Misrata, Libya - Mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mula mereput dan berbau busuk selepas empat hari ditempatkan di dalam sebuah bilik sejuk simpanan daging di sini sejak Khamis lalu.
Pejuang-pejuang yang mengawal jenazah Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim bertindak meletakkan lapisan plastik di bawah jenazah mereka ekoran cecair mayat mula mengalir di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar tempat kedua-dua jenazah itu disimpan.
Warna kedua-dua mayat itu menjadi semakin hitam selepas tidak dikebumikan selama empat hari.
Para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mula memberikan topeng bedah kepada para pelawat untuk melindungi daripada terhidu bau busuk yang tersebar ke dalam bilik sejuk beku tersebut.
"Tuhan mencipta firaun sebagai teladan kepada manusia lain," kata seorang penduduk, Salem Shaka yang melawat kedua-dua jenazah itu semalam.
"Jika beliau seorang yang baik, kami pasti akan mengebumikannya.
Namun, beliau sendiri yang memilih jalan ini (jalan kehancuran)," tambahnya.
Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim mati dibunuh di bandar kelahiran Gaddafi, Sirte selepas mereka ditangkap pada Khamis lalu.
Seorang lagi lelaki menyatakan dia memandu sejauh 400 kilometer untuk melihat mayat Gaddafi.
"Saya datang ke sini untuk memastikan dengan mata saya sendiri. Semua penduduk Libya mesti melihatnya," katanya.
Pengebumian Gaddafi masih menjadi perbalahan dalam kalangan anggota-anggota NTC yang memerintah Libya buat sementara waktu.
Para pemimpin NTC mahu mayat Gaddafi dikebumikan di sebuah lokasi rahsia supaya makamnya tidak dipuja.
Namun, suku kaum Gaddafi mahu mayatnya dikebumikan di bandar kelahirannya di Sirte. - Reuters
Ulasan GB
Adalah tidak wajar untuk menyamakan Ghaddafi sebagai Firaun kerana Firaun itu jelas engkarnya kepada Allah s.w.t. sedangkan Ghaddafi dikenali sebagai da'ei antarabangsa yang dibenci oleh dunia barat.
Terpengaruh dengan daayah pemimpin dunia barat, ramai umat Islam sendiri diperangkap dan terperangkap menganggap Ghaddafi sebagai musuh Islam yang kononnya mempunyai harta berbillion sedangkan buktinya sehingga kini belum ditemui.
Sepertimana yang GB pernah utarakan di dalam ulasan GB sebelum ini:
Apa yang dilakukan oleh mereka yang dikatakan "pejuang Libya" itu tidak pernah dilakukan oleh Nabi kita di dalam mana-mana peperangan walaupun terhadap musuh Islam paling jahat.
Justeru tiada justifikasi apa pun untuk memperlakukan mayat Ghaddafi sedemikian rupa selain dari hanya mendengar propaganda pemburukan watak beliau oleh dunia barat kerana bencikan Ghadaffi lantaran dakwah Islamnya.

Terdapat laporan sebelum ini menyatakan mayat Gaddafi ditelanjangkan, malah diseret dan diberikan penghinaan oleh para pejuang NTC.
Jika laporan itu benar, maka bererti ia sudah keterlaluan. Apatah lagi tembakan dilakukan tatkala Gaddafi sudah mengeluarkan perkataan rayuannya "jangan tembak, jangan tembak...".
Hadith Nabi saw: Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Janganlah mencaci maki orang-orang yang telah mati, kerana mereka telah sampai pada balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." Riwayat Bukhari.
Jika dicacimaki orang yang telah mati itu tidak dibolehkan, apatah lagi disakiti, dikasari dan diaibkan mayat Gaddafi itu.
Dari 'Aisyah bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Mematahkan tulang mayit adalah sama halnya dengan mematahkannya dalam keadaan hidup." Riwayat Abu Dawud dengan sanad menurut syarat riwayat Muslim.
Kemurkaan Allah sengaja ditempah oleh rakyat Libya.
Apa yang dilakukan oleh mereka yang dikatakan "pejuang Libya" itu tidak pernah dilakukan oleh Nabi kita di dalam mana-mana peperangan walaupun terhadap musuh Islam paling jahat.
Justeru tiada justifikasi apa pun untuk memperlakukan mayat Ghaddafi sedemikian rupa selain dari hanya mendengar propaganda pemburukan watak beliau oleh dunia barat kerana bencikan Ghadaffi lantaran dakwah Islamnya.
24 ulasan:
Inilah contoh perbuatan org2 Islam yg jahil, akibat kejahilannya dia diperbodohkan oleh Barat dan sekutunya dan mentaati mereke lebih dr mentaati Allah dan Rasul-Nya.
apa la sengal diorang ni...org islam yg da meninggal, uruskan la mayat tu..mandikan, kafankan, solatkn & kebumikan la...suma yg kat situ berdosa sebab uruskn mayat adalah fardhu kifayah...
Muammar Ghadaffi adalah musuh Islam. Beliau mahu supaya Al Quran dipinda termasuk membuang "Qul" dari ayat alQuran kerana berpendapat bahawa Qul hanya untuk Muhammad. banyak kenyataan lain yang boleh di rujuk dalm berita berbahasa arab dan Youtube
Terhadap mayat orang kafir pun kita kena hormat dan kebumikan secepat mungkin, inikan pula mayat seorang Islam.
Sengaja Barat perbodohkan umat Islam. Bagaimana Barat dahulu menggantung Saddam Hussin secara live untuk menghina Islam.
Agaknya begitu juga jika mereka mempengaruhi rakyat Iran dan dapat menangkap Ahmedinejad.
Begitu jugalah agaknya jika Barat dapat menangkap Nik Aziz dan Ustadz Hadi kerana pertahankan undang-undang Islam.
Yang bodoh menghina ulamak ialah melayu yang berskongkol dengan APCO.
puak2 arab bukan semuanya cerdik ... konon berbangsa arab dan mulai tapi mulai ikut cara kafir...
banyak sangat pendapat dari orang yg kurang ilmu (banyak bercakap bermakna banyak dosa)....
apabila seorang pemimpin Islam itu dibenci oleh Barat, tidak semestinya dia cintakan Islam.. malah beberapa tahun kebelakangan ini hubungannya dengan Barat semakin baik.. bila rakyat mula bangkit, siapa yang mula2 dituduhnya sebagai dalang? Al-Qaeda!
sudah jelas asalnya dia berjuang atas nama nasionalis Arab (seperti Umno), kemudian dunia Arab menolaknya, lalu dia berusaha untuk menjadi King of Kings of Africa.. Dai'e apa bendanya bodyguard perempuan tak tutup aurat?
Nak bukti apa lagi GB? Hartanya banyak ditaburkan di seluruh dunia terutama sekali Afrika untuk mencari pengaruh.. sebab itu kebanyakan negara Afrika masih memujanya.. di Indonesia dan Pakistan ada masjid Muamar Gaddafi, tapi kalau bilangan masjid dan musuh Barat menjadi ukuran, Mahathir jauh lebih baik dari Gaddafi..
jangan tunjuk pandai lah GB, rakyat Libya lebih mengetahui siapa Gaddafi.. ingat mereka bodoh sangat.. saya tidak menyokong tindakan mereka, tapi kita tidak berada di tempat mereka.. Allah memang murka terhadap perbuatan seperti itu, tetapi moga-moga rahmat Allah lebih besar lagi atas kejayaan mereka menumbangkan seorang pemimpin zalim..
kita sendiri kerap mendengar ahli-ahli PAS berkata kalau hudud dilaksanakan, Najib dan pemimpin Umno lah yang pertama sekali kena potong tangan, Hasan Ali kalau zaman nabi patut kena pancung dan macam2 lagi.. saya yakin takda niat macam nak buat betul2, tapi ia menggambarkan tahap kebencian seseorang terhadap pemimpin dan di Libya mereka sudah sampai ke tahap seperti sekarang.. kita harap selepas ini mereka tak bergaduh pula sesama sendiri seperti yang berlaku di Afghanistan dan Chechnya..
apa pula pandangan GB terhadap bekas Presiden Tunisia?
setuju tidak boleh menyamakan arwah dgn firaun kerana dia masih mengistihar diri sebagai muslim.
begitu juga zul kulim suka menggelar beberapa pemimpin PKR sebagai firaun2 kecil. menyamakan org islam dan kafir(firaun).
zul tu dulu memerangi murtad, kini dia meng'kafir'kan org secara tidak langsung.
berjaya syaitan memusingkan zul yg lemah itu.
bodohnye org yg percayakan YOUTUBE, sedangkan diorg tau YOUTUBE tu kafir laknat yg punyer, bende2 camtu skang senang2 org boleh buat walaupun x wujud. org kafir kalau nk pecah belahkan org islam ide buat cara kasar, die guna cara halus. macam pakai youtube tu lah. teknologi canggih skang ni boleh reka bende x wujud jd cm real..
tu sorang lagi bodoh, exage. percaya sgt propaganda barat kononnya ghaddafi suka wanitalah, ada harta berbillionlah...
sedangkan binatang sendiri diarahkan Allah untuk menanam sedaranya seperti kisah bagaimana Allah mengajar Qabil menanam Habil yang dibunuhnya, inikan pula manusia.
sama macam kes Osama Laden, cukup ramai orang Islam sendiri yg terpengaruh & terpedaya dengan barat sampai Osama dicacimaki oleh umat Islam sendiri.
propaganda kalu ada bukti cemana? bukti bergambar lg. dan benda ni da lama org tau sblm dy mati lg
exage menulis "rakyat Libya lebih mengetahui siapa Gaddafi.. ingat mereka bodoh sangat.."
Ya ke semua rakyat Libya tahu dan x suka Ghaddadi? Yang kita tahu rakyat yang bersekongkol dgn NATO yg tumbangkan Ghaddafi. Media semua dikuasai barat, oleh rakyat Libya x der akses berita lain. Bila Barat benci Ghaddafi maka dihebohkan dengan pelbagai daayah supaya rakyat Libya bangkit tumbangkan Presidennya.
Macam tulah UMNO bersekongkol dgn APCO.
Wann Zaorish said...
propaganda kalu ada bukti cemana? bukti bergambar lg. dan benda ni da lama org tau sblm dy mati lg
Yg disebarkan tu tentera muslimah Libya, siap menutup aurat lagi dan memang gadis sebab Libya tidak benarkan wanita sudah berkahwin menjadi tentera kerana ia mengganggu rumah tangga dan kesihatan wanita sendiri supaya tidak mengganggu kehamilan.
Barat sengaja mereka-reka cerita untuk burukkan pemimpin Islam. Tak der plak gambar Ghaddafi memeluk ker mencium ker tentera2 tu. Ia hanya gambar2 perbarisan.
Bodoh benar mereka yang terpengaruh dgn sebaran gambar2 yg dilakukan oleh Barat itu.
Tak perlu la kita menjatuhkan hukuman dan mengadili orang lain. Pernah jumpa ke orang tu? Macam mana tahu dia baik atau jahat? apa2 boleh berlaku.
ada orang yang baik jadi jahat kerana fitnah. ada orang yg jahat jadi baik kerana hipokrit.
pasti ke seseorang tu masuk syurga atau neraka? selagi seseorang itu muslim, pabila di akhir nyawanya jika dia bertaubat dan taubatnya diterima Allah?
wallahu'alam.
bukan tak blh pakai youtube dsbnya, tetapi pandai-pandailah bezakan mana yg baik dan yg buruk. yg gunakan youtube untuk burukkan Islam jgn ler terpengaruh dan terpedaya. memang banyk pun video ghaddafi dlm youtube, seks ghaddafi pun ada, jgn kata ghaddafi, nik aziz pun difitnahkan. tu pon nak percaya? tapi di youtube juga ada byk benda yang bagus yg kita bleh menafaatkan. ada ayat al-quran, ada ceramah ada kuliah... hadoi hai, naper bebal sgt ek org Islam kita?
Anonymous@10:16 tulis,
"Ya ke semua rakyat Libya tahu dan x suka Ghaddadi? Yang kita tahu rakyat yang bersekongkol dgn NATO yg tumbangkan Ghaddafi. "
kalau la BN tumbang PRU13, mungkin ini pulak pandangan rakyat Libya di sana:
Ya ke semua rakyat Malaysia tahu dan x suka Najib? Yang kita tahu rakyat yang bersekongkol dgn George Soros yg tumbangkan Najib.
Yang kau tahu tu sumber dari mana?
siapa lah kita utk menghukum sesama makhluk, tambahan pula pada jasad yg tidak bernyawa.Apa faedah yg kita dpt dgn mengaibkan jenazah. Sesungguhnya, hanya Allah yg lebih berkuasa.
Jgn samakn Gaddafi seperti firaun... Sebenarnya pemerintahan gaddafi lebih berkebajikan dari BN yg memerintah malaysia.. X percaya ..tanyalah student Mesir yg biasa pergi ke libya.. perbalahan ini berlaku adalah hasil anasir2 barat yg menghasut sedikit masyarakat di luar tripoli supaya mahukan Demokrasi ala barat. Memang pemerintahan Gaddafi adalah diktator & kuku besi, x de pilihanraya cam kat negera kita. Tapi bnayak benda yang free diLibya.. Letrik,air, Petrol= 0.20 sen, cukai import x de, rumah free utk remaja baru berumahtangga & macam2 lagi. Kalau x percaya engkorang surf la sendiri.Sebenarnya Barat mahukan hasil minyak di Libya ni & juga menghapuskan tukaran wang Dinar emas utk kesatuan Afrika.. yg diperkenalkan oleh Gaddafi. Sebab itulah kematian Gaddafi tidak ada sambutan rakyatnya yang berada di luar negara.. kerana mereka kecewa negara mereka akan hancur selepas ini..jika kemasukan barat ke Libya.
US,BRITAIN & FRANCE lah punca segala2nya..kerana negara mereka dibebani hutang sehingga snggup memporakperandakan negara Libya utk mengaut hasil bumi Libya.
Libya negara yg kaya dengan sumber minyak. Selama 42 tahun pemimpin dan kroni Libya mengaut hasil minyak berbilion2 tapi rakyatnya terhimpit dan cuma dapat menghidu bau minyak saja. Kehidupan rakyat Libya penuh dengan kesusahan dan kesempitan. Sudah sampai masanya Libya memilih pemimpin lain dan kembali kepada negara demokrasi.
gadaffi taknak jual hasil bumi dkt barat, sbb tu dia serang.. hati2 kta d m'sia.. kita pun ade minyak, kalo tak jual pd meraka sure kena serang gak.. amacam..? lupa pahaman politik fitnah baik ikut jalan Allah..
xkiralah gadafi 2 jahat ke x.hanya Allah ja yg maha mengetahui hal sebenarnya.xbaik siksa mayat mcm 2.kebumikanlah ngn cara baik sb dia org islam.
udah le tu.. Umno dengan PAS bergaduh.. sesama PAS memaki hamun.. sesama Umno bertumbuk.. ni pasal Ghadafi pon nak bertegang urat.. orang Melayu ni memang suke bergadoh gamaknya.. marilah kite bersatu Membangun Bersama Islam di bawah Kepimpinan Ulama' bagi menjayakan Gagasan 1Malaysia dan mencapai Wawasan 2020..
ada tuduhan2 tnpa asas dan bukti yg dilakukan tidak disiarkan. harap maklum. saya tutup ruangan komentar ini sebelum terjebak dengan melakukan lebih byk dosa akibat mengeluarkan hujjah yg dikatakan kononnya fakta tetapi tidak jelas sumbernya.
Catat Ulasan