Seorang pengguna yang mengunjungi sebuah pasar raya di Damansara Damai di sini, terkejut apabila mendapati Mi Segera Sayuran ‘bak kut teh’, yang sering dikaitkan dengan penggunaan babi sebagai salah satu ramuan, dijual secara terbuka, dua minggu lalu.
Gambar: YUSMARIATI menunjukkan mi bak kut teh dengan logo halal yang dibelinya di sebuah pasar raya di Damansara Damai, Pataling Jaya.
Tambah mengelirukan pengguna terbabit, Yusmariati Yusof, 32, mi segera jenama A1 yang dikilang sebuah syarikat dari Johor itu bukan saja dipamerkan bersama produk halal lain oleh pengurusan pasar raya berkenaan, malah turut mempunyai tanda halal dikeluarkan Islamic Food Research Centre Asia (IFRCA)
“Saya kesal dengan tindakan pengurusan pasar raya berkenaan yang dilihat tidak sensitif dengan isu ini sedangkan umum mengetahui ‘bak kut teh’ sinonim dengan babi.
“Bagaimana makanan dengan ramuan haram dimakan umat Islam boleh mendapat sijil halal serta dijual secara terbuka tanpa sebarang pemberitahuan kepada pengguna,” katanya ketika ditemui Sentral di sini.
Kesal dengan kejadian berlaku, Yusmariati kembali semula ke pasar raya itu keesokannya untuk membeli mi segera berkenaan sebagai bukti tetapi mendapati ia tidak lagi dipamerkan diatas rak, sebaliknya disimpan di dalam stor oleh pengurusan pasar raya.
“Pengurusan pasar raya itu berkeras tidak mahu menjual produk berkenaan tetapi apabila saya berkeras, mereka akhirnya bersetuju, itu pun pembelian dilakukan tanpa resit, tanda harga serta plastik yang tertera nama pasar raya itu,” katanya.
Tinjauan Sentral mendapati, stok mi segera sayuran bak kut teh itu, kini tidak lagi dijual di pasar raya dimaksudkan.
Pengurus A K Koh Enterprise Sdn Bhd, (A K Koh) Law Teng How ketika dihubungi mendakwa produk mi segera sayuran bak kut teh yang dikilangkan syarikat itu, tidak mempunyai ramuan babi seperti dikatakan pengguna.
“Kami sedia maklum dengan kekeliruan yang timbul disebabkan nama produk ini tetapi ingin saya jelaskan, mi segera sayuran bak kut teh keluaran A K Koh tidak mengandungi babi, sebaliknya hanya resipi sup herba daging.
“bak kut teh sebenarnya membawa maksud sup daging tulang, dan boleh dimakan sama ada dengan daging lembu atau kambing dan tidak semestinya babi seperti disangkakan kebanyakan pengguna.
“Produk kami disahkan tidak mengandungi ramuan terlarang, termasuk babi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan A K Koh sendiri kini dalam proses memohon sijil halal daripada badan itu sejak Julai lalu.
“Kami juga dalam proses menukar nama serta pembungkusan bagi produk ini kerana menurut JAKIM ia menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna, terutama sekali umat Islam,” katanya.
Sementara itu, wakil JAKIM ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan memberi maklum balas segera berhubung produk keluaran A K Koh itu. -BH

7 ulasan:
aku dengar nama kuih itu dah tak selera, tak tahu lah jika ada org yg seleranya "tajam"
jangan jadi bodoh, banyak lagi makanan yg boleh dimakan...
Tujuan pengeluar makanan ini adalah untuk mengelirukan pengguna Muslim dan untuk meyakinkan yang Bak-kut-teh dimana sahaja adalah selamat dimakan apabila pengguna Muslim telah mencubanya.Harap Jakim tidak terperdaya dengan memberi kelulusan diatas jenama Bak-kut-teh.
Ingatlah agenda kaum kafir tidak akan berhenti sehingga orang2 Islam dapat disesatkan.
Kajian halal haram tidak boleh disentimen secara namanya atau semata-matanya kerana namanya. Yang AKU faham ramuannya adalah herba. Tang haram ialah daging babinya. AKU pernah makan bak kut teh tapi yang disediakan oleh Cina Muslim. Yang dimasukkan ialah daging dan tulang lembu. Amat sedihlah kalau ianya diharamkan kerana namanya.
Salam semua muslimin/mat...tolong diri anda sendiri..jgn nampak llogo HALAL jer kita bolih beli dan makan,
AYAM di pasaran pun kalau di kaji besar nya? isi nya? pada saya xnyelerakan....sbb ada vaksin babiii.
boikot jer prodct2 tu....
ni baru bak kut teh blm lagi barangan yg ada logo halal tp halam. berani jamin x ada pemantauan yg ketat,sembang deras dlm tb bila org ramai yg komplain baru siasat. G pusat sembelih ayam dulu sudah cukup menunjukan sikap penguasa dlm memantau aktiviti ini. pemantauan hanya ikut musim. mmg betul tanda soal byk benda blh di makan tp byk yg berlogo pun blm tentu halal.cadang lah akta @auta mcm mana pun kalau x pantau x ke mana.kita rakyat biasa yg kurang mengetahui.
Yang aku faham,sebab di besarkan dalam kawasan majoriti cina,juga boleh cuba tanya orang cina sendiri, bak kut teh tu bermaksud sup tulang babi.. BAK , dalam bahasa cina bermaksud BABI. So aku tak faham macam mana 1 Malaysia boleh kata halal. Adakah BAK padanya adalah lembu ???? 1 malaysia tolong jgn sesatkan org Islam, org melayu UMNO tak pa..sebab sama spesis
Catat Ulasan