6 Mei 2012

Ini Lagi Bangkai, Tuduh Pembikin Video Lucah Orang PKR

Video: Zul Noordin dakwa kerja orang dalam PKR

KUALA TERENGGANU - Rakaman video panas yang didakwa mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bersama seorang wanita yang tersebar baru-baru ini didakwa dilakukan "orang dalam parti PKR" sendiri.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin mendakwa rakaman itu dibuat sebagai satu cara menjatuhkan pemimpin terlibat kerana perebutan jawatan dan ingin mendapat perhatian yang lebih daripada Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ia kerja dalaman (PKR), tak ada kena-mengena dengan orang luar. Saya tahu siapa yang rakamkan video ini, bila tiba masa nanti, saya akan dedahkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah umum Pendedahan Eksklusif Wajah Sebenar Anwar Ibrahim di Kampung Sungai Kiat di sini.

Menurutnya, dalam masa terdekat juga akan ada beberapa lagi video aksi panas membabitkan pemimpin pembangkang yang lain akan didedahkan.

"Ada beberapa video lagi membabitkan pemimpin pembangkang lain dan 'pelakonnya' memang orang yang tak disangka-sangka," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sebuah buku mengenai perkahwinan campur yang antara kandungannya memberi mesej wanita Islam dibenarkan mengahwini lelaki bukan Islam kini dikesan disebar meluas secara percuma di negara ini.

Menurut Zulkifli, buku yang membawa fahaman liberalisme dan pluralisme disebarkan atas alasan Islam merupakan satu konsep menyerah diri kepada Tuhan tanpa mengira agama.

"Ini bermakna, mengikut konsep itu, setiap wanita Islam boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki bukan Islam...buku ini sangat berbahaya kepada akidah (orang Islam)," katanya.

Penerbitan buku itu didakwa ditaja oleh yayasan Jerman, Konrad Adenauer Foundation atau sekarang lebih dikenali sebagai Konrad Adenauer Stiftung (KAS) yang menurut Zulkifli, yayasan berkenaan terlibat membantu penajaan badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD).

Zulkifli berkata penyebaran buku berkenaan perlu diharamkan dan siasatan mengenainya perlu dibuat segera bagi menyelamatkan akidah umat Islam di negara ini. - Bernama

Ulasan GB

Memang bangkai.

Sepatutnya Zulkifli Noordin inilah orang yang ditangkap. Kerana beliau sendiri mengakui:

Saya tahu siapa yang rakamkan video ini,

Malah beliau sendiri mendakwa kononya:

"Ada beberapa video lagi membabitkan pemimpin pembangkang lain dan 'pelakonnya' memang orang yang tak disangka-sangka,"

Dan anehnya beliau membuat tuduhan fitnah ke atas orang lain:

dilakukan "orang dalam parti PKR" sendiri.

Jika ia dilakukan oleh orang PKR sendiri macammana beliau boleh tahu dan boleh lihat rakaman video tersebut terlebih awal jika bukan beliau sendiri yang turut sama bersubahat? Atau orang-orang ex-PKR iaitu katak-katak yang telah kenyang itu?

Samada video Anwar, Azmin atau sesiapa, yang jelas, setakat ini, takda satu pun yang benar-benar dapat mensahihkan pelakon-pelakon itu mereka.



Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merencanakannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]


17 ulasan:

cucukerinci berkata...

zul nordin ni bukan bangkai tapi setan...

Tanpa Nama berkata...

ATLEAST DIA AKUI YG VIDEO TU CUMA 'MIRIP' DAN BUKANNYA YB AZMIN

Tanpa Nama berkata...

Angkat sumpah la, jadi semua akan jelas dan nyata. Biar pihak polis siasat siapa sebenarnya dalam video tu??

Tanpa Nama berkata...

Memang Zul Katak ni jenis Haram Jadah punya binatang yang bersifat manusia..

zairil berkata...

Tak payah menyalak bila sudah hilang kehormatan!

Tanpa Nama berkata...

Mamat ni tengah cari publisiti bagi mendapat tempat dalam PRU13 nanti. Tak Najib nak ketepikan dia kot.

Waris berkata...

To anon 6:46

Nak suruh polis siasat???????

Jangan buat lawak bodoh kat sini.... pi tengok raja lawak lagi baik drp buat komen bodoh kat sini.

Samada azmin buat atau tidak itu bukan masalah sebenar. Itu cuma masalah individu itu sendiri.

Masalah paling besar ialah umno laknatullah perlu dihapuskan dari peta malaysia ni. Paling besar punya DAJJAL...

Bila umno binasa maka zul nordin dengan sendirinya akan turut binasa

Tanpa Nama berkata...

jangan2 dia yang buat tak.
itu sebab dia tau semua.
malaon2, bilalah nak insaf.
kerusi yb dah nak expire.

Tanpa Nama berkata...

Orang orang yang banyak termakan
Berak Najis....sememangnya suka tabur fitnah...sebar fitnah....dan percaya fitnah...Renung2kan la

Tanpa Nama berkata...

Zul akan dedahkan bila tiba masanya. Ini menjelaskan bahawa Zul Kulim ni memang agen penyebar fitnah. Apakah hukumnya wahai Zul membuat tohmahan tanpa bukti?. Kamu tak layak jadi wakil rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Walaupun hidup seribu tahun kalau tak solat apa gunanya..

Tanpa Nama berkata...

kalau aku ada pump gun memang halakan muncung pump gun kat lubang idung mamat nodeng katok ni biar bersepai muka nodeng katok ni..haram jadah punye katok!!!

tanda soal berkata...

apabila seseorang itu mengaku dirinya baik, maka sebenarnya dia lah sejahat2 manusia... ni la dia zul kulum!

non baling berkata...

AKU NAK TUNGGU TENGOK PRU NANTI, MANGKOK HAYUN NIE NAK DUDUK TANG MANA .....

Tanpa Nama berkata...

tangkap ja dia ni,baru kita tahu dia yang suka buat fitnah...pooorah.

Tanpa Nama berkata...

Agak-agak atas tiket parti mana mamat ni akan bertanding pada PRU13 nanti?

Tanpa Nama berkata...

ini firaun dulu kecik sekarang dah jadi firaun besar..
sembahyang buat apa orang jenis macam ni, tak ada harga diri , haram berkawan orang macam ni