Projek bermasalah National Feedlot Corporation terus dihantui kontroversi.
Terbaru, Gerakan Jingga 13 telah mengesa Suruhan Jaya Pencegah Rasuah agar menyiasat bagaimana wang rakyat disalurkan kepada projek tersebut sebelum perjanjian dibuat antara syarikat itu dan kerajaan pusat.
Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa sejumlah wang didebitkan ke satu akaun khas sejak 2008 hingga 2009 iaitu sebelum perjanjian antara Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan NFC ditandatangani pada 2010.
Menurut Fariz, pendedahan ini dinyatakan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid yang turut memberitahu bahawa kerajaan pusat gagal menjawab persoalan bagaimana wang dikeluarkan sebelum perjanjian dilakukan.
Sehubungan itu, pagi ini, Jingga 13 bertindak membuat laporan ke Pejabat SPRM di sini berkenaan salah guna kuasa bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin (2004-2008), Datuk Mustafa Mohamed (2008-2009) dan menteri yang bertanggungjawab sekarang, Datuk Seri Noh Omar.
"Jesteru kami memohon kehadiran kami pada hari ini adalah untuk membuat laporan kepada SPRM agar melakukan satu siasatan terperinci terhadap mereka yang terlibat termasuk bagaimana penyaluran wang rakyat yang besar tersebut dilakukan.
"Bagi kami ini adalah penyelewengan yang nyata dan jelas oleh pihak kementerian kerana sebarang kelulusan pengaliran wang sememangnya perlu mendapat kelulusan kementerian berkaitan," ujar Fariz.
Menurut Fariz lagi, siasatan yang dibuat oleh PAC adalah bukti nyata terhadap salah guna kuasa oleh menteri berkaitan. Oleh itu ujarnya, keadilan perlu ditegakkan dan hukuman setimpal harus dikenakan ke atas salah laku ini kerana melibatkan wang rakyat.
Selain itu, Fariz juga turut membangkitkan persoalan istimewanya skandal NFC ini apabila dengan mudah dapat peruntukan wang yang besar sebelum perjanjian dimeterai. Ia lebih istimewa sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap mereka yang berkaitan.
"Kami melihat ini sebagai satu tindakan yang luar biasa dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional serta kami yakin dan percaya banyak persoalan yang timbul dengan penglibatan yang jelas oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil selaku menteri kabinet dan juga Ketua Wanita Umno," tegas Fariz. -tvsnews

6 ulasan:
INILAH KERJA DAJJAL TANPA MALU & MARUAH PERLAKU DAN SELEWENG KHAZANAH NEGARA MACAM WANG MAK BAPAK PARA PEMIMPIN UMNO@APCO-BN ARUS JAHILIAH ! PADANLAH MUKA MELAYU-MELAYU LEMBU YANG MENYOKONG PARTI PANDI KUTTY RAJA SONGLAP NEGARA !
Apa cer! nak buat laporan pada SPRM. SPRM apa ada nilai pada kerajaan UBN. SPRM ini diujudkan untuk bagi nampak kononnya kerajaan UBN telus, sebaliknya SPRM ini kaldai suruhan mencari kesalahan pembangkang...
Rakyat tak upaya nak dibangunkan untuk menentang kerajaan UBN nii. Semua jentera kerajaan depa punya. RUU perhimpunan dan AUKU tu jugak perisai kerjaan UBN...
Depa takut Malaysia diserang dengan kebangkitan "Arab Spring".
Rakyat selagi UBN yang berkuasa, akan menjadi lembu, akan dipaksa ikut kehendak Depa walaupun jika dikakatan ini air minum, kamu lembu2 semua mesti minum meskipun air yang disediakan itu air longkang. Jangan banyak cer. Jangan nak cuba demo demo..
Inilah rakyat Malaysia yg setaraf mangkuk Ayun.....
Membuat laporan kepada SPRM adalah merupakan satu tugas murni. Orang kata sudah tunai tanggungjawab sebagai Muslim untuk mengelak daripada berdosa (bersekongol). Terpulang kepada yang berkenaan untuk mengambil tindakan seterusnya.
apa yg kita dapat harapkan pada SPRM ,, mereka ini sebenarnya adalah kuda tunggangan UBN ,walau seribu laporan dibuat tapi hasil nya?,,tambahan lagi ia melibatkan pemimpin tertinggi negara.cara yg paling mudah selesaikan masaalah ini ialah tumbangkan umno dlmpru akan datang,kemudian reformasikan badan2 penting seperti ini,barulah rakyat akan mendapat keadilan.
Sebagai sebuah negara demokrasi maka setiap rakyat, pertubuhan dan sebagainya dapat menyalur maklumat mau pun membuat pengaduan pada badan yang dibentuk tampa sekatan
Bagi mendapat keputusan dan kebenaran maka mestilah melalui proses penyiasatan dan pengadilan mahkamah. Membuat keputusan awal secara andaian sendiri secara emosi dan tidak berfakta adalah sabrono dan sekedar melepas perasaan yang entah apa-apa.....
Cerita lama - kes dua orang berebut pisang,jumpa hakim beruk.
Catat Ulasan