan zalim mereka itu akan hanya menyebabkan rakyat bertambah benci terhadap mereka.

Itu hukum kebenaran dan keadilan.

Dan "kos sebenar" terhadap kezaliaman polis itu akan ditanggung oleh UMNO BN di peti undi semasa pilihanraya nanti.

Memang benar kata Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu sebelum ini:

Bersih 3.0 mati: Hisham, timbalan KPN merapu

KUALA LUMPUR, 14 Mei: Dulu dia dakwa tiada bukti wujud unsur pecah amanah dalam projek ternakan lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC), sekarang dakwa pula polis ada bukti unsur-unsur mahu kematian dalam perhimpunan Bersih 3.0.

Demikian jawapan serta merta Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu apabila diminta mengulas tentang dakwaan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengenai perkara itu ketika beliau menyokong dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin sebelum itu mendakwa, terdapat unsur-unsur semasa perhimpunan Bersih 3.0 yang mahu menyebabkan kematian.

"Dulu polis itu (Khalid) kata tak ada bukti berlaku pecah amanah dalam projek NFC. Tak lama selepas itu (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed) Nazri (Abd Aziz) beritahu kita berlaku kes pecah amanah bila National Feedlot Corporation (NFCorp) langgar syarat pinjaman.

"Dulu menteri itu (Hishammuddin) kata rampas kamera wartawan ikut garis panduan operasi polis (SOP). Tak berapa hari lepas itu, Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) terpaksa betulkan kenyataan itu dan kata rampas kamera wartawan bukan SOP," kata Mohamad.

Bagi beliau, dua peristiwa itu sudah cukup untuk memberitahu rakyat sama ada cakap kedua-duanya boleh dipercayai atau tidak.

"Menteri itu banyak sangat bercakap merapu. Elok sangat kalau dia pergi dapatkan rawatan professional," katanya.

Sebelum perhimpunan Bersih 3.0 dan ketika dia menjangka perhimpunan itu tidak mendapat sambutan, kata Mohamad, Menteri Dalam Negeri kata himpunan Bersih 3.0 bukan ancaman keselamatan.

"Bila kerajaan Umno terkejut dengan kehadiran ratusan ribu rakyat dan mereka kucar-kacirkan perhimpunan aman itu, menteri itu tuduh pula saya dan (Ahli Jawatankuasa Bersih) Hishamudin Rais ajak anak-anak muda yang berhimpun malam sebelumnya supaya masuk ke dalam Dataran Merdeka.

"Sedangkan yang sebenarnya kami ditugaskan oleh mesyuarat Jawatankuasa Bersih supaya berpesan kepada orang ramai terutama anak-anak muda yang berhimpun di sekitar kawasan itu supaya jangan memasuki Dataran Merdeka.

"Dia dan Umno tak habis-habis cakap merapu sebab mereka macam cacing kepanasan," katanya.
-HD


16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selamat berniaga tosai, buat biar sedap.

Tanpa Nama berkata...

Tim. KPN, taste your own medicine...

hairan berkata...

hahahaha...

padan muka TKPN! kalo cakap guna otak kat kepala lutut maka beginilah jadinya....

hahahahaha....

lepas nih suruh orang buat kelas yoga dan jual karipap kat depan umah KPN pulak!

kesian semua polis dah jadi bahan lawak sekarang nih

Tanpa Nama berkata...

bukan jual...bagi percuma la..

Tanpa Nama berkata...

Buka je pasar sehari.. meriahkan suasana... Ayuh peniaga kecil.. mari ramaikan pemberian tosai percuma.. ( cadang nak buat soya bandung promosi sempena bln puasa yg dah dekat)

paras berkata...

hehehehe aku sure turun punya coz dah dkt sgt ngan umah aku Tmn Kosas.. tapi aku rasa lar kan TKPN Sure bagi AIR WATERCANNON free pada yg hadir.. Tu lar lain kali jgn kuar stemnt mcm mulut JAMBAN!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Tulah , selagi Polis menjadi komponen BN/UMNO/APCO dulu kini dan selamanya, intergriti serta maruah Polis terus menerus tercalar dan dihina oleh rakyat M'sia. Betul lah cakap orang tua2 dulu , kalau dah besar nanti jangan jadi Polis. sebab , dari zaman dulu lagi kerja Polis dianggap kalau tidak berdasarkan syariat dan ketakwaan , ruang dan peluang untuk terjerumus ke dalam kehinaan amat terbuka luas. Kecuali niat untuk menjaga keselamatan kerana ALLAH , insya ALLAH terpelihara segala perbuatannya.

Tanpa Nama berkata...

Tuan GB, harap maklumkan bila tarikh makan Tosai percuma tu...dan boleh bagi alamatnya. Rasanya rumah Tim KPN ni dekat dengan rumah saya di Taman Saga @ Taman Melur.

Tanpa Nama berkata...

Patut tosai tu bg nama...tosei pengampu, tosei penjilat, tosei pembunuh....tgok mana satu y org ramai pilih...scara xlgsung mgambarkan siapa timb ketua pokus tu...

Tanpa Nama berkata...

Tengok rasuah si Timbalan KPN ni dalam "malaysia-today.net/mtcolumns/38368-salah-guna-kuasa-pegawai-polis".
Skandal syarikat security beliau dimana beliau menggunakan nama isteri beliau. MEMANG DASAR POLIS SEMUA RASUAH!!

Tanpa Nama berkata...

kenapa tak beri tosai kepada polis, lebih baik dari beri rasuah....

Tanpa Nama berkata...

makan tosai,pastu dengar lagu hindustan kuat2 di tempat awam tak salah kan?

Tanpa Nama berkata...

Datuk mesti sporting.....! Malulah kalau bertindak. Syabas Datuk

Tanpa Nama berkata...

mari kita tengok
adakah si khalid bongok ni
gunakan fru dan dewan badar raya untuk
menghalang jual tosei didepan rumahnya.
kalau ya, takutlah tu.
tulah jangan lancang sangat mulut.
kan sekarang dah makan tuan.

ummi berkata...

ha ha hu hu he he....padan muka dia tapi rasa nyer tak sempat nak buka gerai depan rumah dia tu..mesti dia block jalan...ini la dia mentaliti UMNGOK BE END....kecik2 tak nak mampus dah beso menyusahkan org....best juga kata2 p.ramlee ni...hehe...

Tanpa Nama berkata...

JAWATAN KOSONG KERE JAAN MAISIAL:
Kekosongan jawatan TKPN, untuk diisi segera!!
Kelayakan:
1. Minima boleh membaca n menulis
2. Tahap kesihatan mental 3/4
3. Mahir putar hujah
4. Integriti tidak diperlukan.
Gaji dan Lain2 kemudahan:
RM 28,512 sebulan
Status bertaraf menteri

Tarikh Tutup Permohonan: Sebelum BERSIH 4.Maklumat lanjut layari blog umngokJE.com