7 Nov 2011

Abang Cuba Perkosa Adik Sendiri, Pukul Ibu Dengan Papan Menggosok Pakaian

Abang setan. Itu gelaran kepada seorang pemuda berusia 20-an yang mencabul adik perempuannya berusia 17 tahun dan memukul mangsa serta ibunya dengan papan menggosok pakaian apabila kejadian itu diceritakan kepada ibunya. -Gambar Fail

Kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan di Sungai Besi, di sini, pada jam 8.30 pagi kelmarin ketika mangsa yang juga pelajar tingkatan lima berada di biliknya berseorangan manakala ibu dan kakaknya tiada di rumah.

Sumber berkata, suspek masuk ke dalam bilik dan menolak mangsa ke atas katil sebelum mencabulnya.

“Mangsa merayu serta cuba melawan, tetapi suspek bertindak lebih ganas apabila cuba merogolnya, namun ketika bergelut, mangsa dan suspek terjatuh daripada katil dan berlaku pertengkaran.

“Sebelum meninggalkan adiknya, suspek memberi amaran supaya mangsa tidak memaklumkan kejadian ibu mereka,” katanya.

Menurutnya, mangsa mengadu kepada ibunya dan dihantar ke rumah kakaknya buat sementara.

“Bagaimanapun, apabila mangsa pulang ke rumah pada sebelah malam dia terkejut melihat biliknya bersepah dan pakaiannya dibuang suspek yang tidak puas hati kerana mangsa memberitahu kejadian itu kepada ibu mereka.

“Suspek bertindak lebih ganas dengan memukul mangsa dan ibunya dengan papan menggosok pakaian menyebabkan mereka cedera di kaki dan badan,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Jalan Bandar. -HM

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Penzaliman dan maksiat berleluasa tanda kepimpinan yang sedia ada tidak ada berkat daripada Allah Taala. Tukarkan pemimpin zalim yang kezaliman utamanya tidak meletakkan Allah dan Rasulullah pada tempatnya kepada tim kepimpinan yang sangat komited dan terbukti penghayatannya untuk melakukannya.

Tanpa Nama berkata...

Perangai manusia bukan terletak kerana parti , samada orang PAS atau UMNo , benda sebegni semua ada !

Ustaz PAS bunuh budak kecil , adakah perlu tukar pemimpin PAS kerana tidak pandai mengajar anak buah ?
Yb PAS bawa lari anak dara orang , salah Nik aziz ?

seorang mahasiswa , ada ijazah dalam syariah , ditangkap khalwat dan sedang mengandung , tukar censelor Universiti ke ?

buruk atau baik adalah pembawaan individu , bukan ajaran sesiapa dan bukan kerana sesiapa , menyalahkan pemimpin adalah satu kebingungan !

Tanpa Nama berkata...

inilah akibatnya jika hukum Allah diabaikan, sesungguhnya kita datang dariNya dan kepadaNya kita mohon perlindungan

Tanpa Nama berkata...

persoalannya penjenayah sudah tidak takut kepada hukuman yang bakal menimpanya, sesungguhnya Allah telah menurun pedoman kepada manusia untuk diikuti. Mangsa tidak mampu melaksanakan hukuman ......... siapa yang patut laksanakannya. Berapa lama lama penjenayah akan merengkok menerima hukuman. Tetapai mangsa akan menanggungnya ke akhir hayat

Tanpa Nama berkata...

nauzubillah

Tanpa Nama berkata...

Anon 10.05 tu cam bodo aje.

Oi, rahsia Allah beritahu hukum2 dlm quran tu utk kebaikan manusia le. Klu tolak, siap ko, hai manusia yg derhaka .. terutama pemimpin.

Ko tu rakyat, ko geram tak dapat pemimpin yg lawan Allah? .

Atau ko tak tau mana yg patut didulukan antara Allah & pemimpin yg tolak prosidur2 Allah tu?

Tanpa Nama berkata...

segalanya ini berlaku kerana ada sebabnya... bila manusia mempermainkan, mempersendakan hukum Allah dan meninggalkan solat fardhu.. bala akan menimpa kita... Fikirkanlah

Tanpa Nama berkata...

Dizaman Nabi SAW, Seorang bangsawan yahudi disabitkan kesalahan mencuri hanya dibayar denda je tapi orang biasa dihukum dengan berat. Nabi SAW ' Bersabda" Umat dahulu binasa kerana hukuman golongan bangsawan lebih ringan dari orang biasa."
Segala jenayah yang berlaku di Malaysia ini dimulakan oleh ahli politik dan kerajaan, Ahli politik dan kerajaan buat jenayah tanpa ditangkap dan bicara menyebabkan hati rakyat terbuka membuat jenayah.
Dari tafsiran di atas , Allah membinasakan bangsa tidak menyebut ugama dengan cara menimbulkan sikap tidak takut membuat jenayah dikalangan rakyat walaupun rakyat ugama islam.