Hamba seks kekasih ibu akhirnya lapor polis
HULU SELANGOR: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dirogol teman lelaki ibunya sejak dua tahun lalu nekad membuat laporan polis berhubung tindakan keji lelaki terbabit, Jumaat lalu. Gambar hiasan
Difahamkan, pelajar tingkatan satu itu sering diugut lelaki berkenaan yang berusia 40-an jika tidak mahu tindakan sama dilakukan kepada adik perempuannya jika mangsa memberitahu keluarga atau membuat laporan polis.
Namun, rahsia tindakan keji lelaki itu terbongkar menyebabkan ibu dan adik perempuannya berusia empat tahun melarikan diri dari rumah mereka di Rawang, di sini dengan meninggalkan mangsa seorang diri.
Menurut sumber, mangsa tampil membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Beliau berkata, mangsa sering dirogol lelaki terbabit apabila ibunya tiada di rumah. “Lelaki itu merogol mangsa tanpa mengira waktu. Malah, turut mengugut mangsa supaya tidak mendedahkan perbuatan keji itu kepada ibunya.
“Malah, lelaki itu turut mengugut mahu merogol adik perempuan mangsa sekiranya mangsa enggan melayan nafsunya,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang ketakutan tidak mampu berbuat apa-apa hinggalah rahsia itu terbongkar menyebabkan ibu dan adik perempuannya melarikan diri.
Berikutan itu, mangsa turut melarikan diri sebelum membuat laporan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. -hm
Ulasan GB
Perbuatan jijik seorang "bapa" terhadap anak seperti kes di atas kerap berlaku dewasa ini.
Malah di dalam kes di atas, anak seusia Tkn 1 menjadi mangsa.
Aduhai. Seperti GB katakan sebelum ini aura seks sudah terlalu tebal sehingga sukar dibendung lagi.
Berapa peratuskan sebenarnya keluarga di negara ini yang mempunyai ilmu didikan Islam dan daripadanya pula berapa ramai mengamalkan cara hidup Islam di dalam kehidupan di dalam rumah seperti solat berjemaah sekeluarga dan sebagainya?
Angka itu sudah pasti sentiasa menurun setiap tahun.... dan kehidupan beragama semakin longgar...
Jika tidak mengamalkan cara hidup Islam, maka bersedialah untuk menerima parasit-parasit seperti kes di atas kerana iblis/syaitan akan sentiasa menggoda anak adam sampai kiamat..
Tetapi di dalam kes di atas, iblis dan syaitan tak payah goda lagi, "bapa"nya itu sudah pun menjadi iblis dan syaitan... bapa yang "tiada pegangan agama", tak semabahyang, tak puasa, tak baca AL-Quran dan tak amalkan hidup Islam, dan bapa sejenis ini ada di dalam kebanyakan keluarga di negara ini! Berwaspada.

6 ulasan:
Semua ini berpunca daripada kelemahan diri , masyarakat dan undang2 negara yang kebanyakkannya meragui undang2 Islam yang syumul itu. Adakah kelakuan sedemikian hanya tinggal dipaparan media sahaja, sesungguhnya benarlah jika Islam tidak dilaksanakan secara keseluruhannya , pelbagai masalah akan menjelma. "Membangun Bersama Islam", "Islam Dulu Kini Selamanya".
kekasih ibu yekkk?
apa nak jadi...
inilah negarakuku
malaysia islam HADhari,1 malaySIA_
jangan salah undang2. Jiran dan masyarakat perlu ambil tahu dan ambil tindakan.Bila yang jadi mangsa buat aduan dan minta pertolongan kepada bukan Islam baru kita melenting!
manusia zaman sekarang..tak taulah...semakin dekat dengan kiamat semakin menjadi2..
Entri Terhangat!! :
Peminat Bola Sepak Pasti Hidung Berdarah Selepas Baca Ini!!
HOT!! - Rakan Ajak Onani?
Hukum sekali ibunya.... adakah patut seorang ibu mempunyai kekasih dan bukannya BAPA? kalau dengan anak pun dia dah main, dah berapa puluh atau ratus kali main dengan mak dia plak???? mak dah macam pelacur (free plak tu), macamana nak jaga anak-anak dia plak???
Lelaki itu bukan bapanya tapi teman lelaki ibunya.
Tak pasti sama ada kes ini berlaku kepada keluarga Muslim atau India.
Catat Ulasan