7 Mei 2012

Majlis Fatwa Kebangsaan Dibidas Kerana Keluarkan Fatwa Jaga Kepentingan UMNO

Nik Aziz: Keputusan Majlis Fatwa 'guna sebelah mata'

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata".

Mengulas kenyataan pengerusi Majlis Fatwa Kebangsan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata, beliau setuju bahawa perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram.

"Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata.

"Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun rosak,"
katanya sambil menambah beliau menghormati anggota Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Abdul Shukor dilaporkan berkata Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang dan kekacauan di dalam negara.

Menurut laporan akhbar, pengerusi Majlis Fatwa itu berkata Islam membenarkan mencari keadilan tetapi melaui tindakan beradab.

Mengulas lanjut, menteri besar Kelantan itu berkata perhimpunan BERSIH 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara

Perhimpunan itu, tambahnya, menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya dan jauh sekali untuk mencetuskan huru-hara bagi menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya.

"Jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?

"Pernahkah Majlis Fatwa memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan di dalam pilihan raya yang implikasinya lebih besar kepada negara?"
soal Nik Aziz.

Sehubungan itu, beliau yakin bahawa fatwa tersebut hanya "laporan akhbar pro-kerajaan sahaja tanpa mendapat penjelasan dari penganjur BERSIH 3.0 sebelum membuat pertimbangan dibuat.

"Justeru, soalan saya ialah fatwa-kah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?" kata Nik Aziz lagi.

Sebaliknya, kata menteri besar Kelantan itu, huru-hara tercetus jika ia dihalang.

"Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara.

"Jika BERSIH berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?


"Justeru cukuplah saya mengatakan, jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah. Salam hormat saya buat Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya. -mk


PKR bidas Majlis Fatwa kemuka fatwa berbaur “politik murahan” membantu Umno

KUALA LUMPUR, 7 Mei — PKR hari ini membidas fatwa yang dikeluarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan semalam yang berkata mereka memandang serius isu perhimpunan Bersih 3.0 di mana adanya umat Islam menjadi perusuh jalanan.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty menjelaskan, fatwa yang dikemukakan badan berkenaan adalah bertentangan dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Shaikh Yusuf al-Qaradawi, yang berpendapat bahawa demonstrasi adalah harus kerana ia adalah salah satu kaedah untuk membebaskan rakyat dari cengkaman pemerintahan yang zalim, tidak adil serta tidak memberikan kebebasan rakyat bersuara dan bergerak dalam suasana yang aman.

“Fatwa yang dikemukakan Majlis Fatwa itu amat bertentangan dengan fatwa yang dikemukakan ulama tersohor tersebut.

“Perkara ini jelas menunjukkan bahawa fatwa tersebut semata-mata bertujuan untuk memenuhi kehendak pimpinan Umno yang terdesak menggunakan isu-isu agama Islam dan bangsa Melayu bagi survival politik mereka,”tegasnya.

Jelas beliau, pihak Majlis Fatwa perlu merujuk kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) bagi mendapatkan fakta sebenar supaya fatwa yang dikeluarkan tidak berat sebelah.

“Di sini jelas menunjukkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan gagal melihat insiden 28 April lalu secara keseluruhan. Kami yakin bahawa matlamat penganjur perhimpunan Bersih 3.0 mempunyai tujuan yang jelas itu perhimpunan secara aman demi untuk mempastikan berlakunya keadilan dan ketulusan dalam pengurusan pilihanraya di Malaysia,” tambahnya.

Muhammad Nur turut menegaskan, kewibawaan badan pembuat fatwa itu turut diragui apabila dilihat tidak mengemukakan pendirian berhubung insiden keganasan polis ketika Bersih 3.0, dan fitnah isu moral yang dikenakan kerajaan terhadap pemimpin pembangkang.

“Rakyat berhak mendapat jawapan-jawapan yang ikhlas dari Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam isu-isu tersebut demi kebenaran dan keadilan sejagat.”

Ulama PAS juga turut menyeru Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan agar tidak mengeluarkan pandangan yang sempit dan melibatkan demonstrasi semata-mata, sebaliknya mengambil kira punca demonstrasi itu sendiri iaitu kepincangan sistem pilihan raya.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan, demonstrasi yang menjurus kepada perkara kebaikan dan tugas “amar makruf nahi mungkar” adalah sangat digalakkan dalam Islam.

Selain itu, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali, pula menegaskan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan diminta tidak menyempitkan pandangan muzakarah melibatkan demonstrasi yang berlaku sahaja.


Tetapi, tambahnya mereka perlu mengeluarkan pandangan terhadap kepincangan pengurusan kewangan negara, seperti amalan rasuah yang berleluasa, dan ketirisan dengan tujuan politik jahat.

Pengerusi jawatankuasa fatwa tersebut, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, dipetik berkata: “Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.

“Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah.”
-TMI


Ulasan GB

Semalam GB sudah ulas. Petikan:

DASAR pertama yang ditetapkan Islam, ialah: bahawa asal sesuatu yang dicipta Allah adalah halal dan mubah. Tidak ada satupun yang haram, kecuali kerana ada nas yang sah dan tegas dari syari' (yang berwenang membuat hukum itu sendiri, iaitu Allah dan Rasul) yang mengharamkannya. Kalau tidak ada nas yang sah --misalnya kerana ada sebahagian Hadis lemah-- atau tidak ada nas yang tegas (sharih) yang menunjukkan haram, maka hal tersebut tetap sebagaimana asalnya, iaitu mubah.

Sepatutnya fatwa itu berbunyi, haram bagi sesiapa "mencetuskan huru-hara dalam demo", bukannya "demo cetus huru-hara haram".

Kerana, tiada siapa tahu demo yang mana bakal ada huru-hara, demo yang mana tiada huru-hara.

Sama seperti demo BERSIH tempohari. Demo tersebut telah berlansung aman sehingga ada pihak yang telah sengaja mencetuskan huru-hara di saat demo hampir berakhir.

Jadi bagaimana hendak menghukumkan demo itu haram sedangkan "huru-hara" itu sengaja diada-adakan oleh pihak tertentu untuk memburukkannya?

Kalau begitulah fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, maka demo untuk memperingati UMNO pada 11 Mei nanti juga adalah haram kerana ia mungkin saja boleh mencetuskan huru-hara?

Kita berharap Majlis Fatwa Kebangsaan bertindak adil dan saksama, fatwa yang hendak dikeluarkan perlulah bersandar kepada ilmu bukan bersandar kepada UMNO.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nanti akan sampai masanya fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ni tidak dihiraukan oleh umat Islam Malaysia.Contoh: Fatwa melarang show hiburan yang unIslamik sudah tidak dipedulikan,begitu juga fatwa mengharamkan rokok juga tidak dipedulikan.Akhirnya nanti,Majlis Fatwa Kebangsaan ni akan jadi macam PDRM dan SPR - alat mengekalkan kuasa UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat sangat menyanjung J/kuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang selama ini terlalu amat teliti dalam mengeluarkan apa pandangan dan hukum sesuatu permasalahan rakyat/umum di Malaysia ini. TETAPI , pandangan kali ini benar2 memeranjatkan rakyat keseluruhannya , yang mana pandangan ini :-
- bertentangan dengan pandangan ulamak dunia tersohor abad ini As Sheikh Yusof Al-Qardawi.
- amat bersetuju dgn pandangan Tok Guru Nik Aziz - jangan pandang sebelah mata.
- Jangan sampai disamakan dengan UMNO?APCO/BN kerana memandang kuasa yang telah disalah gunakan itu .
- Adakah J/kuasa ini juga ingin turut serta menjadi salah satu komponen BN juga.

Tanpa Nama berkata...

majlis fatwa kebangsaan ke atau majlis fatwa umno? fatwa atau fulk to wa (gua)?

jadilah majlis yang mempunyai intergriti yang baik, jangan jadi anjing umno sebagaimana polis dan spr, kalau ulamak boleh dibeli siapa lagi nak menjalankan kerja-kerja nabi?

Kalau tak nak sokong bersih pun tak apa, tapi jangan melihat sebelah mata nanti berjalan di akhirat dengan sebelah kaki.

sepatutnya majlis fatwa bagi fatwa berhubung dengan penyelewengan, pengkhianatan, ketidakadilan spr yang di'anjingkan' oleh umno. apakah menuntut keadilan dalam pilihanraya menjadi kesalahan? menyenarai pendatang asing kedalam senarai daftar pemilih yang melayakkan mereka mengundi dan dipaksa mengundi umno/bn apa hukumnya? sudahlah parti umno menjalankan dasar sekular atau dasar kafir yahudi yang terang-terangan menentang Islam, tak majlis fatwa tak boleh faham politi macam ini yang begitu mudah untuk difahami, nampak sangat bodohnya ulama di malaysia ini, itu lh jangan berguru dengan orientalis yahudi.

kampong lad berkata...

puak2 ni kalau mengadili kes curi berlandaskan hukum hudud, 101% pencuri tu dipotong tangan tanpa membuat siasatan kenapa atau punca dia mencuri. bersih ujud berpunca dari kemungkaran berlaku dlm spr. mana fatwa tentang ini?. tanpa kemungkaran tersebut bersih pasti tak ujud apatah lagi huru-hara. apapun fatwa bukan hukum allah swt.

Tanpa Nama berkata...

Majlis fatwa dah takde kerja gamaknya.
Banyak lagi soal penting negara tak difatwakan seperti tipu duit rakyat, mengasari rakyat, menyalah gunakan kuasa yang diberi rakyat, memesongkan aqidah rakyat dan terlalu banyak kalau hendak diperincikan. Kan semua ini lebih utama dari fatwa yang mengarut2?
Inilah ulama2 buruk yang disabdakan nabi SAW.
Allahumma arinal haqqa-haqqa warzuknattiba'ah, wa-ararinal batilan-bathilan warzuqnajtinabah.

ANAK JAWA berkata...

NAJIB CAKAP NAK BAGI GAJI NAIK PUAK PUAK AHLI MAJLISFATWA PUN SIBUK NAK AMPU TELOR NAJIB tu yg cepat keluar fatwa bodoh. SIKIT ari nanti takda sapa nak terima pakai fatwa kebangsaan msia, semua ditong sampahkan kalau UMNO/NAJIB tak dikeluarkan dari PUTRAJAYA

Tanpa Nama berkata...

Nak heran apa? Sekarang dah ada Mazhab 1 Malaysia. Penyebarnya tak lain PM Najib sendiri; si kepala samseng tu! Antara syariat mazhab ini ialah perbuatan mengaibkan orang lain dengan fitnah, tidak menutup aurat, amalan seks, hiburan terlampau dan banyak lagi. Pengeluar wahyu ialah Rosmah Mansor.

1 Malaysia berkata...

Apabila "ULAMAK" mula mengeluarkan "FATWA" ala MELAYU, .... punah.
Apabila "ULAMAK" dah mula diberi "RASUAH", .... punah.
Apa nak jadi dengan "ISLAM" 1 Malaysia ni yang Tok Imannya ialah TOK JIB? AKU tetap AKU. Islam aku hanya berpaksikan Allah swt dan Nabi Muhammad saw.
Tahniah, Tok Guru kerana menegakkan kebenaran.

Tanpa Nama berkata...

nak fatwa menyatakan kebenaran..takut kena buang atau ditukar ke jabatan tak glamour..terpaksa lah buat fatwa "faham2 je la"..itu lah yang dikatakan ulamak akhir zaman.

ayamngeram berkata...

Bercerita pasal fatwa,pasal hukum agama,.. tapi ramai yang bersuara tu macam orang tak beragama... islam itu lembut.. cakap la lembut-lembut sikit.. janganlah kata mengata ikut sedap je.. orang yang kita hentam tu orangf yang berilmu,.. kita tahu apa.. hadis sebaris pun tak larat nak tafsir.

Tanpa Nama berkata...

ayamngeram,

lebih baik x reti tafsir hadith daripada menipu dengan tafsiran ikut nafsu

kedua, orang yang dihentam itu berilmu atau sememangnya dia org umnu? keluar fatwa kerana nak jaga kepentingan?

Tanpa Nama berkata...

ni pandangan sebelah mata aka mata dajjal. sedih bila majlis fatwa pon telah di APCO kan.

Tanpa Nama berkata...

Gaji majlis fatwa dibayar pemerintah fatwa misti ikut kemahuan pemerintah
Hidup dan mati majlis fatwa hanya untuk pemerintah nya.

Arrazzi Alhafiz Alattas berkata...

Sayang Majlis Fatwa yang sangatku segani dan hormati kembali menjatuhkan integritinya sendiri.

Ia kembali seperti zaman Dato' Dr Ismail Ibrahim menerajuinya. Tak pelik Pengerusi Majlis Fatwa boleh jadi pelakon dalam debat olok-olok PAS-UMNO satu masa dahulu.

Ya Allah...selamatkanlah agama ini dari ulama-ulama yang khianat kepada Islam dan umatnya.

Tanpa Nama berkata...

Hampir kesemua agensi kerajaan HILANG INTEGRITI apabila DIPERKUDAKAN oleh UMngok. Ikan busuk bermula di kepala begitulah juga halnya dengan penguasa di negara ini.