Buang bapa, kebas wang
LABUAN: Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar ‘orang suruhan’ anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam.
Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu dekat sini, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60 kilometer (km)menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di sini.
MALANG...Wahid (tengah) ditemani Alias (kiri) dan Jamil sebelum dihantar ke pusat perlindungan sementara, semalam.
Warga emas yang kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja ‘dibuang’ berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas anak derhaka terbabit.
Warga emas itu bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya.
Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu. -HM

11 ulasan:
sgt sedih nasib bapa nih..xleh nak ckp sgt sedih...
tuhan itu maha adil, maha pemurah lagi maha penyayang, setiap perbuatan ada balasan.bertaubatlah wahai si anak, kerana lahirmu hidupmu dari seorg insan yg bernama
ayah..
dizaman umno lah segalanya yang tak pernah berlaku kini sudah macam seperti biasa lihatlah kes buang bayi anak dirogol keluarga sendiri ni kes ayah dibuang olih anak semuanya kerana kerajaan negara Islam 1 Malaysia trade mark umnolah yang meminggirkan agama malah agama dijadikan gurau senda maka Allah telah membalas satu demi satu gurau senda umno hingga jika tidak dihancurkan parti itu saksikanlah bukan sahaja melayu umno akan hancur bahkan semua bangsa yang berjenama melayu ini akan dihinakan sehina2nya lebih hina dari pak cik yang terbuang ini olih anak asuhan budaya umno pastikan pru 13 kita buang umno didalam tandas mesjid
Saya juga seorang ayah, ramai juga yg kata ini semua salah ayah, masa anak-anak kecil dulu tak guna masa berkualiti dgn anak-anak, bapa asyik dok sibuk balik lewat masa kerja,atau dok bersembang d kedai kopi,yg aktif berpesatuan/ngo sibuk dgn aktiviti berkenaan, yg ustaz asyik ke sana ke mari dok bagi ceramah, yg korporat sibuk dgn Golf, kemudian bila dah tua jadilah anak-anak mcm anak binatang. Susah sebenarnya jadi bapa ni ya. Dewasa ini isteri pun dah simbah asid pd suami. Ada juga isteri yg saman suami sebab tak cukup nafkah batin. Kesian bapa semua, dah lah anak-anak bermasalah, isteri pula buat perangai, siapa lagi yg nak kesiankan bapa?
1. Berbakti pada bapa adalah cara paling mudah meraih pahala...
2. Para lelaki yang bernama bapa yang pernah berbuat salah terhadap anak-anak segeralah bermaaf-maafan dan beri perhatian dan kasih sayang...
3. Para wanita yang bergelar ibu JANGAN didik anak membenci bapa mereka atas alasan apa pun selain menyekutukan Allah...
4. Para ibu dan bapa WAJIB ketahui hak masing-masing terhadap anak mereka...
she
Patut siarkan siapa anak2nya ni. Kalau dapat gambar dia orang sekali. Biar seluruh malaysia tahu!
Siasat dulu citer ni...jgn nak main salah2kan saper2...ditakuti lain plak jalan citernya. Kalau betul, memang anak tak kenang budi, derhaka, tak sedar diuntung, tapi kalau sebaliknya, bapa ini mungkin menerima kafarah atas dosa2nya yang lalu.
Tunggu jer dua tiga ari lagi, ada ler cerita tambahan.
Ini anak tak guna. Kita pakat sumpah dia, biar dia mampuih
Apa kena mengena dgn poltik semua ni?
tak boleh nak salahkan parti, bergantung kpd
individu , bukan parti
Semoga anak derhaka itu akan mendapat balasan secara cash di dunia ini kerana melakukan perbuatan terkutuk mcm tu.... sanggup buang ayah sebab duit... ko ingat duit ko ambil tu berkat lah ingat lah balasan tuhan itu pasti... x lambat dan x cepat....
Dasar babi anak derhaka....
Kepada anak2nya, jglah ayah slagi dia msh hdup..spy nti korg xkan mnyesal kmudian hari..krn peritnya rs kehilangan xkan tertanggung...dan rasa bersalahnya xkan termmpu di tanggung..
Catat Ulasan