Mengapa saya terfikir untuk memberikan bunga kepada Safwan?
Mengapa 19 orang ibu atau sahabat saya ini terfikir untuk memberikan bunga kepada Safwan?
Saya tidak berbicara tentang politik di sini. Saya hanya ingin berbicara tentang pendidikan.
Kawan saya di sini (laman Facebook penulis) semua tahu, bahawa saya telah mengajukan dua soalan sejak anak sulung saya belajar di sekolah rendah, dua tahun yang lalu. Apa itu pendidikan, dan ke manakah anak kita dibawa dengan pendidikan kita ini?
Ini kerana pengamatan saya mendapati, bahawa pendidikan di sekolah bukan untuk mencerahkan minda, bukan untuk mengajar bagaimana anak saya membezakan antara yang baik dengan buruk, bukan untuk mengajar mereka menganalisa, sebaliknya mengajar mereka untuk percaya kepada autoriti, akur sepenuhnya. Kanak-kanak bukan belajar bagaimana untuk menyelesaikan tugasan bersama, tetapi belajar bagaimana untuk mengatasi murid yang lain dari segi prestasinya.
Namun, bukankah pendidikan seharusnya mendidik anak kita, bagaimana untuk berfikir dan menganalisa? Bukankah pendidikan kita seharusnya mengajar kanak-kanak bagaimana menjadi seorang insan yang baik? Mereka sepatutnya berkemampuan untuk membezakan, antara autoriti yang betul dengan yang salah - dan bukannya mempercayai autoriti sepenuhnya. Mereka boleh akur dan patuh, tetapi anda seharusnya memujuk dan meyakinkan mereka - apa perlunya mereka untuk mematuhi sesuatu?
Ramai ibu bapa tidak memikirkan bahagian ini, lantas gagal menyedari di manakah masalahnya. Apabila kita mendapati ramai pelajar yang tidak tahu apa yang ingin dilakukan selepas Tingkatan Lima, atau mengisi ruang cita-cita dalam borang mengikut pandangan ibu bapa atau abang dan kakak - ianya masalah pendidikan, selain kawalan ibu bapa yang keterlaluan.
Namun, kumpulan pelajar ini mampu berfikir, maka mereka menyedari mengapa pentingnya kebebasan akademik. Mereka menyedari bahawa sesuatu yang bernilai untuk mahasiswa dan mahasiswi telah hilang dengan kemunculan AUKU. Mereka tahu. Tetapi mereka bukan berteriak dalam kedai kopi, atau memaki dalam Facebook, atau mencemuh ketika berbual-bual dengan kawan. Mereka tampil ke depan dan meminta agar kerajaan memandang berat isu ini.
Kemudian anda boleh lihat keberanian dan semangat setiakawan yang ada dalam diri mereka ketika membantu kawan mereka. Peristiwa pada awal pagi 1 Januari 2012 berlaku kerana mereka menyatakan sokongan mereka terhadap Adam Adli (yang dipanggil menghadiri prosiding lantaran perbuatannya menurunkan bendera berwajah Najib). Pada hari itu, ramai yang ditangkap kerana menyokong kawan mereka yang dibelasah polis. Mereka tidak meninggalkan situ sebab ketakutan, kerana yang dibelasah itu adalah kawan mereka. Sikap sedemikian gagal ditemui dalam dunia orang dewasa seperti kita.
Apa yang saya nampak dari Adam dan Safwan adalah semangat ini - mereka mempunyai pandangan mereka yang tersendiri, mereka mampu berfikir, mampu menganalisa senario terkini, malah menterjemahkan pandangan mereka kepada tindakan. Semangat sedemikian telah lama hilang dalam diri kita. Sekarang saya mula nampak cahaya, walaupun belum pasti apakah makna di sebalik cahaya ini (maafkan saya, saya hanya seorang ibu, bukan pendidik, malah bukan penganalisa politik).
Namun saya tetap ingin memberikan sekuntum bunga kepada anak-anak sebegini, untuk merakamkan penghargaan dari hati saya. Terima kasih kepada beliau dan rakan beliau - kerana menerokai satu kemungkinan halatuju reformasi pendidikan - demi anak saya atau rakan anak saya. -MerdekaReview
*Koh Wee Sun ialah seorang suri rumah tangga, antara ibu yang memberikan bunga kepada Muhammad Safwan Anang, Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), setelah beliau dikejarkan ke hospital lantaran keganasan yang berlaku dalam perhimpunan di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi 1 Januari 2012. Bunga ini disampaikan melalui Chua Yee Ling (gambar kanan, baju hijau), ahli Majlis Daerah Hulu Selangor.
**Tulisan ini dipetik, diterjemah dan disunting dari Facebook Koh Wee Sun dengan kebenaran.

7 ulasan:
terharu... :')
beginilah hasil perjuangan PAKATAN ...DSAI telah memecahkan tembok halangan yang di bina oleh umno/bn ......
BETUL SANGAT ,PEMERINTAH KINI SEKUTU APCO AMAL DASAR MEN'DUNGGU'KAN PELAJAR AGAR JANGAN GUNA OTAK,JANGAN JADI KRITIS ,HANYA KATA 'YA' SAHAJA ! SUPAYA KEBEJATAN DAN PENYELEWENGAN BERTERUSAN ,SUPAYA SEMUA JADI 'PAK ANGGUK' ,SUPAYA SEMUA JADI SETAN BISU DAN PROF KANGKUNG ! SUPAYA MUSIBAT-MUSIBAT PERASUAH & PENYALAHGUNA KUASA SEMUA DAPAT BERGANTUNG DENGAN KUASA MEREKA SEPANJANG HAYAT ! UNDILAH MENJELANG PRU-13 INI ASAL BUKAN UMN0-BN ! ALLAHU AKHBAR !
hasil pemerintahan BN selama lebih 50 tahun menjadikan ramai orang sebagai pak angguk. termasuk professor2 kangkang.
tujuan mencari ilmu itu adalah unuk membasmi kejahilan.
Fikiran wanita ini lebih waras dari Prof Kangkong
salah ke menurunkan gambar pm je bukan ade ape pun tapi yang mempermain lagu kebangsaan tal adea tindakan ape-ape pun jawap gambar pm lebih penting dari lagu kebangsaan kito yg boleh diperlekehkan....fikir-fikirkan la wahai bangsa ku sape yang fanatik gan pemimpin mereka...
Catat Ulasan