30 Mei 2012

'Itu Pandangan Saya Sebagai Rakyat Biasa' - Nizar (updated)


Ipoh: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berkata pandangan beliau berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 oleh Sultan Johor hanya pandangan peribadi seorang rakyat biasa.

Menurutnya, beliau tidak bermaksud untuk mempertikaikan tindakan Sultan Ibrahim Ismail menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000 sebaliknya kenyataan itu dibuat secara umum.

“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” katanya kepada akhbar Sinar Harian yang menghubungi beliau semalam.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menjelaskan, teguran dalam hal yang sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.

“Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” katanya.

Tambahnya, beliau kesal dengan tuduhan yang diberikan kepadanya bawaha beliau menghina Sultan Johor.

“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.

“Jika ada mana-mana pihak yang terguris hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf, “ jelasnya.

Sementara itu, Polis Johor mengesahkan sedang menyiasat kenyataan dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu di bawah Akta Hasutan. -HD

Ulasan GB

Begitu tangkas polis menyiasat apa-apa hal yang ada kaitan dengan pemimpin PR, tetapi lemah gemalai malah dalam banyak ketika membisu terus jika ia melinatkan UMNO BN.

Baguslah begitu. Cepat sikit nanti Allah swt akan turunkan hukumanNya.

Itu rahsia polis dah terbongkar... rupanya pihak polis telah lama bekerjasama dengan kongsi gelap, didedahkan sendiri oleh mantan KPN.

Dan bagaimana pula kartunis akhbar Kosmo ini yang terang-ternag menghina Sultan berkenaan?



21 ulasan:

Toshio (Zharfan) berkata...

Malaysia dah jadi macam Jepun dimana Polis Jepun takut dengan Yakuza malah Yakuza ada penguasaan dalam politik Jepun seperti Uyoku Dantai.

MB Nizar komen begitu supaya baginda Sultan Johor boleh lebih kerap mencemar duli seperti Sultan Kelantan. Kalau beliau nak menghina, mesti Baginda Yang Di-Pertuan Agong turut terkena tempiasnya.

Tanpa Nama berkata...

satu teguran dari rakyat kpd raja, berlapangdada lah, apa yg nak di kecohkan sangat.

Tanpa Nama berkata...

Saidina Umar menangis apabila seorang budak 10 thn menegur cara pemrintahan beliau

Tanpa Nama berkata...

Duniaaaaaaaa

Tanpa Nama berkata...

antara nikmat Allah taala bagi kpd org yg banyak harta.. dan nikmat itu akan bertambah² sekiranya bersyukur. rakyat jelata terlalu ramai yg makan nasi berlauk garam berkuah air perigi..
nanti hang mati satgi hang kambus sekali dgn nombor plate hang 2.. ne tahu dpt tebus balik harga yg hang bayar beratus² ribu utk plate sekeping tu..

mohd shahran berkata...

INILAH PAS. . di dalam peperangan asyik membuka peluang musuh untuk menjahanamkan diri sendiri.. . MOHON SANGAT2 JANGAN CELUPAR SANGAT DAN KELUAR KENYATAAN YANG BOLE RUANG KEPADA PIHAK MUSUH MENGAMBIL KESEMPAAN.. RAKYAT semuadah maklum isu no plet tersebut dan semua tahu satu pembaziran. . tetapi kenapa n kenapa bole keluar enyataan tersebut. . kalau nak kuar atau gatal sangat nak kuarkan statement guna ler cara lain.. sampai bila nak menang macam nie.. asyik melayan serangan musuh yg kita cipta huhuhu

Amuraria berkata...

TAHNIAH PDRM KERANA BEGITU TANGKAS & CEPAT SUP SAP SUP SAP MACAM JEBON DAA! KALU MACAM INI LA KERJA SIASATAN DALAM APA-APA LAPORAN KAN BAIK ? BAR SELURUH RAKYAT MALAYSIA & DUNIA ABIK SPRING WO ! YB NIZAR TEGUR CARA BERHIKMAH LAGI HORMAT TPI BIASALA BARUA PECACAI MEDIA UMNO-APCO CARIPELUANG SAJA NAK JADI BATU API,BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH SABDA KATAKAN LAH KEBENARAN DEPAN SEORANG RAJA YANG ZALIM WALAU NANTI KENA POTONG KEPALA ! BERLAPANG DADALAH MENERIMA TEGURAN SESAMA SAUDARA ISLAM KERANA JIKA TAK TEGUR DOSA BEB !

Tanpa Nama berkata...

Di akhirat nanti, semua nikmat yang kita perolehi di dunia ini, dihadapkan dengan satu pertanyaan sahaja iaitu 'kemana kita gunakan' kecuali harta.Pertanyaannya meliputi 'dari mana kita perolehi dan kemana kita belanjakan'. Pergi kena tanya, balik pun kena tanya.Pertanyaan yang sama akan dikemukakan, bukan sahaja kepada orang biasa bahkan kepada presiden sekalipun. Wallahua'lam.

Tanpa Nama berkata...

Jgn membazir kerana membazir itu kerja syaitan....apa yg dinyatakan oleh anon 7.21 pm di atas adalah benar belaka...kita akan ditanya drp mana kita dpt harta dan ke mana pula harta itu dibelanjakan....oleh itu terimalah teguran utk kebaikan diri kita...

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah melindungi YB. DSN. Sekurang-kurangnya DSN telah laksanakan tanggungjawab dia untuk menegur dan ada jawapan bila disoal di padang mahsyar kelak. Hidup mati seseorang manusia adalah hak Allah, begitu juga syurga dan neraka adalah keputusan Allah. tanggungjawab kita, taat Allah dan Rasulullah S.A.W serta taat kepada pemimpin yang taat kepada Allah dan Rasulullah S.A.W

BaDiN berkata...

Beliau tidak menghina TAPI menegur,
adakah salah jika berkelakuan begitu.
Teguran Membina utk mengelakkan pembaziran terus berlaku.
Sedangkan Para_Para Sahabat Rasulullah pun ditegur de era pemerintahannya.
wahai para-para Ulama yg ramai,bagaimanakah pandangan mu.

Tanpa Nama berkata...

XKPN dedahkan penglibatan kongsi gelap dengan polis dan ahli politik. Mengapakah orang politik itu tidak diambil tindakan oleh polis. Polis dan PM takut orang politik BN. Kalau orang politik kalangan PR cepat2 politik buka fail siasatan. Orang ramai semakin kurang hormat kepada polis kerana double standard. Polis bela kongsi gelap, macam mana negara nak aman.

Tanpa Nama berkata...

Sebab DSN yg tegur. Salah ke?

ANAK JAWA berkata...

KALU RAJA BAZIR DUIT BELI PLAT NO TAK SALAH KE MUFTI JOHOR. MANA MAJLIS FATWA KES NI TAK DA FATWA BARU KE?

Tanpa Nama berkata...

Stuju dgn DSNizar. Teramat jelek melihat tajuk utama ms depan utusan mloya. Suatu pembaziran yang bersekongkol dengan syaitan.Komen maacam ni pun polis Johor nak siasat ke?????? Polis pun sama2 tunjuk ketololan.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin sekarang ini banyak berkiblatkan ke Barat buka kepada Al Quran. Sepatutnya mencontohi Khalifah Umar Ibnu Al Khattab menerima teguran dengan mensyukuri kehadrat Allah S.W.T.

Hang Jebat 1 Malaysia berkata...

Kepada Saudara Mohd Shahran,
Wajib bagi umat Islam menangani kemungkaran. Kalau tak mapu, dengan mulut dan masih tak mampu, dengan hati. Itulah selemah-lemah IMAN.
AKU setuju dengan YB Nizar. Teguran yang dibuat tu membina kerana nak membantu rakyat yang miskin. Bagi puak munafikun yang membuat laporan polis tu bukan prihatin akan nasib rakyat di Johor terutamanya MELAYUnya. Siapa munafikun? Jawab, jawab, jawab, .....
AKU rasa Sultan Johor pun faham akan teguran membina dari Nizar. Sebab tu dia tak jawab. Jawapan yang diberi Tengku Mahkota tu sombong sikit, Maklumlah orang muda. Hidup dengan kekayaan bapanya. Jadi tak berapa cerdiklah dalam menjawab soalan. Opps ... maaf Tengku, patik tersalah komen.

Tanpa Nama berkata...

Raja2 tu keturunan apa? darah raja kuning kerrr....kami rkyat mlysia mmg amat2 sedih sebab g zakat susah nak dpt g JKM mmg mampos xd terima..jd kiTorg nak g MANA? mntk tlg..org indon di bg zakat org tmpatan bolayan...wahai raja2 fikir lah kami semua yg tertekan yg amat2...nak cari makan mula 4pg sampai 6ptg tiap bulan bwk balik cuma RM1300...byr itu ini nak simpan pun mmg xblh...tlg fhm kami..nak bgtau jgk pd raja2 dan semua kaunter zakat khas utk kutipan jerr tp nak agih2kan bg jerr pd org2 kaya sbb diorg ni bnyk utang..juta2 lg...kami yg mmg amat2 perlu di lupakan....TP! tunggu lah nanti underground nite club kami xhalalkan duit zakat itu d selewengkan.....

Tanpa Nama berkata...

Aku SOKONG DSN, sbb berani.

Org BERANI yang BAIK / BENAR pun akan dicemoh, dikutuk atau dipenjara, lihat le ulamak2 dulu, malah nelsen mendela pun kena.

TERUSKAN BERANI KERANA ALLAH.

ABU

Tanpa Nama berkata...

ini bkn soal politik sgt la.umno yg lebih2 sgt.benda x btl ttp benda x btl.jgn nak putar belit la.bukak balik Al Quran/Hadis.matlamat tak menghalalkan cara.Lansung xda niat nak menderhaka,nak mencerca apatah lagi mempertikaikan institusi beraja.itu sdh termaktub dlm perlembagaan.yb nizar cuma berniat menegur sbgi saudara sesama Islam.beban dia dah lepas.aku & kita semua x brani beb.ulamak pun diam je.yg 30ribu hadir konon syg sultan tu pn 1 hal.tu bkn syg,tu buat bala.kat dunia bolehlah backing,kat akhirat korang boleh tolong ke?perumpamaan simple la..kita tegur bapak kita merokok, dah kira derhaka ke tu.kan namanya tu kita syg dia.ape da tu pn x boleh pikir....

Tanpa Nama berkata...

Saya kesal krn tidak ada ngo melayu johor buat laporan polis terhadap seorang ustaz yang buat kenyataan yg hampir sama dgn MP Nizar di televisyen.ustaz tu pun beri pendapat yg sama dgn MP Nizar.mintak jasa baik mana2 ngo melayu johor yg ada masa perhimpunan hari tu buat aduan.