Keputusan pilih Salahuddin bagai 'menempah maut'
JOHOR BAHRU – Pakatan Rakyat (PR) usah terbuaibuai dengan keyakinan bahawa mereka bakal membentuk sebuah kerajaan meskipun membuat keputusan untuk meletakkan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di negeri ini.
Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, memang sudah tiba masanya anak Johor (Salahuddin) bertanding di negeri ini yang merupakan negeri kelahirannya.
Menurutnya, Barisan Nasional (BN) mengalu-alukan kedatangan beliau ke negeri ini kerana ia menjadi ujian kepada kubu kuat BN.
“Beliau diuar-uarkan menjadi calon Menteri Besar Johor oleh PR. Kita tengok siapa yang lebih berpengaruh.
PR belum tentu boleh menang,” katanya kepada Sinar Harian semasa Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Parlimen Pulai di sini, semalam.
Pada majlis berkenaan seramai lebih 600 penerima sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Kempas menerima bantuan terbabit yang mana pemberian kelima bagi fasa pertama untuk kawasan Parlimen Pulai.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Rinting, Chia Song Cheng dan Pengerusi Jawatankuasa Penyerahan BR1M Parlimen Pulai, Ramlee Bohani.
Sementara itu, Adun Kempas, Datuk Osman Sapian menyifatkan keputusan sedemikian seolah-olah menempah ‘maut’.
“Keputusan ini dibuat seolah-olah mereka menempah maut sahaja. Selama ini kita yang buat kerja. Dia datang sekadar untuk bertanding sahaja. Rakyat sendiri boleh membuka mata dan mengukur sendiri siapa yang membuat kerja.
“Siapa dahulu yang bantu orang miskin, tingkatkan infrastruktur.
Minta maaf ya, siapa yang mengundi Pas adalah orang yang buta hati. Rakyat pun semakin bijak untuk menilai.
“Saya dengar pun antara Pas dan PR sendiri masih ada rebut-rebut kerusi. Mereka juga tiada kesepakatan. Saya sendiri akan ‘all out’ kalau Salahuddin mahu bertanding di Johor,” katanya.
Ulasan GB
Ahli Parlimen Pulai itu tidak perlu angkuh dan takbur.
Beliau perlu ingat satu ketika tiada siapa menduga bahawa Kedah, P.Pinang, Perak dan Selangor akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan tiada siapa juga menduga bahawa PAS akan memeprolehi kemenangan di dua kerusi DUN di Johor pada PRU12 yang lalu.
Tetapi begitulah kehendak Ilahi. UMNO BN tidak perlu mendabik dada dan menunjukkan keangkuhan bodoh mereka untuk mengatasi kudrat dan iradat Allah s.w.t.
Ahli-ahli Pakatan Rakyat Johor khususnya ahli-ahli PAS akan melipatgandakan usaha disamping akan terus bermunajat kepada Allah s.w.t. supaya segala keangkuhan dan ketakburan UMNO BN Johor itu ditamatkan segera.
GB akan bersama-sama rakyat Johor mendoakan kemenangan cemerlang bagi Pakatan Rakyat di negeri tersebut.

Salahuddin: Kubu kuat Johor akan runtuh
SKUDAI – Pakatan Rakyat (PR) berkeyakinan dapat menakluki Johor sekali gus memadamkan stigma bahawa negeri itu kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan Umno.
Keyakinan tersebut disuarakan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang diuar-uarkan akan bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Salahuddin berkata, persoalan siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Johor jika PR berjaya menakluki negeri ini bukan menjadi matlamat utama mereka.
“Soal siapa jadi Menteri Besar, itu perkara tidak berapa penting. Tetapi apa yang menjadi keutamaan ialah memastikan PR menang di Johor pada PRU13.
“Saya lihat politik perkauman tidak ada tempat dalam negara mahupun di Johor ini. BN tidak boleh berbangga Johor akan menjadi kubu kuat mereka kerana kita akan meruntuhkan kubu kuat ini,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PKR Johor, di sini, semalam.
Dalam kenyataannya sebelum ini, Salahuddin juga menegaskan hanya akan memberi kepastian sama ada dirinya bertanding di Johor, akhir bulan ini.
Sementara itu, desas-desus untuk meletakkan Salahuddin sebagai Menteri Besar Johor semakin kuat apabila pemilihan beliau mendapat lampu hijau PKR Negeri.
Pengerusinya, Datuk Chua Jui Meng mengakui tindakan Pas membawa balik Salahuddin untuk bertanding di negeri ini memberi peluang besar dalam usaha PR menakluki Johor.
“Dia (Salahuddin) berasal dari Tanjung Piai dan dia seharusnya balik ke Johor. Beliau akan membantu mengetuai Pas dalam PRU13 dan PKR Negeri mengalu-alukan kepulangannya ke sini.
“Kita belum bincang siapa menjadi Menteri Besar, biar kita menang dulu baru boleh bercakap mengenai siapa jadi Menteri Besar. Saya percaya kehadiran beliau bertanding di negeri ini menyumbang kepada kemenangan PR di negeri ini.
“Beliau merupakan calon yang progresif Pas dan diterima semua kaum. Beliau adalah calon muka baru bagi Johor dan akan membantu PR menang di sini," katanya.
Turut hadir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senai, Ong Kaw Meng bersama hampir seribu orang awam yang turut serta ke majlis rumah terbuka yang diadakan dari jam 11 pagi hingga 2 petang itu.
Dalam pada itu, Jui Meng juga tidak menolak kemungkinan PKR akan mengikut jejak langkah Pas untuk menurunkan calon dari Pusat bagi bertanding di kerusi di negeri ini.
Ahli Parlimen Pulai itu tidak perlu angkuh dan takbur.
Beliau perlu ingat satu ketika tiada siapa menduga bahawa Kedah, P.Pinang, Perak dan Selangor akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan tiada siapa juga menduga bahawa PAS akan memeprolehi kemenangan di dua kerusi DUN di Johor pada PRU12 yang lalu.
Tetapi begitulah kehendak Ilahi. UMNO BN tidak perlu mendabik dada dan menunjukkan keangkuhan bodoh mereka untuk mengatasi kudrat dan iradat Allah s.w.t.
Ahli-ahli Pakatan Rakyat Johor khususnya ahli-ahli PAS akan melipatgandakan usaha disamping akan terus bermunajat kepada Allah s.w.t. supaya segala keangkuhan dan ketakburan UMNO BN Johor itu ditamatkan segera.
GB akan bersama-sama rakyat Johor mendoakan kemenangan cemerlang bagi Pakatan Rakyat di negeri tersebut.
12 ulasan:
siapa yang menyokong dan mengundi umno dan bn lah sebenarnya telah DIBUTAKAN MATA dan HATI.
Salam GB,
Nor jazlan ni budak hingusan kalau tak kerana bapak dia mat bulat yg naikkan agaknya sampai sekarang masih jadi pencacai umogok. Dari pengalaman aku campur dgn umogok pulai semasa dia masih di peringkat pemuda memang dia ni tak ada tokoh langsung dah tu sombong. Budak ni cakap byk tak guna, kalau ada teloq bila konfem Salehudin bertanding di Johor kau lawan lah, baru tau siapa yg maut.
aku selaku anak johor tidak bangga dg
hebat dn lahir UMno.mereka terus riak
takbur dn mendewakn hukum manusia dr hukum ALLAH.Kemuliaan JUMAAT hilang,
tanah tergadai kroni diutamakan rkyt
diperbodohkan.memebunuh dn memenjarak
alim ulama@yg x sealiran dgn mereka.
para polis,spr,sprm mejadi talihayat mrk.klau takut kalah jgn bubar parlimen@buat pilihanraya.HANYA HAQ N
KERAJAAN ALLAH DILANGIT/BUMI AKAN KEKAL.tunggulah kehancuran krn sombong dn kezaliman kamu
Saudara GB, kalau mcm ni perangai diorg,kita kasi doa bebanyak. Supaya bukak pintu hati yg dah bongkak tu. Korang tunggu yer, aku balik johor masa PRu nnti.undi aku n my famili akan aku bg pada PR.
Saudara GB, kalau mcm ni perangai diorg,kita kasi doa bebanyak. Supaya bukak pintu hati yg dah bongkak tu. Korang tunggu yer, aku balik johor masa PRu nnti.undi aku n my famili akan aku bg pada PR.
Persoalan di negeri Johor Darul Takzim ini agak unik! Suatu ketika dulu walaupun ia berjiran dengan Singapura yg bercuti hari ahad, tapi Johor meletakkan semangat keislaman itu lebih sehingga sanggup kekalkan Jumaat sebagai hari bercuti. Hanya ketika Muhyiddin jadi menteri besar shj amalan ini dikuburkan. Maka semua rakyat Johor redha & anak2 muda berpesta pada hari ahad & kilang2 beroperasi pada hari jumaat. Seperkara lagi yg uniknya, Johor adalah pembekal air utama kepada Singapura tetapi dalam masa yang sama rakyat Johor tidak mendapat bekalan air secukupnya. Air kencing itu lebih besar drpd air yg keluar dari kepala paip SBAJ... Sistem persekolahan kebangsaan & sekolah agama rakyat juga adalah sesuatu yg unik di Johor... Anak2 akan bersekolah kebangsaan pd satu sesi manakala pada sesi satu lagi mereka bersekolah di sekolah agama. Pendekata, penekanan agama di JOhor masih utuh dan dlm masa yg sama mereka menyokong UMNO/BN. Tolak kesemua faktor unik di atas, kesetiaan kpd UMNO/BN ini sebenarnya adalah kerana UMNO itu lahir di istana Johor! Itu sahaja... Jika UMNO itu lahir di Bukit Kepong, UMNO/BN di JOhor tiada nilai... Faktor kedua ialah kaum pendatang. Pendokong kuat UMNO/BN Johor adalah Jawa, Bugis, Banjar, Boyan dsbnya. Mereka mendapat tanah & kemewahan di Johor. Ini mesti dipertahankan. Sokongan kpd selain UMNO/BN belum pasti memberikan pulangan duniawi kpd mereka!
memang johor tempat lahir dan tertubuhnya umno dan jugak tempat lahir aku...
tapi bukan semestinya semua orang johor suka kepada umno,temasuklah aku yg memang xsuka pada umno.....
gua cukup menyampah.
belum apa2 lagi.
dah fikir siapa mb.
menang dulu pr ooii...
kemudian baru cakap, siapa mb.
pr bukan pas saja,
dap & pkr pun ada.
Insyallah PR akan menerajui Johor. mari sama2 kita usaha dan tingkatkan. Orang kerajaan kat johor dah benci dgn UMNO dan BN. Takbir
Selamat merangka MANIFESTO PAKATAN RAKYAT khusus untuk Rakyat Johor
johor ni sebenarnya pada zahirnya saja nampak macam melayu berkuasa tapi hakikatnya harta,rumah,tanah,kilang hampir sebahagian besarnya milik BUKAN melayu..UMNO terus hidup tak lain kerana sokongan totok saluran 1 yang didoktrin sejak merdeka hinggakan berakidahkan kalau tak de UMNO,kebulurlah melayu johor,tertutup pintu rezeki ,menganggurlah pribumi.Insya Allah semakin ramai dari saluran 2,3 dan 4 yang dah nampak,sedar dan mengerti apa sebenarnya yang telah digadaikan oleh UMNO Johor utk memakmurkan diri,anak isteri,keluarga ,kroni namun bukan sekali-kali memakmurkan rakyat johor..jika ada pun sekadar mengaburi dan menutup mulut orang kampung...KESIAN Melayu Johor yang masih totok dgn UMNO dulu,kini dan selamanya...
Pakatan Rakyat mungkin menang di Johor. Persoalannya adakah PAS boleh menang besar dan Salahuddin akan menjadi Menteri Besar Johor ? Saya lihat PAS sudah terkena penyakit PKR iaitu lupa menyebut Insya ALLah.
Jika dilihat jumlah pengunjung ceramah politik memang hebat tapi bila jengok ke masjid sangat menyedihkan.
Banyak masjid/surau di johor (bukan masjid pekan/bandar/tepi jalan utama) yg bilangan jamaah tak sampai 10 orang untuk solat isya. Malah ada kampong magrib/isya suraunya tutup terus. Mana dia penyokong hard core PAS dalam kampong tersebut ?
Catat Ulasan