Genap tiga tahun: Najib ketua perampas di Perak- Nizar
PERAK 6 Feb: Hari ini genap tiga tahun rampasan kuasa di Perak, menyaksikan kerajaan sah dipilih oleh rakyat menerusi amalan pilihan raya, tumbang akibat kerakusan kuasa Umno-BN.
Tarikh ini juga merupakan detik hitam dalam sejarah negara apabila agensi kerajaan diperalatkan untuk menghalalkan rampasan kuasa tersebut, sekaligus menandakan berkuburnya demokrasi di negara ini.
Sempena memperingati hari berkenaan, pemimpin Pakatan Rakyat Perak bersama para penyokong hari ini berpakaian serba hitam dan berkumpul di bawah pohon demokrasi berdekatan Dewan Undangan negeri.
Pimpinan Pakatan Rakyat diketuai bekas menteri Besar yang digulingkan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, Datuk Ngeh Kor Ham, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bajkar Hussein dan Naib Presiden KEADILAN, Dr Lee Boon Chai turut memberikan ucapan.
Bercakap kepada keadilandaily, Mohamad Nizar mengingatkan semula kaedah jijik yang digunakan Umno-BN merampas Perak di bawah Pakatan Rakyat, diketuai timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.
“Rampasan kuasa berlaku ketika Najib menjadi Pengerusi Umno negeri Perak. Beliau telah mencuri wakil rakyat Pakatan dengan kaedah jijik dan kotor untuk menyeberang kepada wakil rakyat bebas.
“Akibatnya kita (Pakatan) tidak mempunyai majoriti. Najib memainkan peranan sebagai ketua perampas dan ketua perompak dengan mencuri kuasa kerajaan Perak yang sah,” ujarnya.
Justeru itu katanya, sambutan ini diadakan untuk menyedarkan rakyat tentang tindakan jijik Umno-BN yang tidak mengiktiraf hak mereka.
“Rampasan kuasa di Perak dilakukan dengan cara yang cukup tidak bertamadun di mana pelbagai agensi kerajaan seperti polis dan SPR digunakan.
“Ia merupakan tarikh demokrasi dibunuh di Perak dan Malaysia. Rakyat tidak boleh percaya lagi dengan Umno yang mengkhianati perlembagaan persekutuan, undang-undang tubuh kerajaan negeri dan peraturan dewan,” ujarnya.
Sehubungan itu juga, beliau menyeru kepada rakyat Perak dan Malaysia khususnya supaya menumbangkan kerajaan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.
“Kita memperingatkan hari ini kepada rakyat Perak dan rakyat Malaysia, dengan harapan mereka akan menjatuhkan BN yang melakukan kezaliman dengan merampas kuasa yang sah,” ujarnya. -KD
Ulasan GB
Hukum Kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Najib akan merasai sendiri "dosa" yang dilakukan. Beliau kelak bakal tersungkur. Malah dengan lebih dasyat.
Pada masa itu Najib dan UMNO jangan salahkan Tuhan Yang Maha Menghakimi & Maha Adil.
أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ
Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya? [At-Tiin:8]

3 ulasan:
Bukankah Bugis itu kebanyakkannya Lanun?
Kalau dah dasar lanun @ perompak @ pencuri @ ....., mana mungkin akan faham tentang halal dan haram. Yang penting matlamat tercapai.
Lihat sejarah Tok Jib, tahulah kita akan siapa sebenarnya depa tu. Hak orang pun depa kebas secara kasar. Macam tak ada anak dara lagi kot.
takpa la. la ni suma hebakkk. kat sana nt tau la. :D
Catat Ulasan