21 Jan 2012

Anwar Mahu Dipenjarakan Juga, AG Hantar UMNO BN Ke Pusara

Pejabat Peguam Negara Fail Rayuan Terhadap Pembebasan Anwar

KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara, pada Jumaat memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Apabila dihubungi Bernama, Timbalan Pendaftar Halilah Suboh mengesahkan bahawa notis itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah pada kira-kira pukul 4.30 petang. Notis itu dikatakan ditandatangani Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun.

Seorang lagi pegawai memberitahu Bernama bahawa mengikut Akta Mahkamah Keadilan 1964, hakim perbicaraan perlu mengemukakan penghakiman bertulis kepada pihak pendakwaan atau pembelaan dalam tempoh 14 hari bagi tujuan memfailkan notis rayuan.

"Setelah meneliti penghakiman bertulis itu, mereka akan membuat keputusan sama ada hendak memfailkan petisyen atau rayuan," katanya.

Hakim perbicaran Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang kini bercuti, dijangka kembali bertugas pada 25 Jan dan mengemukakan penghakiman bertulis beliau.

Pada 9 Januari, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar. Hakim Mohamad Zabidin berkata mahkamah tidak 100 peratus pasti bahawa integriti sampel DNA tidak diusik.

Beliau juga berkata mahkamah keberatan mensabitkan kesalahan Anwar semata-mata berdasarkan kenyataan Mohd Saiful yang tidak disokong dengan bukti.

Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful, 26, di kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, apabila dihubungi Bernama, bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, 58, berkata dia gembira kerana Pejabat Peguam Negara memafailkan rayuan itu. - BERNAMA

Ulasan GB

Pada awalnya GB menduga Peguam Negara tidak akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.

Ini kerana menurut keputusan hakim, bahan bukti telah tercemar dan di dalam sebarang perbicaraan "bahan bukti" adalah kritikal - dan mahkamah tidak boleh bersandarkan penghakimannya ke atas keterangan semata-mata tanpa bukti yang sahih.

Justeru itu tiada premis untuk pihak pendakwa membuat rayuan.

Tetapi sepertimana GB nyatakan sebelum ini di Bahan DNA Tercemar. Harapan Saiful Merayu Tipis:

Sekarang apabila bahan bukti utama telah tercemar dan ditolak, apa lagi yang hendak dirayukan? Apa evidences lain yang hendak dikemukakan? Dubur Saifulkah? Itupun disyaki telah dicemari.

Tiada ruang untuk pendakwa raya hendak persoalkan dan menekan mahkamah supaya bahan bukti itu diterima semula kecuali ada permainan lain direncanakan untuk menafikan keputusan hakim tersebut.

Perkataan yang GB tebalkan di atas menampakkan ia semacam satu kenyataan.

Ada rencana untuk mensabitkan Anwar bersalah TANPA BUKTI.

Kedua kita lihat permohonan Anwar untuk QAZAF telah dihalang di Mahkamah Syariah.

Ketiga, tiba-tiba semalam juga Mahkamah Rayuan memerintahkan peguam Karpal Singh (peguam yang terlibat secara terus di dalam kes liwat) supaya membela diri terhadap pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada sidang akhbar pada 2009. Umum meelihat ia adalah untuk menghalang Karpal dari memberikan tumpuan terhadap kes Anwar.

Justeru itu amat jelas dari hujjah di atas, ramai yang persoalkan apakah rayuan yang dikemukakan oleh Peguam Negara semalam hanya untuk memenuhi satu perancangan bagi bagi memenjarakan Anwar?

Tetapi seperti GB kemukakan juga sebelum ini di Ku Li Yakin Anwar Bakal Dipenjarakan:

Tetapi pada pandangan GB jika Anwar dipenjarakan, ia akan menyebabkan simpati dan kebangkitan rakyat, sepertimana yang berlaku di dalam PRU10 tahun 1999. Bererti UMNO akan habis jugak. Malah lebih dasyat jika Anwar tidak dipenjarakan.

Sifirnya: Anwar dipenjarakan atau tidak, UMNO tetap lingkup.

Bezanya ialah jika Anwar dipenjarakan, UMNO akan lingkup dengan lebih parah dan lebih dasyat jika Anwar tidak dipenjarakan FULLSTOP

Tragedi rampasan kuasa oleh Najib/UMNO-BN Perak bakal diulangi. Malaysia akan terus jadi perhatian dunia semula dan sebenarnya tindakan Peguam Negara itu akan menghantar UMNO BN ke pusara di dalam pilihanraya yang datang ini.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah tanah airku Malaysia yang ter cinta. Cerita seram/hantu terus dihidangkan sepanjang masa , kes-kes fitnah liwat terus di mainkan , keaibban orang terus dilondehkan oleh orang-orang tertentu. apa kah matlamat hidup mereka2 ini. Tidakkah takut dengan malaikat di kiri dan kanan tu , tidakkah pernah tersentak di hati mereka2 ini , andainya mati dalam keadaan menzalimi orang ? ini lah mentaliti sebahagian rakyat malaysia.......

Tanpa Nama berkata...

Mungkin perbidalan Melayu ini perlu diubah. "Buat baik berpada-pada, buat jahat, jahat sekali"

Ini gambaran kepada manusia yang tak puas-puas untuk menganiayai manusia lain. Semuga Allah memberikan balasan segera kepada manusia yang jahat dalam kes ini. Amin.

maie1958 berkata...

ini cara hidup melayu era mahathir,persetankan semuanya janji hidup mewah,makan cukup,hiburan cukup...yang lain2 peduli apa aku?munafik sudah sampai ketahap maksimum...zaman 'edan' pak!

Man Taji berkata...

Wa sokong pandangan GB.
Sebab wa nampak kes DSAI ini SEMACAM aja kes Datuk Seri Nizar vs Zamri Kadir di perak.

1st round : menang,
2nd & 3rd round : sengaja di kalahkan.

Sebabnya......HAKIM2 kedua & ketiga.

Inilah permainan mereka UmnoPurno.

1 Malaysia berkata...

Haram jadah punya manusia. Kalau ada peluang, aku "tembak" depa ni. Opp.... silap cakap. Nanti polis tangkap dan soal siasat pulak. Selamat kot AKU ni pasal tak sebut Tok Jib dan perkataan "tembak" tu pulak aku kurungkan. paham maksud Aku. Malaysia Boleh.
la ni jelas dan amat jelas memang puak UMNO/BN khususnya, kerajaan BN amnya suka dan amat suka akan liwat orang. Depa dok liwat orang orang dan depa tuduh orang lain liwat. "Orang Melayu memang suka LIWAT kot". Aku tidak suka sebab Aku orang Islam.

Tanpa Nama berkata...

Dsai dioenjara a

Dsai dipenjara atau x umno msti diabis kan baru mrka sdr.dunia ni bkn hak mrka.

Tanpa Nama berkata...

hakim akan memerintahkan agar anwar meliwat saiful semula .. ditempat yang sama semasa kejadian dulu.. ..dengan itu maka DNA akan diambil dari saiful dengan berhati2 agar tidak terusik...atau tercemar..

Tanpa Nama berkata...

Salam..
Itulah aturan manusia..
Sebab itu pengingkar menolak aturan PENCIPTA..
Adakah tipudaya mereka dapat mengandaskan PENCIPTA..???

RABBANA, Selamatkanlah org2 yang sujud pada aturanMU..

Chizel Stone berkata...

Mufti kata wang zakat utk tujuan MENEGAKKAN hukum Allah di kira fisabillillah.

Apa ke hal dgn si Jamil Khir and si Che Mat She Ali. Mereka MENEGAKKAN atau MENGHALANG perlaksanaan hukum Allah?

Suka hati mak bapak dia orang ja nak membelasah duit zakat.

saadin berkata...

sallam, tiada apa yg terkejut untuk diutarakan........ mengenai kemungkinan kemungkinan yang akan dan bakal berlaku terhadap DSAI akan kesnya ini. Jawapan kearah itu, samada dipenjarakan atau tidak terhadapnya oleh mahkamah rayuan. DSAI, sebagaimana diketahui umum, ianya adalah halangan terbesar UMNO/BN untuk sekali lagi melebarkan sayap kuasanya dan sekali gus memenangi PRU13. Halangan utama nya adalah DSAI. Yang pasti kemenangan dalam PRU13 ini, samada PKR atau BN. Masing masing menpunyai agenda tersendiri untuk memenangi PRU13. Soal saiful ini, adalah semata mata alat untuk menjatuhkan DSAI. Samada ianya benar benar berlaku atau tidak, rakyat sendiri dapat menilaikan nya berdasarkan hujah dan bukti dari DSAI, Saiful dan Mahkamah ......... Yang penting apa agenda agenda PKR dan BN, dalam memperjuangkan nya demi kemenangan masing masing. ....... sambung lain kali,TQ

pencinta keadilan berkata...

HARI IN HARI KAU UMNO...ESOK PRU 13 GILRAN PAKATAN RAKYAT....SEKOR PUN YANG BUAT ZALIM AKAN DI BAWA KA MAHKAMAH KEADILAN...NAMA NAma orang yang buat zalim ada lam rekod kami,,tunggu untuk bawa kla mahkamah

zmax berkata...

Ada aku kesah DSAI dipenjara atau tak?

Yang penting, aku dah buat keputusan: ABU! Tak payah tunggu pilihanraya pon aku dah decide nak pangkah sapa: ABU!

Ammyhassan berkata...

Sebenarnya "perampokan" wang zakat utk tujuan selain asnaf 8 telah lama berlaku spt semasa Dr Yusoff Noor lagi... iaitu penggunaan wang zakat utk menerbitkan buku yg kononnya utk "menentang Hudud PAS"... Harap semak kes ini!

anak tak brp muda berkata...

drama ini masih belum berakhir...aku dah cakap mmg depa selagi DSAI x ke penjara selagi itu depa tak keruan jadinya.ha masukkanlah senang.tunggu pilihanraya ke13..

Tanpa Nama berkata...

ABU

Tanpa Nama berkata...

ABU ABU ABU ABU ABU pangkahlah ABU.

Tanpa Nama berkata...

GERRAAAMM NYA AKU..!!! TAKhabis2 dengan perasaan hasad dengki puak2 UMporNO ni oiih!! Setan betui.!!

Tanpa Nama berkata...

umno/bn mudah lupa, sehebat mana pun perancangan jahat & silaka umno/bn akhirnya Perancangan Allah jua akan menentukan segalanya. Insya Allah umno/bn akan tewas juga............