Keluarga Tunku gesa Mat Sabu mohon maaf
ALOR SETAR: Anggota keluarga perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, hari ini menggesa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, memohon maaf secara terbuka kepada mereka berhubung kenyataannya mengenai Bapa Kemerdekaan itu.
Anak saudara Tunku, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya, berkata tindakan pemimpin PAS itu mempertikaikan perjuangan Tunku Abdul Rahman dalam sejarah kemerdekaan negara mengguris hati seluruh anggota keluarga Almarhum.
"Mat Sabu (Mohamad) tidak perlu mempertikaikan hasil usaha Tunku Abdul Rahman kerana dia sepatutnya bersyukur dapat tinggal di negara yang aman ini dan jangan cuba ubah fakta dan putar belitkan sejarah negara ini," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu mencetuskan kontroversi apabila dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu menafikan peranan Tunku dalam membebaskan negara daripada penjajahan British.
Berdasarkan rakaman video ceramah itu yang petikannya disebarkan menerusi internet, antara lain Mat Sabu berkata: "...sejarah kemerdekaan kita tak kena tuan-tuan sekalian, sebab itu kita tengok pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi jahat. Siapa pegawai British? Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman...itu pegawai British...hak lawan British hak tu pula jadi pengganas."
Mengulas lanjut, Tengku Zainol Rashid berkata dalam usaha memerdekakan negara, Almarhum Tunku serta beberapa pemimpin lagi mengambil risiko berbincang dengan komunis di Baling, Kedah serta ke London untuk menuntut kemerdekaan negara.
"Kepetahan dan kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman dalam berkata-kata berjaya meyakinkan pihak British untuk menyerahkan negara ini kepada kita serta memberi kemerdekaan sepenuhnya kepada Tanah Melayu dan nikmat kemerdekaan itu kita kecapi sehingga hari ini.
Beliau juga membidas Mohamad yang sanggup melakukan apa saja demi kepentingan politik.
"Anggota politik di negara ini tidak perlu memainkan isu seperti ini untuk kepentingan sesebuah parti politik semata-mata sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan terhadap rakyat. Saya berharap isu ini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang," katanya.
Beliau juga mahu kerajaan mengambil tindakan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab itu bagi dijadikan pengajaran kepada orang lain dan mengelak perkara sama berulang. - BERNAMA
Ulasan GB
Sepatutnya keluarga Tunku Abd Rahman menuntut dan meminta Prof Zainal Kling memohon maaf kerana menyatakan beliau menyatakan Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan dengan berkata demikian bererti memadam usaha Tunku Abdul Rahman menuntut "kemerdekaan" dan dengan kenyataan Zainal Kling persis menempelak gelaran "Bapa Kemerdekaan" yang telah diberikan kepada PM yang pertama tersebut.
Benar, Mat Sabu ada menyebut dua nama bekas pemimpin UMNO iaitu Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman dan tiada apa kesalahannya bila Mat Sabu menyatakan kedua-dua sebagai pegawai British kerana Majlis Professor Negara sendiri menyatakan Tanah Melayu pada waktu itu "mendapat naungan dan perlindungan dari British". Maka pergilah buat bantahan kepada MPN bukan Mat Sabu.
p/s Namun ada satu fakta jelas yang ramai ahli-ahli UMNO dari lapisan baru tidak mengetahui bahawa kedua-dua bekas pemimpin UMNO tersebut telah mati di luar UMNO.
Pengasas Umno, Dato Onn Jaafar mati dalam Parti Negara. Begitu juga dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman. Beliau mati dalam Parti Melayu Semangat 46 kerana beliau tidak percayakan Umno pada masa itu.
Itu fakta sejarah yang tidak boleh dipadam oleh mana-mana datuk professor sekalipun!

3 ulasan:
KENAPA MAT SABU PERLU MINTA MAAF.AKU RASA XPLU KOT.BENDA BETOI.YANG PERLU MINTA MAAF ADALAH UMNO.SEBAB MEREKA DAH TIPU RAKYAT HIDUP-HIDUP.DULU AKU MENGAJI SEJARAH.CIKGU KATA NEGARA KITA DIJAJAH OLEH BRITISH.KLU TANYA BUDAK2 SEKOLAH SEKARANG PUN AKAN CKP JAWAPAN YG SAMA.BRITISH YANG JAJAH.TETAPI BILA MAI TANG KLING.BOLEH DIA KATA XJAJAH.GILA PA PUAK NI.PATUTLA GELAR KANGKUNG SEMUA.TP OK JGAK MAT SABU KLUAR KENYATAAN NI.BAGI PUAK KANGKUN NI CELIK MATA.SELAMA NI DOK MKN GAJI BUTA.JD KELAM KABUT PUAK NI.TU BARU SIKIT MAT SABU CUIT.HAHAAHAHA.LEPAS NI TENGOK APA PLAK MAT SABU NAK CUIT.HABIS JD MCM KERA KENA BELACAN.LOMPAT SANA SINI.RUPANYA SELAMA NI UMNO TANAM RAPAT2 MINDA BUDAK SEKOLAH DARI DULU KINI DAN SELAMNYA DENGAN CERITA DONGENG MEREKA.YG MEMERDEKAKAN MLAYA NI HANYA UMNO SJA.DENGAN KENYATAAN MAT SABU INI MAKA RAMAI RAKYAT YG BUKA MATA.MASING2 CARI MAKLUMAT PASAL SEJARAH.YG XPNAH AMBIK TAU PUN PASAL MAT INDERA.SKRG DAH AMBIK TAU.PASAI RASA DIRI KENA TIPU NGAN PUAK TU.....
apa takut? jangan buta sejarah lah. Tengku Abd Rahman tak berjuang pun. baca sejarah betul-betul. dia hanya dipilih untuk mempengurusikan UMNO dalam hal untuk menggantikan British sebagai meneruskan warisan penjajahan. Mereka yang memimpin UMNO telah dididik oleh British tak kiralah dari golongan mana. kebanyakan nya dari golongan bangsawan dan istana. Kalau bukan bumiputera pula dari golongan peniaga dan koperat spt pemimpin MIC dan MCA. Orang melayu dan golongan boroh adalah golongan marhaen.jarang nak pikir jauh, main ikut jer, lagipun mereka cukup takut kepada pemerintah. Sepatutnya keluarga tengku yang sepatutnya merasa insaf, pohon maaf pada rakyat atas sejarah yang diseleweng dan melibatkan keluarga mereka. Mana nak sorok pejuang-pejuang yang betul-betul berjuang dengan keringat, nyawa dan darah. Apakah golongan pejuang ini tak ada keluarga? atau golongan ini sampai bila-bilapun dianggap PARIA dan jasanya tak perlu di kenang dan disanjungi. Apakah golongan ini tiada maruah dan hanya golongan yang menerima bungkusan dari saja dianggap pejuang kemerdekaan. Sebab tu aku tak heran dengan golongan yang menyerang Mat Sabu bagaikan isu ini menyebabkan negara akan hancur. sebenarnya golongan ini nak selindungkan fakta sebenar. hendakkan mereka di puja sebagai pejuang. tambah-tambah pula pejuang sebenar kemerdekaan adalah ramai dari kalangan ulama dan agamawan, maka ramailah geng-geng ini dapat mengumpul ahli-ahli mereka termasuklah Karpal Singh dan Khoo Kay Kim. Masing-masing nak menipu. Ditambah pula puak-puak mengampu dan profesor penipu dan makan upah, riuh rendah dan gegak gempita tempiknya mengeluarkan pendapat dengan menyelewengkan lagi fakta sejarah. bagaikan semua orang lain buta, bodoh dan tak tau membaca dan memikir. Rasa nak muntah saja bila lihat gelagat puak-puak ni.
Inikah tahap mentaliti yang diberi gelaran "Tunku", "Tuanku", "Tengku", ... ? Akal dianugerah Allah swt agar kita kita berfikir dengan waras, rasional dan pebuh dengan keadilan.
Janganlah "Tunku", "Tuanku", "Tengku", ... dipermainkan oleh puak munafikun ni. Janganlah kita leka dengan sedikit kesenangan di dunia yang akan menyebabkan merana di akhirat. Janganlah diperkudakan oleh puak munafikun ni. Masa senang, depa dok kacau hangpa. Masa susah, depa lagi dok kacau hangpa. Akhir sekali, hangpa juga yang dikambing hitamkan dalam sejarah British ni. Hangpalah yang menyebabkan British masuk dan "memerintah" serta "memberi nasihat" di TANAH MELAYU (nama ni pun diberi oleh British).
Catat Ulasan