17 Jan 2012

"Orang Yang Malukan Anwar Dia Pula Dimalukan Sekarang" - TGNA

Nik Aziz: Berhentilah malukan Anwar

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa pemimpin politik dan media berhenti memalukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu melibatkan dakwaan salah laku seks kerana mahkamah sudah memutuskan ketua pembangkang tidak bersalah.

Ini kerana, menurut mursyidul am PAS, Anwar juga manusia biasa yang mempunyai perasaan malu setelah bertahun-tahun diasak dengan isu tersebut.

"Anwar ini manusia, bukan batang kayu. Dia reti malu. Bertahun-tahun surat khabar malukan dia. Orang (yang malukan) ini berdosa, kerana mencabul maruah tadilah... Dia berdosa.

"Tahu-tahu (keputusannya) terbalik sekelip mata... Orang yang memalukan itu dia pula dimalukan sekarang," kata Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan.

Anwar pada 9 Januari lalu dibebaskan dari tuduhan meliwat bekas pembantunya pada 2008 kerana hakim Mahkamah Tinggi mendapati tiada bukti kukuh yang menyokong keterangan pengadu.

Bermula kelmarin, beliau diasak dengan isu baru apabila dilaporkan memberikan jawapan kontroversi terhadap soalan sama ada beliau bersedia menerima "idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay".

Yakin menang besar

Dalam wawancara dengan BBC pada Khamis, yang dipetik semula beberapa media tempatan, Anwar dilapor berkata: "kami perlu menyemak semula sebahagian daripada undang-undang lapuk kami."

Ketika diwawancara Malaysiakini di kediaman rasminya di Kota Baharu pada Khamis, Nik Aziz menggesa pihak terlibat bermuhasabah kerana tindakan memalukan orang bukan sikap seorang pejuang Islam.

"Saya kata, biarlah orang ini bermuhasabah. Kita nak menentang lagi kesian pada dia... Orang rebah. Diam sekejap, bermuhasabah. Buat dosa tak pasal-pasal di akhirat Anwar Ibrahim pula jadi jutawan kerana pahala orang itu diberi kepada dia.

"Dosa Anwar pula naik kepada dia. Jadi sekarang ini saya minta orang-orang yang memalukan Anwar Ibrahim, berhenti. Perjuangan Islam tak payah memalukan orang,"
katanya.

Nik Aziz juga menegaskan bahawa dalam Islam, maruah antara lima perkara yang wajib dipertahankan dalam Islam selain agama, nyawa, akal dan harta benda.

Sementara itu, mengulas peluang PAS mempertahankan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang, Nik Aziz berkata, beliau yakin parti itu akan memang besar sekiranya pilihan raya berlangsung dengan bebas dan adil.

Dakwat kekal perkara kedua, ketiga

"Kalau demokrasi dijaga dengan baik, tidak rasuah, tidak ugut, tidak (guna) ISA, tiada sebab rakyat tak undi Islam. Cina sekarang ada kelab penyokong PAS.

"Saya pun tak terfikir Cina ada kelab penyokong PAS sedangkan PAS dimomok-momokkan, difobiakan," katanya.

Mengulas perkembangan tidak sihat itu dengan memberi contoh, Nik Aziz mendakwa, beliau difahamkan seorang wakil rakyat daripada negeri itu bahawa terdapat sebuah rumah di Kelantan yang terdapat 13 pengundi "Melayu Thailand" didaftarkan di alamat itu.

"Mana boleh terima 13 orang duduk satu rumah. Umno ini, orang Melayu dah tak percaya dah, maka dia ambil orang lain.

"Kalau Melayu sendiri dah tak percaya pada Umno, berhentilah. Tapi dia ambil orang lain pula. Bangladesh pun ada ambil," dakwa anggota dewan undangan negeri Chempaka itu.

Ditanya tentang perkembangan baru apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, bagi Nik Aziz, yang lebih penting adalah membersihkan daftar pemilih.

"Dakwat ini perkara yang kedua, (dan) ketiga, Perkara pertama bagi saya ialah senarai pengundi. Senarai pengundi, saya dengar banyak (aduan)," katanya.

Nik Aziz diwawancara oleh Jimadie Shah Othman dan Nigel Aw.


Hasan dakwa Anwar akan halalkan homoseksual

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti ditolak oleh semua rakyat Malaysia kerana pemimpin PKR itu akan melakukan sesuatu terhadap undang-undang menentang homoseksual jika dipilih mentadbir kerajaan persekutuan, demikian dakwa Datuk Dr Hasan Ali.

Bekas ketua PAS Selangor itu berkata, itu merupakan sebab mengapa dia tidak boleh bekerja atau menghadiri perbincangan empat mata dengan pemimpin pembangkang tersebut, dan temubual baru-baru ini antara Anwar dengan BBC menunjukkan dia mempunyai “pandangan peribadi” berhubung isu tersebut.

“Ini ialah sebab mengapa saya tidak boleh bekerja dengannya. Ini adalah faktor mengapa rakyat Malaysia perlu menolak Anwar.

“LGBTs (lesbian, homoseksual, dwiseksual dan transeksual) disahkan di Malaysia! Tuhan melarang! Saya boleh melihat keadaan yang sukar jika perkara itu berlaku,” Hasan (gambar) memberitahu pemberita di sini.

“(Dia) akan menjadikan perkara itu 'halal'. Tuhan melarang, dan masyarakat akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir jika itu berlaku.

“Pandangan-pandangan dalam temubual bersama BBC mencerminkan pandangan peribadinya,” tambah anggota Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini lagi.

Selepas dibebaskan meliwat bekas pembantunya, Anwar telah dituduh menjadi penyokong hak-hak homoseksual, dengan Umno mendakwa memiliki bukti-bukti Anwar berkata demikian semasa satu temubual dengan rangkaian televisyen BBC baru-baru ini.

Mingguan Malaysia memetik pemimpin Pembangkang sebagai berkata semasa temubual bersama BBC itu, undang-undang dan hak-hak homoseksual di Malaysia dianggap “purba” dan “bukan berkaitan.”

Wartawan BBC telah meminta Anwar mengulas sama ada menolak idea anti diskriminasi dan hak-hak homoseksual, di mana dia telah dituduh berkata “kami perlu mengkaji semula beberapa undang-undang purba kami.”

“Kami orang Islam dan bukan Islam di Malaysia pada umumnya percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara wanita dan lelaki, tetapi kami tidak sepatutnya dilihat untuk menjadi punitif dan mempertimbangkan undang-undang purba seperti berkaitan,” kata Anwar kepada BBC.

Tetapi petikan tambahan pemimpin de facto PKR tidak dinyatakan Utusan and Berita Harian.

Anwar juga berkata Pakatan Rakyat (PR), “kami tidak menggalakkan homoseksual, dan kami tidak perlu meminta maaf untuk itu.”

Hasan berkata, jawapan Anwar semasa temuduga itu sahaja menunjukkan mengapa tekaannya terhadap pemimpin de facto PKR itu ialah “sah.”

“Tujuan saya sangat mulia, saya rasa hanya Allah akan tahu,” kata Hasan.

Dia menuduh Anwar gila kuasa, dan berkata PR gagal dalam rampasan kuasa pada 16 September, di mana Anwar telah berjanji akan berlaku pembelotan beramai-ramai dari Ahli Parlimen Barisan Nasional, terutama yang dari Sarawak dan Sabah.

“Jadi, saya atau Anwar yang gila kuasa? Saya berada di puncak kuasa sebagai satu exco, tetapi saya bersetuju untuk dikorbankan,” tambah Hasan. -TMI



Ulasan GB

TGNA berkata:

Orang yang memalukan itu dia pula dimalukan sekarang,"

Betapa benarnya perkataan TGNA tersebut. Kini masing-masing sudah mengetahui. Saiful termalu sendiri. Hassan Ali termalu sendiri. Banyak hal-hal negatif mereka terdedah tiba-tiba.

Utusan & Berita Harian - tak serik-serik dimalukan. Kes saman di mahkamah menampakkan mereka sering tewas.

Blogger-blogger UMNO akan menerima balasan lebih dasyat sedasyat fitnah yang ditaburkan terutama apabila mengada-adakan hal yang tiada seperti video seks dan sebagainya.


أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ
Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?


15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak kan lah Anwar boleh buat undang-undang seorang diri.

Dr. Hasan Ali pula ada Phd. Bila dibuang PAS sudah ada Perasaan Hasad Dengki

Tanpa Nama berkata...

Apa lagi yang dikehendaki oleh Hassan Ali, pesanan orang tua-tua kalau cakap siang tu,pandang-pandang , cakap malam dengar-dengar. Apa yang dia cakap siang dan malam ni , telah menunjukkan keperibadian pakar motivasinya yang sebenar , muhasabah diri lah , nanti jangan sampai tak terjawab di hadapan ALLAH .

Man Taji berkata...

Woiiiit Asang Ali,

Lu ada penyakit hati ka?
Lu sulah cakap sama publik, lu sulah hantam sama DSAI ie kalau ale masalah peribadi tak kasi mau kongsi sama rakyat. TAPI.....
wa tengok lu sulah cakap ini lu punya pandangan peribadi. Lu hantam sama DSAI. Lu sakit hati sama DSAI. Sooooo... apa pasai lu mau kongsi sama lakyat itu lu punya masalah peribadi. Lu pnya masdalah..lu punya pasai la. Apa sal lu kasi tau sama itu reporter.

Wooooo... kalau itu DSAI cakap pasal di kena fitnah lu hantam sama dia itu masalah talak bagus kongsi sama rakyat. TAPI...sekalang apamacam. Lu punya masalah peribadi lu kongsi sama rakyat.

Chihhhhhh....
Cakap talak selupa bikin.

Tanpa Nama berkata...

Lu cakap itu DSAI talak patut konsi itu masalah peribadi sama lakyat.

Tapi...

Cikalang lu punya problem, lu punya sakit hati sama DSAI lu pigi kongsi sama lakyat apa pasai?????

Cihhhh....
Cakap talak selupa bikin ini Asang Ali.

Tanpa Nama berkata...

Wa mau tambah itu man aji sama anonymous....cakap.....
apahat...ada PhD....tapi lu punya pirangai....macam olang tatak phd.

lu sulah kaya ka....nanti hari ahirat....lu mau delema lu punya pahala sama DSAI..ka. wa pun mau jugak.....

hussain berkata...

elaun exco dah nak hilang.sapa tak kenai ngan hasan anak ali yg suka makan duit dari makan nasi..itu hutang 900ribu sudah settle ka?muka lu gua tengok pun dah lain macam,,,pada luu.bila hilang segala kemewahan...lu rasa dunia dah nak kiamat...sebab lu suka itu dunia punya barang...serupa itu umno punya orang...sultan boleh le lu temberang,,pasai dia punya pagar sangat tinggi..rakyat tak boleh masuk mau cerita...sultan yg macamna lu mau pertahan..yg junjung islam atau yg junjung sekular...tolong jgn nak main silap mata sama kitaorang,,kita tau mana sultan mau respect dan mana sultan baca teks tapi ap pun tak paham..dah lama dah rakyat dok tanggong geram dan gelisah akan perihal sultan2....cuba selak ALQURAN wahai hasan anak ali.bahawa takdak sapa yg maha mulia kecuali ALLAH..pi la terang kat sultan hang tuuuu.

Kembang Semangkok berkata...

Hasan oh Hasan,
Tak payah la nak buruk2kan DSAI.
Lebih baih hang buat kerja hang tu yg nak tegakkan Islam.
Lebih baik hang buat road show utk mempertahankan Melayu.
Lebih hang bagi ceramah utk memperkasakan raja2.
Kan tu sebab yg hang melawan dan tak mau dengar nasihat pemimpin2 PAS.
Tak payah la nak kalut2 nak buruk2kan DSAI. Hang kan selalu kata dalam motibasi hang iaitu mesti "selalu berfikiran positif"
Tapi, nampaknya hang berlawean arus dgn ucapan motibasi hang. Hang lebih suka nak keluarkan keburukkan orang.
Aku nak tanya ni, "Hang dengki kat DSAI ka?" Atau "Hang sakit hati kat DSAI sbb dia dapat sokongan pemimpin2 PAS?"

Jangan mare!!!!!!

JAKA berkata...

HASSAN MUNAFIK SAHKAN DIA AGEN UMNO

sebabnya begini. dia krisis dgn pimpinan PAS. dipecat oleh PAS. kenapa lepas dipecat kerja dia hentam Anwar saja???

itu bukti hassan munafik ni agen umno yg tak tahan panas semasa dlm PAS. muanfik memang takkan tahan lama dlm perjuangan haq yg menuntut keikhlasan.

hassan nk ckp pasal Anwar??? ini lagi satu kebodohan doktor begnong ni. kau baru setahun jagung nak lawan DSAI?

kau ingat selama ni kerja menyalak motivasi kosong tu besar sgt ke sumbangan dlm perjuangan?

dengan Dr Fadhilah Kamsah pun kau nak jelos. apa cita?

anyway, pergilah bersihkan hati dulu. bykkan amalan kerohanian. ckp berapi bukan tanda hebat iman dan tahan diuji.

Coner Spring berkata...

Man Taji,
Hassan Ali tu nak cover kesilapan dia dlm dlm PAS maka dia cuba babitkan TGNA & TGHA dgn menyebut mereka2 tu adalah tetap ToK Gurunya. Di samping tu dengki dgn sambutan penyokong PAS terhadap DSAI maka dikatakan DSAI mempunyai akhlak yg buruk.

Hai Hassan Ali.
Kau kata TGNA & TGHA tok Guru kau? Tetapi kenapa tak sokong Tok Guru kau sendiri yang terang2 menyokong DSAI? Nampak ganyanya Hassan Ali DERHAKA pada Tok Guru.

Patutpun di TENDANG keluar.
Patutpun di PECAT.

Anak murid BERLAGAK pandai dpd Tok Guru. Inilah akibatnya.

Nana Tanjung berkata...

Saya ada PHD....
Saya dah 30 thn berkhidmat dlm kerajaan dan swasta....
Saya dah buat kajian mendalam...
Saya ada fakta....
Saya tahu macamana nak menilai pasai Datuk seri Anuar...

keh...keh...keh...

Itulah BONGKAK nya Hassan Ali.
Rupanya macam tu dia menilai Datuk seri Anuar. Hanya sekadar berdasarkan kepad kajian....

Kenapa tak BERANI bersetentang mata dgn Datuk Seri Anuar utk mengetahuai perkara sebenar? Rupanya kamu hanya main cedok sana...cedok sini, lepas tu kata ini fakta.

Wahai si Hassan Ali, ini Nana Tanjung nak ingatkan kat hang.

"Macam tu ka rupa hang, asai fakta saja, hang terus tibai Datuk Seri Anuar kata tak bermoral."

"Macam tu ka pejuang Islam? Nak bertemumuka utk mengetahui perkara sebenar dgn Datuk Seri Anuarpun tak berani"

Fakta hang tu adalah fakta SYAITAN!

1 Malaysia berkata...

Kata Asan Ali, “Jadi, saya atau Anwar yang gila kuasa? Saya berada di puncak kuasa sebagai satu exco, tetapi saya bersetuju untuk dikorbankan.”
Lupakah Asan Ali bahawa DSAI ialah bekas TPM Malaysia. Apakah exco lebih hebat daripada TPM Malaysia?
Inilah tanda-tanda orang yang sasau, bongkak dan berperangai macam munafikun?
Berhentilah sebelum Kau dimalukan dengan lebih teruks oleh Allah swt.

Tanpa Nama berkata...

Asang.....PHD ada beli ka???

Wa sengat sama lu......

Bombastik berkata...

PHD = Perangai Hasad Dengki

Dia dengki kat DSAI sbb DSAI ada banyak sokongan.

Dia kata ada banyak PARASIT dalam PAS.
Tapi...
Ahli2 PAS nampak Hassan Ali lah sebenarnya yang jadi parasit. Lepas jadi PARASIT, sekarang ni dia dah jadi PELESIT.

PELESIT NAK BUAT ROAD SHOW NAK HASUT RAKYAT SUPAYA RAKYAT TERUS MERACAU. HA..HA,,HA,,

Tanpa Nama berkata...

komen komen mengenai Hassan Ali amat kelakar bagai lawak jenaka kedai kopi.

Hassan Ali perlu merenungi diri nya sendiri dan tengok pada cermin muka sendiri, dan meminta pendapat kedua akan tingkah laku nya.

Kematangan hidup bukan ada pada numbor umur se seorang.

Tanpa Nama berkata...

Pakar motivasi sedang diduga

masing2 akan diduga