18 Mei 2012

Dah Dasar Lembu, Seluar Dah Terlucut Pun Masih Terus Jugak Nak Bersenam Punggung

Selepas Ambiga, ‘senaman tarian’ untuk Anwar pula

PETALING JAYA: Kelmarin kita diperkenalkan dengan gimik ‘senaman punggung’ oleh sekumpulan bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), bakal menyusul selepas ini satu senaman tarian yang diadakan khas untuk beberapa individu.

Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata senaman kedua ini ditujukan khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu (Mat Sabu), Thamrin Tun Ghafar, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk A Samad Said.

“Senaman tarian ini akan dibuat pada waktu terdekat dengan beberapa gimik menarik,” katanya ketika dihubungi FMT.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai pemilihan lima individu terbabit, Mohd Ali menegaskan ia sebagai memberi peringatan kepada mereka agar tidak menganggu gugat keharmonian negara.

Katanya, operasi senaman tarian itu nanti masih sama namun ia akan diadakan serentak di hadapan rumah pemimpin yang berkenaan.

“Tunggu dan lihat kita akan adakan satu tarian dahsyat. Senaman tarian ini lebih tajam dan akan dibuat di hadapan rumah mereka serentak dalam masa terdekat ini.

“Tujuannya siapa makan cili dia terasa pedasnya. Ia juga sebagai peringatan supaya jangan ulangi tindakan untuk merosakkan negara,” katanya.

Ketika ditanya mengenai gimik menarik itu, Mohd Ali berkata ia sesuatu yang istimewa dan mempunyai kaitan dengan daun.

‘Senaman punggung’

Sementara itu, beliau turut mempertahankan tindakan mereka yang membuat gimik ‘senaman punggung’ di hadapan kediaman pengerusi bersama Bersih, Datuk S Ambiga.

Beliau turut mencabar Ambiga untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.

“Saya pertahankan bahawa senaman itu untuk jaga kesihatan dan apa yang kami lakukan tidak menyalahi undang-undang. Kami tidak buat dalam rumah beliau (Ambiga).

“Bukan kami tidak berpakaian sedangkan kami lengkap berpakaian kemas tempoh hari.

Kalau salah saya cabar Ambiga untuk ambil tindakan undang-undang pada saya. Hakim yang akan tentukan dan keputusan bukan di tangan Ambiga,” ujar beliau. -FMT

Ulasan GB

Kalau dah kata lembu, seluar terlucut pun tak kisah nak bersenam punggung lagi.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




8 ulasan:

cucukerinci berkata...

Dato' lembu jenis muka tak malu....sah dah dia ni memang kaki penipu.. Nak dapat pangkat gelaran dunia pun sanggup dia beli...biarkan le lembu-lembu tu bersenam sebab otak mereka lebih hina drp lembu....

Tanpa Nama berkata...

tanda2 kehancuran umno pru 13 nie adalah geng2 cybertropper diorg skrg nie tgh bgaduh diantara pencacai sejati umno, papagomo & the gang dgn unit media baru(umb) dibawah kj..berebut x puas hati, dana yg x seimbang..kah kah kah..nmpk sgt perjuangan hanya kerana duit, bila org lain dpt payment lebih duk meroyan sakat..x caya? Cuba bukak blog diorg, tgh panas btikam blkng sesama sendiri..itu lah bala sbb buat fitnah dkt geng2 pr..

anom berkata...

tanda2 kehancuran umno pru 13 nie adalah geng2 cybertropper diorg skrg nie tgh bgaduh diantara pencacai sejati umno, papagomo & the gang dgn unit media baru(umb) dibawah kj..berebut x puas hati, dana yg x seimbang..kah kah kah..nmpk sgt perjuangan hanya kerana duit, bila org lain dpt payment lebih duk meroyan sakat..x caya? Cuba bukak blog diorg, tgh panas btikam blkng sesama sendiri..itu lah bala sbb buat fitnah dkt geng2 pr..

Tanpa Nama berkata...

Dah sah... bontot2 geng tonggeng memang SEBIJIK dengan lembu original. Tahniah kpd Geng Tonggeng Bontot...
Lepas ni boleh buat sup bontot. Gerenti laku.. kasi makan kat puak2 UMporNO. Kesian gila tengok lembu2 veteren tu kena cucuk hidung. Upah RM50, sehelai kain pelekat, makan free kat kedai mamak, dah kira ok. KESIAN...

Tanpa Nama berkata...

Ayah sapelah agaknye yang sanggup berperangai macam lembu tuh...

Sia-sia dan menjatuhkan wibawa seorang yang mengaku pengikut Nabi.

Nabi tak pernah ajar perangai macam tuh melainkan ia timbul dalam kalangan penganut fahaman umno kat malaysia nih saje.

Jika diteliti perangai orang-orang berkenaan itu ada logiknye orang kait-kaitkan UMNO itu lembu dan LEMBU itu umno.

Bertaubatlah.
Tinggalkan UMNO/BN. Nanti kok bontot kamu tuh didahulukan oleh Allah Taala untuk dibakar dalam neraka.

Aku dan engkau, marilah sama-sama ber-Istighfar dan
ber-Taubat.

Tanpa Nama berkata...

Ada tak sape2 & mana2 Sultan nk anugerahkan si Ketua Lembu ni "Anugerahkan Bontot Lembu Buasir"?

Osama berkata...

helloooo lumbu2 sekelian!
lu protes tu sebab tak dapat dudok di kondo2 mewah macam adaik beradik, mak & bapak korang kan?
cermin diri korang la dulu..
kalau otak korang sama macam IQ -0 spesis2 Umat Melayu No Orgasm soheh la yg korang ni pencacai!

Tanpa Nama berkata...

Preseden PVTM AWI2 LAGI DAH NAK PEMBOHONG,KUNUNNYA DIA DARI KOMANDO ASKAR MELAYU,MANA ADA KOMANDO ASKAR MELAYU,BARUA NI AKU DAPAT TAU SERVIS DALAM TENTERA PUN TAK SAMPAI 10 TAHUN,PADAN LAA SAMPAI KOMANDO PUN TAK TAU MAIN HENTAM AJE,AGAK AKU MASA DALAM TENTERA DULU KERJA BODEK SUPAYA DAPAT FITIK COOKHOUSE,DENGAN CABUT RUMPUT DEPAN RUMAH CO.AKU NAK NASIHAT BARUA2 TUJUH LAPAN EKOQ TU PADA HAMPA DOK PI TONGEK KAT RUMAH AMBIGA TU LEBIH BAIK HAMPA TONGEK KAT BUKIT BINTANG ,DISANA AKU NAMPAK BANYAK PUAK NEGRO KOT DIA TERINGIN PUNGKOQ HAMPA BAWA LA PAK LEBAI TU SEKALI NANTI LEBAI TU BOLEH BUAT GABUIH PONGKOQ BILA DAH SELESAI,DAPAT JUGAK DUIT BELANJA.TU PUN KALAU ADA YANG KEBULOQ.WOI MANGKUK2 PENCEN KALAU PENCEN LA,TAK PAYAH NAK DOK BELAGAK PEJUANG LA KALAU SERVIS PUN TAK HABIH,LEPAIH TU KUNUN ABIH SEJUTA DUIT BELI DATUK KHAIIIIIIK TUIH,TUIH,TUIH.MANA DAPAT DUIT SAMPAI SEJUTA,TERA SANGAT KA,TERA MENIPU TU OK LAAA,AKU INGAT SRP PUN TAK LULUS DIA NIH,WOIIII MANGKUK2 YANG PUNGKOQ TAK LAKU SEMUA. AKU NI BEKAS TENTERA JUGAK AKU DAPAT LATIHAN DARI JURULATEH KOMANDO AKU DARI ASKAR MELAYU,DAN UNIT TERAKHIR AKU ADALAH KOR PERISIKAN,HAMPA TAU KAN ANGGOTA RISIK MESTI KENA AMBIK BASIC KOMANDO,SO TAK PAYAH LA NAK PEBODOH ORANG DENGAN KEBODOHAN HAMPA TU.MENTANG2 LA DAPAT PELINDUNGAN BELAGAK NAK MAMPUIH,TUNGGU LA BN TEPACAK KEPALA TAU LA NASIB HAMPA.