4 Mei 2012

BERSIH: Tiada Sebab Untuk Serah Diri

Aktivis mahasiswa merasakan tiada alasan untuk peserta BERSIH, termasuk penuntut universiti yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan Sabtu lalu tampil menyerah diri,

Bekas presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab mempersoalkan arahan pihak berkuasa itu kerana gambar yang disiarkan tidak memaparkan butir peribadi yang jelas.

"Kenapa perlu menyerah diri? Dikeluarkan 49 gambar yang tanpa nama, dan nombor kad pengenalan dan kemudiannya disuruh menyerah. Kita lihat ia tidak mempunyai basis yang kuat untuk polis memaksa mereka itu untuk menyerah," katanya yang juga anggota jawatankuasa pemandu BERSIH.

Ahmad Syukri yang kini bertugas sebagai koordinator NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menegaskan polis perlu mengikut prosedurnya, bukan mengeluarkan gambar "semberono" dan mengarahkan pihak berkaitan ke balai.

"Polis sepatutnya mengikut prosedur yang sebenar dengan mengeluar surat (panggilan) dan sebagainya," katanya dalam sidang media di Bangsar hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin hari ini yang menggesa 22 penuntut daripada 49 individu yang dikehendaki tampil membantu siasatan polis.

Sementara itu, Ahmad Syukri memaklumkan kumpulan mahasiswa akan menyediakan khidmat guaman kepada rakan mereka sekiranya dituduh di mahkamah.

'Lagi mudah keluarkan gambar polis'

Turut hadir dalam sidang media itu, wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung, Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) dan Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema).

Ahmad Syukri turut mempersoal mengapa polis tidak mengeluarkan gambar anggotanya yang didakwa mengganas dan tidak beretika pada perhimpunan tersebut.

"Sebenarnya daripada 250,000 ribu demonstran, dia boleh keluarkan (gambar) 49 orang, berbanding beberapa ratus polis yang bertugas hari itu.

"Lagi mudah (polis) mengeluarkan gambar-gambar polis, yang bertindak luar etika dan (supaya mereka) dihakimi secara adil," katanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 3.0, menggesa polis supaya mengikut prosedur siasatan yang sewajarnya dan tidak bersikap berat sebelah berhubung isu tersebut.

Bagaimanapun, tidak lama selepas sidang media mereka, polis menyiarkan gambar anggotanya yang memperlihatkan aksi kasar terhadap peserta BERSIH.

Sementara itu, dalam sidang media sama, Koordinator GMPP R Karthiges mengumumkan pihaknya kini sedang merangka pelan pendidikan percuma di semua peringkat bersama pelbagai kumpulan mahasiswa dan parti politik.

"Hari ini kita dapatkan pandangan awal. Setiap kumpulan mahasiswa diberikan dua minggu untuk mendapatkan kata sepakat sebelum pilihan raya berlangsung," katanya. -MK

Ulasan GB

petikan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur:

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kesemua mereka yang kini menjadi buruan polis dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu.

Mengapa polis tak siarkan wajah-wajah anggotanya yang jauh lebih ramai melakukan keganasan dan provokasi terhadap peserta di perhimpunan tersebut?

Adilkah begitu?

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AKU RASA ELOK SEMUA YANG DATANG KE BERSIH 3 SERAH DIRI.TAKADILLAH KALAU 49ORANG SAJA YANG AKAN DITANGKAP.

Tanpa Nama berkata...

AKU RASA ELOK SEMUA YANG DATANG KE BERSIH 3 SERAH DIRI.TAKADILLAH KALAU 49ORANG SAJA YANG AKAN DITANGKAP.

Amuraria berkata...

KETUA POLIS KL CAKAP MACAM SAMSENG SAJA ! UGUT ORANG SURUH SERAH DIRI TANPA IKT UNDANG-UNDANG PADA HAL POLIS YANG BIADAP TANPA NAME TAG DAN NOMBOR ANGGOTA (IKUT SOP KA NI)LAGI SAKAN LEPUK & TERAJANG ORANG TAK MELAWAN APA KES ? TADAK TARUH GAMBAR KA PASAL BERLAMBAK GAMBAR POIS UKU ORANG MACAM ANJING GILA JA ! ISLAMKAH MEREKA ? DEY JANGAN CUBA BELA KEGANASAN POLIS DAN SALAHKAN PENDEMO !

Tanpa Nama berkata...

Tengok video pun separuh jalan, macam mana nak membuat analisa siapa yang mula dulu keganasan? Lepas tu siap bole superimpose azan pulak....sanggup memperjudikan agama...

Tanpa Nama berkata...

ya, penuhkan bukit aman
dengan 300,000 pendemonstrasi.
baru padan muka igp ismail omar tu.
dia ingat rakyat bodoh,
tak tau undang2.
laknat punya polis & sb.

Martoiriat berkata...

Jelas di sini polis terlalu zalim dan tidak mengambarkan sebagaimana motonya "Intergeriti Amalan Kita". Kenapa perlu menyerah diri..? Sedangkan ketegangan yg berlaku di antara polis dan rakyat hasil ciptaan polis atau provokasi polis itu sendiri. Jika polis bersifat profesional dengan membiarkan Bersih Duduk dan Bantah sebagai pihak yg menjaga kenteraman awan nescaya tidak berlaku kekecohan itu malah tidak timbul kereta polis di rosak atau rakyat yang cedera atau pon pihak polis dipukul. Jika dilihat keadaan kacau bilau dari mula dan berakhir semuanya gara-gara polis melakukan tindakan membabi buta tanpa mengikuti undang-undang polis itu sendiri. Apabila rakyat melawan dikatakan rakyat merusuh dan jika polis bertindak dengan memukul rakyat, dikatakan rakyat tidak mematuhi undang2 dan arahan polis. Semuanya polis dipihak yg benar belaka. Propaganda itu masih lagi digunakan polis dari dulu hingga kini untuk dilihat rakyat tidak menghormati undang-undang sedangkan polis pula sentiasa diihat betul dan cekap. Polis sentiasa bermegah dengan transformasinya.. tapi transformasinya masih lagi di alam purba dan ketinggalan zaman.

batu pelangi berkata...

Cuba bayangkan sekiranya kesemua yang
hadir dalam perhimpunan BERSIH
menyerah diri.Adakah UMNOYAHUDI akan
mendakwa kesemuanya????Jom kita ramaix menyerah diri di Bukit Aman!!

Tanpa Nama berkata...

ya...tangkap kesemua peserta bersih jgn hnya 49 ja tngkp <80000 org sumbat dlm penjara... kita nak tgk apa nak jd pd m'sia, pnjara muat ke x?

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya semua kena serah diri kenapa pulak 49 orang?