21 Dis 2011

Pemuda PAS Pusat Laksanakan Kepimpinan Melalui Lakonan?

Kos RM3,000, shooting 2 jam, Oley ditonton lebih 180,000

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Klip video atau Filem pendek berjudul 'Oley' hanya memakan belanja RM3,000 sahaja dan mengambil masa penggambaran 2 jam, tetapi memberikan kesan cukup besar bagi aktiviti dakwah.

Ini kerana, klip video terbitan sebuah NGO, Solidariti Muslim Prihatin ini sehingga kini ditonton lebih 180,000 orang dalam jangka masa 5 hari setelah disiarkan.

Dengan 'view' yang sedemikian tinggi, sambutan orang ramai terhadap filem tersebut ternyata menyamai filem trailer hebat keluaran Hollywood.

Berdasarkan mutunya yang sedemikian hebat dan sambutan orang ramai yang sebegitu baik terhadap filem tersebut, banyak pihak beranggapan belanja yang dikeluarkan oleh pihak penerbit dalam usaha penerbitan filem itu pasti tinggi.

"Namun, jangan terkejut jika saya jelaskan, belanja untuk membuat filem itu sebenarnya hanya sebanyak RM3,000 sahaja, manakala masa keseluruhan yang kami gunakan untuk penerbitannya pula hanya 3 jam setengah sahaja.

"Dari masa 3 jam setengah itu, 2 jam untuk shooting dan 1 jam setengah lagi untuk proses editing bagi membolehkan ia disiarkan ke dalam Youtube untuk tontonan orang ramai," jelas Pengerusi Solidariti Muslim Prihatin, Nurul Islam Mohamed Yusoff.

Ketika dihubungi Harakahdaily di sini hari ini, beliau menjelaskan, pada dasarnya untuk menghasilkan filem tersebut pasti memerlukan belanja yang besar, tetapi ia menjadi murah di sebaliknya disebabkan banyak faktor.

Antara faktor utamanya kerana kesemua pelakon penting di dalam filem tersebut enggan menerima sebarang bayaran, tetapi hanya berlakon secara percuma demi kepentingan dakwah.

"Begitu juga dengan pengarah dan penulis skrip bagi filem itu. Mereka juga hanya membuat kerja-kerja mereka secara percuma sahaja," jelasnya.

Belanja yang dikeluarkan oleh pihaknya bagi penerbitan filem itu hanyalah bagi urusan-urusan teknikal, manakala sebahagian lagi bayaran kepada sebahagian pelakon tambahan.

Nurul Islam, 29, menjelaskan, Oley merupakan sebuah filem pendek yang terhasil khusus buat menjawab segala tohmahan mengenai hukum Islam yang dipersendakan oleh filem pendek “Bicara Rakyat“ yang dihasilkan dengan penuh kebencian dan kenistaan terhadap hukum hudud oleh pihak tertentu.

Dengan penghasilan ‘Oley’ bererti Solidariti Muslim Prihatin melangkah setapak lagi ke hadapan dalam menyampaikan mesej bermaklumat kepada masyarakat dengan cara baru.

Lebih menarik apabila 'Oley' turut dilakonkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan; Nik Mohd Abduh dari ILMAM; Riduan Mohd Nor yang juga Ahli Jawatankuasa MuslimCare; penceramah selebriti yang sedang meningkat naik, Ustaz Syed Kadir Hussin Al Joffre serta pendakwah bebas, Ustaz Imran Al-Malizi.

Filem tersebut turut menampilkan pengacara, penulis lirik dan pelawak terkenal, Bob Lokman; vlogger Youtube terkenal, Mat Lutfi dan Man John dengan lakonan watak menarik mewakili segmen anak-anak muda pelbagai latar belakang yang mendambakan pengetahuan sebenar mengenai Islam.

Oley adalah sebuah klip video yang dihidangkan dalam bentuk 'santai' dan simple tetapi menepati citarasa dan selera anak muda, dengan para pelakonnya berdialog dengan gaya selamba, bersahaja tetapi penuh dengan mesej bermakna.

Melalui kaedah soal jawab yang pasti boleh membuka mata dan telinga masyarakat yang jahil terhadap hukum Islam, khususnya mengenai hukum hudud, sehingga boleh menimbulkan keinsafan kepada para penontonnya.

Setelah diterbitkan 15 Disember lalu, video tersebut telah ditonton oleh sejumlah 154,687 kali dan mendapat likes sebanyak 8729 dan dislikes hanya sebanyak 72 kali, berbanding dengan video pendek bertajuk sembang rakyat yang telah mengundang kritikan dan pertikaian pelbagai pihak kerana didakwa sengaja menimbulkan prejudis terhadap Islam.

Angka tersebut dapat dilihat melalui jumlah likes sebanyak 57 kali dan dislikes sebanyak 3048 kali semalam, manakala hari ini pula jumlahnya terus meningkat kepada lebih 180,000 orang penonton.

Filem tersebut turut disiarkan menerusi slot video Harakahdaily dengan jumlah penonton sebanyak lebih 21,000 sehingga jam 4.30 petang ini sejak dimuatnaik 15 Disember lalu.

Penerimaan baik daripada orang ramai mengenai filem pendek itu sebagai indikator bahawa anak-anak muda tidaklah bencikan hukum Islam, sebaliknya menerima hukum Allah dengan baik.

Malah anak muda memberi kepercayaan kepada golongan yang ingin memperjuangkan hukum Islam berbanding mereka yang menentangnya. -HD

Ulasan GB

Akhirnya masyarakat dunia melihat: Barisan pemimpin Pemuda PAS berlakon. Klip videonya ditontoni lebih 180,000 orang kata penulis artikel berkenaan, lebih hebat dari trailer keluaran hollywood!

Baca dua lapis.

Maaf cakap: Bahawa pemimpin-pemimpin Pemuda PAS Pusat yang dikenali sebagai penyokong kua gagasan UG itu lebih layak diiktiraf sebagai pelakon bukan pejuang. Ada harapan dicalonkan sebagai penerima Anugerah Skrin nanti?

Atau jika niatnya jujur dan ikhlas di dalam medan dakwah, maka, memang bidang lakonan sesuai untuk mereka, tetapi bukan kepimpinan.

Rasulullah sendiri bukan seorang "pelakon", tak pernah melakonkan sebarang watak lain kecuali diri baginda sendiri di dalam menjalankan dakwah. Dan baginda adalah uswatun-hasanah - contoh tauladan terbaik.

Memang ada penyajak, memang ada penyair di zaman baginda - dan baginda tidak melarangnya - tetapi mereka itu bukan contoh yang perlu diteladani.

Bayangkan jika pemimpin PAS Pusat juga menyertai bidang lakonan yang dibuat oleh Pemuda PAS Pusat, TG Haji Hadi, Mohd Sabu, Tuan Ibrahim, Harun Taib dan sebagainya, pasti berjuta hits di youtube.

Selepas ini mungkin pemuda PAS boleh memujuk beberapa orang pemimpin PAS Pusat untuk turut sama dalam lakonan mereka, setidak-tidaknya untuk watak orang tua atau tok lebai. Jangan lupa jemput idola pemuda, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor untuk turut serta.

Sekarang pilihlah diantara dua, wahai pemimpin pemuda PAS, kamu mahu serius di dalam perjuangankah atau sekadar ingin berlakon?
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Kerana dipandang dari sudut dunia professionalisma pun, ia memerlukan anda untuk "mengkhusus" di dalam bidang yang kamu ceburi. Tidak kedua-duanya sekali.

Jika bidang lakonan menjadi pilihan kamu, tiada siapa yang halang. Dan hukum kebenaran akan mencampakkan kamu keluar dari saf kepimpinan. Kerana di dalam Islam, tiada pelakon, kesemuanya pemimpin tulen belaka.

p/s Sebelum ini GB pernah ulas bahawa Pemuda PAS Tiba-tiba Sudah Jadi "Hantu Bonceng" Kepada Penerbit Filem?


25 ulasan:

Yong berkata...

yong tengok gak. Tapi membosankan! kalau minta Yong tulis skrip lagi best. Ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

Syabas
satu cara menyampaikan maklumat kepada khalayak ramai
elok jika di salin ke dalam cd n di beri percuma kepada semua penduduk 1 Malaysia agar semua faham apa sebenarnya hudud

Tanpa Nama berkata...

benar kata GB, saya pun rasa pelik, ketua pemuda & timbalan ketua pemuda berlakon. apa kejadahnya. suruhlah pemuda lain. semua hang nak bolot.

Ngah Phg asal Melaka berkata...

suka sy jumpa yong disini...jelas kita bersama dlm PR..ada juga kwn2 umno dibawah kangkang lembu ijat tu..kita berhati2 provokasi dia org tu..mcm rakab tu

Tanpa Nama berkata...

puak UG memang pandai berlakon - depan lain belakang lain.

Tanpa Nama berkata...

Itu bukan lakonan macam cerita filem.Ianya kaedah lakonan dalam menyampaikan mesej dakwah.

Tanpa Nama berkata...

ni la padah bila otak dah tak boleh terima medium dakwah yg berbeza. bukan lakonan tu yg nak di jadikan teladan, tapi tengok lah mesej yg di sampaikan. Masyarakat sekarang dah byk depend pd teknologi utk mendapat ilmu2 dan teknik2 berdakwah ni. kalau kritik "sekadar lakonan" dan tak layak memimpin...susah la cmni bro..kalau masyarakat sukar nak terima maklumat melalui cara kepimpinan yg tadisional (ceramah, artikel, tazkirah), tak ada salah nya cara ni. bukan berlakon benda yg bukan2..bukan lakonan benda yg salah..dalam masa yg sama menyebarkan dakwah..tugas pemimpin menyebarkan dakwah berjalan dlm masa yg sama dlm filem pendek ni..produksi yg pilih mrk utk ada dlm filem pendek ni, kau jeles dia tak pilih kau?

Tanpa Nama berkata...

greenboc.

1. Takkan nak kasi penoreh getah cerita pasal hudud. mesti lah kena bagi orang yang ada authority. yang boleh orang percaya.

2. Suhayl bin Amru, pemidato hebat. Rasulullah minta Umar Al-Khattab tidak buang gigi taring dia, sebab dia akan bantu Islam. Setiap bakat itu boleh digunakan kepada Islam. Lupa hadis bijih?

3. Greenboc tak perlu duk mainkan isu. Greenboc kenapa tak upah orang buat video hudud? Kalau taknak pemuda buat, sila tawarkan diri untuk buat. Kalau taknak buat, jangan marah orang bila orang lain buat. Tindakan dia yang usaha buat video, jauh lebih baik daripada GB yang duk kritik orang, tapi, kerja satu pun tak buat.

remy berkata...

Tindakan dia yang usaha buat video, jauh lebih baik daripada GB yang duk kritik orang, tapi, kerja satu pun tak buat.

yang sdra dtg sini, siapa punya blog?

Tanpa Nama berkata...

ano 8:37 menulis:

ni la padah bila otak dah tak boleh terima medium dakwah yg berbeza. bukan lakonan tu yg nak di jadikan teladan, tapi tengok lah mesej yg di sampaikan. Masyarakat sekarang dah byk depend pd teknologi utk mendapat ilmu2 dan teknik2 berdakwah ni. kalau kritik "sekadar lakonan" dan tak layak memimpin...susah la cmni bro..kalau masyarakat sukar nak terima maklumat melalui cara kepimpinan yg tadisional (ceramah, artikel, tazkirah), tak ada salah nya cara ni. bukan berlakon benda yg bukan2..bukan lakonan benda yg salah..dalam masa yg sama menyebarkan dakwah..tugas pemimpin menyebarkan dakwah berjalan dlm masa yg sama dlm filem pendek ni..produksi yg pilih mrk utk ada dlm filem pendek ni, kau jeles dia tak pilih kau?

saya lihat isu yang cuba disampaikan oleh Gb itu besar iaitu jangan ada "lakon-berlakon" dalam jemaah. itu sebab Gb suruh baca dua lapis.

saya serahkan kembali kepada Gb itu membalas kritikan tersebut.

waktas berkata...

aku dah agak mesti ada orang hentam GB balik.

sedangkan apa yang cuba disampaikan oleh GB ada maksud tersirat supaya pemuda PAS tinggalkan dunia lakonan mereka selama ini iaitu bersekongkol dengan gagasan UG.

baru-baru ini Nik Abduh kecam Mustafa Ali. dah terasa diri semakin hebatkah selepas berlakon sehingga boleh kecam pemimpin senior semata-mata nak pertahankan pemimpin UG mereka?

Tanpa Nama berkata...

Nasrudin Awas Jangan Jadi Ular Air

Tanpa Nama berkata...

anon 9:27 pm menulis

Nasrudin Awas Jangan Jadi Ular Air

saya rasa sebab tu GB suruh pilih salah satu, nak jadi pemimpinkah atau nak berlakon.

beliau layak jadi pelakon, kata GB. Saya setuju. tetapi dah tak layak jadi pemimpin pemuda PAS. Banyak kenyataannya sudah merapu dan meroyan.

Tanpa Nama berkata...

mungkinkah ini give and take dengan pengarah filem Hantu Bonceng dengan Pemuda PAS tempohari?

bunbinban berkata...

ok la tu. Bab UG bab lain. Ni bab dakwah. Jika dgn berlakon dan di lakonkan dgn ikhlas kerana Allah dan ada yg terkesan dgn lakonan mereka maka syukurlah dan beroleh pahala la mereka dan tertunai sudah tangungjawab mereka sebagai yg berpendidikan Islam dan juga sebagai org yg beragama Islam. Yg baik kita perlu sokong yg jahat kita tentang. Berdakwah tidak semestinya di masjid2 atau di ceramah2 ataupun di majlis takzirah. Maka ini juga satu altenatif kepada medium dakwah. Tak gitu GB?. Mungkin nampak membosankan skit jalan cerita tapi pengisiannya amat berguna. Biasalah GB, bajet ciput....hahaha...

Tanpa Nama berkata...

Entah, aku tak paham deme semua bincang apa2 tu..

Yg aku faham, aku nak semua bersatu topelkan UMNOuu..

Dr Ghazali berkata...

Apa salahnya buat Youtube untuk menerangkan kepada masyarakat mengenai hukum Islam. Ini adalah salah satu perkara yang kreatif. Pemimpin hebat adalah seorang yang kreatif. Tahniah kepada Ketua Pemuda dan lain-lain dalam Youtube tu. Saya percaya, kaedah tradisi telah tuan-tuan buat, ceramah, forum, diskusi, Facebook, usrah dan sebagainya. Kepelbagaian dalam method dakwah amat penting. Teruskan

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...

mungkinkah ini give and take dengan pengarah filem Hantu Bonceng dengan Pemuda PAS tempohari?

untung secupak rugi segantang

kebaikan yg dapat x sepadan dengan kerosakan yang telah dilakukan oleh penayangan filem hantu bonceng.

Tanpa Nama berkata...

Buat apa pun tak kena. Cubalah berfikiran positif sikit. GB mungkin pandai menulis dan mengkritik.. tetapi adakah semua orang setuju.

Adakah benda ini bidaah kalau zaman nabi tak berlaku. Siapa yang jumud ni..

Tanpa Nama berkata...

dalam banyak hal aku setuju dgn GB tetapi tidak di dalam hal ini.

Atau kemungkinan bro GB ada maklumat rahsia yang kami semua tak tahu di dalam hal pembikinan filem ini terutama apabila GB kaitkan dengan Hantu Bonceng...

Tanpa Nama berkata...

Kalau ikut cara GB, lingkup Islam.

Ruang dakwah itu luas. kalau ada seorang saja yg dapat faham dari video klip ini pun dah kira ada kesan.

Apa yg GB mahukan sebenarnya?


- konfirm komen ni kena block.

Tanpa Nama berkata...

medium dakwah itu luas.adakah dgn menggunakan lakonan terus kita cop itu semua daie2 pelakon.hakikat realitinya dgn satu filem pendek seluruh dunia dpt lihat dan faham..manaboleh GB terus cop asal apa2 dari pemuda semuanya lakonan UG.awak maksumkah?
klu kita biar puak BN putarbelit momokkan hukum hudud Islam yg PAS
perjuangkan tanpa apa2 penerangan dari cabang Pas,nanti GB akan lidah bercabang kata
1.dewan ulama takbuat apa2 kah?
2.pemuda tidurkah?
3.muslimat bisukah?

Tanpa Nama berkata...

salam

apa yang saya faham dari tulisan Gb ini ialah,

kos penghasilan video ini terlalu "mahal" -bukan dari segi wang ringgitnya tetapi kehancuran yang diakibatkan oleh ketua pemuda pas dengan mempersetujui / tidak istiqamah dlm penyiaran filem hantu Bonceng setelah beliau menemui pengarah filem berkenaan iaitu Ahmad Idham.

penghasilan video hudud ini hanyalah untuk "menghalalkan" filem Hantu Bonceng yang penuh khurafat, syirik dan menyesatkan.

tak begitukah GB?

Tanpa Nama berkata...

saya akui gb berpandangan jauh tak macam sesetengah orang yang hanya melihat kritikannya dari sudut uslub dakwah.

saya tak nampak gb ada mempertikaikan kepelbagaian uslub dakwah.

tetapi ada perkara lain yang beliau cuba bongkar - iaitu "isu" dibelakang pembikinan video klip berkenaan.

kami pun nak bertanya kepada ketua pemuda pas, kenapa tiba-tiba anda bersetuju dengan penyiaran Hantu Bonceng yang sebelumnya andalah merupakan pengkritik paling tegar?

hussin berkata...

dear all,

there is no harm in showing your bakat as pelakun! but you must remember who, what, why, where you are and when and why you are where you are! how you are where you are is most important. it was no secret that you manipulated the situation to be where you! “The best way to predict the future is to create it.” (Dr. Peter F. Drucker).

klip video ini adalah di atas daya usaha Solidariti Muslim Prihatin yang diwakili oleh dppp, ilmam, muslim care, pendakawah selebriti dan pendakwah bebas. nasarudin tantawi, nik abduh dan ridhuan mohd nor adalah saf kepimpinan dppp - ketua, timbalan dan ketua penerangan. maknanya pas terlibat kerana majoriti ahli smp adalah terdiri dari saf kepimpinan dppp. pendakwah selebriti dan bebas dengan sendirinya dilihat sebagai 'penyokong pas', jika tidak mana mahu bersama saf kepimpinan dppp
dalam smp?

tidak salah memilih mengeluarkan video klip dakwah. ia satu strategi yang patut dipuji kerana ia menggambarkan pemimpin yang berwawasan, yang faham apa yang perlu diketengahkan untuk memahamkan sasaran dengan islam. cuma apa perlukah pemimpin sendiri, yang banyak tugas dan peranan lain yang lebih besar memilih untuk turut memegang sebagai pelakun utama? dapat klip video tersebut menembusi sasaran? melihat pelakun utama di kalangan saf kepimpinan dppp boleh menyebabkan ia ditolak oleh golongan muda (sasaran) yang mencari makan dengan umno!

180,000 penonton klip video tersebut boleh diandaikan terdiri dari mereka2 mahu melihat klip video kedua keluaran dppp, bukan smp, kerana begitulah yang diwar2kan. mesejnya ada tetapi pelakun2nya tak kena. bob lokman tentu boleh cari rakan2 untuk menjayakan klip video ini. untuk menjelaskan hudud serahkanlah kepada bukan penjawat saf kepimpinan pemuda. dpp pasti tidak ketandusan ustaz2 yang boleh menjelaskan bab hudud ini.

dppp perlu ambil iktibar dari apa yang berlaku kepada mahfuz. apabila mahathir menyerang paklah, mahfuz terus, sebagai ketua entah apa ngo, menjemput mahathir ke klub century melawati dengan harapan mahathir sudah berubah dan boleh bersama dengan pembangkang. di mana mahathir hari ini? tindakann mahfuz idak sedikit mencalar pas walaupun dia ketua entah apa ngo. orang tak kenal mahfuz sebagai ketua entah apa ngo, tetapi orang kenal mahfuz sebagai saf kepimpinan pas pusat. inilah yang lemah difahami oleh ramai pemimpin pas termasuk di kalangan pemuda.

salahudin juga turut mencalar pas apabila memanggil anwar kembali ke tanah air untuk mengetuai pambangkang. umno dah tuduh pas lama dah bahawa pas ketandusan pemimpin. slahudin mengendorsekannya!

jika pemuda merasakan mereka adalah bakal pemimpin pelapis, belajarlah dari kesilpan pemimpin pemuda terdahulu. sebagai manusia pasti ada kekuatan dan kelemahnnya. perkasakan kekuatan dan perbetulkan kelemahan. tidak perlu mempelajari dari kesilapan sendiri tetapi pelajarilah dari kesilapan pemimpin terdahulu. jika masih berdegil untuk belajar dari kesilapan sendiri, hentikanlah perasan bahawa kalian adalah bakal pengganti saf kepimpinan akan datang. Allah forbids!

wallahu'alam