17 Feb 2012

SPR Teruskan Penipuan: Terbitkan Daftar Pemilih Tambahan Yang Pelik & Meragukan

Pembangkang pertikai daftar pemilih tambahan

Parti pembangkang mempertikai daftar pemilih tambahan untuk suku keempat 2011 yang dikesan tidak menyertakan senarai pemilih yang telah meninggal dunia dan juga nama yang telah dikeluarkan dari daftar pemilih induk.

Ketua biro pilihan raya pemuda PAS Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh berkata, kesemua daftar pemilih tambahan untuk sesuatu penggal tertentu sebelum ini biasanya menyenaraikan nama pemilih yang telah meninggal dunia.

Selain itu, daftar pemilih tambahan itu juga biasanya menyenaraikan pengundi yang baru didaftarkan, pengundi yang bertukar alamat dan juga pengundi yang dilucut taraf kerakyatan.

Mohd Faizul berkata, daftar pemilih tambahan itu kali ini agak ganjil kerana tidak disertakan dengan senari pemilih yang telah berubah status seperti itu.

Amalan itu juga tidak selari dengan prinsip ketelusan yang ingin ditonjolkan SPR, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau telah menyemak dengan biro pilihan raya pemuda PAS di negeri lain yang turut mengadu mengenai perkara sama, katanya lagi ketika dihubungi.

Semakan dengan biro pilihan raya PKR Perak dan juga DAP Pulau Pinang juga menunjukkan perkara sama berlaku.

Suruhanjaya Pilihan Raya mempamerkan daftar pemilih tambahan untuk suku tahun terakhir 2011 itu untuk pemeriksaan orang ramai bermula 8 Februari hingga 14 Februari lalu. -mk

Ulasan GB

Bermacam-macam cara dilakukan SPR untuk berpihak kepada UMNO BN.

Tetapi semuanya itu akan menjadi sia-sia.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan.

Pengerusi dan Timbalan pengerusi SPR akan tetap menerima hukuman di atas segala kepincangan dan penyelewengan yang telah dilakukan.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JIKA PR NAK TERLINGKUP....ABAIKAN AJER ISU PIHAK BERKUASA YG ADA 2 IDENTITI DIRI IAITU SATU IDENTITI PHK BERKUASA YG BOLEH UNDI POS...MANAKALA SATU LAGI KAD IC BIASA YG BOLEH UNDI MCM RAKYAT BIASA.

JIKA TAK AMBIL KISAH PERKARA INI...JGN MIMPI PAKATAN NAK MENUJU KE PUTRAJYA...SILAP2 KELANTAN BERALIH KUASA?????


SILA PANTAU!!! SILA PANTAU!!!

www.allahmurka.com berkata...

Salam semua,
kepada para pegawai yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan senarai pengundi..., ingatlah Amanah jika di khianiti dan mengakibatkan kemungkaran dan penipuan terus berlaku, Ingatlah, azab api neraka itu tidak terperi panasnya.

Tanpa Nama berkata...

Ayuh!!! Lancar BERSIH 3!!!

Tanpa Nama berkata...

apalah komen suruh amanah....bukan dengar pon.sedangkan wang zakat milik asnaf boleh guna untuk sendiri oleh kroni,ada mereka kesah????

Tanpa Nama berkata...

pengerusi spr ni lupa kot, selain dari syurga, Allah buat jugak neraka tuh... nak kekal dalam tu ke pengerusi???

jangan dah tua nak mampus dah pencen nanti, mula nak menyedekah tanah tuk buat mesjid, guna duit hasil upah kerja haram menipu 27juta ummat kat malaysia ni sudah la ye... ari tu dah sekor...

Tanpa Nama berkata...

sokong 200% BERSIH 3 wajib d segerakan!!!!!! Takbirr.

Tanpa Nama berkata...

Mat sabu pun tak berani nak
buat bersih 3

tak kotor berkata...

bila nak buat bersih3 ni.inilah masanyaa..