13 Sep 2011

JPA Cyberjaya Diserang Kulat

Serangan Kulat : JPA Buka Bilik Operasi di Putrajaya

KUALA LUMPUR 13 SEPT : Beberapa bahagian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Cyberjaya kini membuka bilik operasi di ibu pejabat JPA Putrajaya berikutan pejabat-pejabat bahagian berkenaan diserang kulat yang dikhuatiri boleh menjejas kesihatan manusia.

Menurut laporan Berita Harian hari ini, pejabat JPA di Blok A, Bangunan MKN-Embassy TechZone di Cyberjaya, Selangor, diserang kulat yang mengeluarkan spora hijau kekuningan.

Kulat tersebut dikesan di lantai dan dinding beberapa tingkat blok berkenaan selepas kakitangan kembali bertugas setelah bercuti panjang sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Antara bahagian yang ditempatkan di blok itu ialah Unit Audit Dalaman, Bahagian Saraan, Bahagian Pengurusan Psikologi, dan Bahagian Pengurusan Maklumat.

JPA dalam satu kenyataan pada Isnin berkata warga JPA kini diarah bekerja dari rumah dan melaksanakan tugas seperti biasa, dan tidak 'diarah bercuti' seperti dilaporkan.

Warga JPA juga dikehendaki meningkatkan komunikasi berterusan menerusi penggunaan teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT), e-mel, sistem maklum balas di JPA dan laman sosial Facebook bagi semua urusan pelanggan JPA.

Pejabat JPA di Putrajaya menyediakan 15 talian khas untuk dihubungi bermula hari ini hingga 26 Sept. depan dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Berikut adalah nombor-nombor telefon talian khas:

1) Bahagian Saraan: 0388853194/3201/3227/3232/3283/3072
2) Bahagian Pengurusan Maklumat: 0388853786/3807/3887/3896/3898/3899
3) Bahagian Pengurusan Psikologi: 0388853824
4) bahagian Audit Dalam: 0388853902/3903



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini mesti sebab pekeliling menetapkan suhu bilik di premis kerajaan setakat 24 darjah Celsius. Suhu rendah tak galakkan pertumbuhan kulat, bila suhu tinggi inilah jadinya.

Jika bukan ini mungkin disebabkan kualiti cat yang digunakan setelah ditolak dengan komisyen. Cat murah mana nak tahan kulat.

Lepas ni pejabat-pejabat tu bolehlah dijadikan pusat penanaman cendawan.

Atau pun mungkin serangan tentera Allah sebab puak-puak hampa zalim pada rakyat.

Tanpa Nama berkata...

sekutu kontraktor UMNO dapat projek melalui rasuah politik UMNO akan menelan lagi wang cukai rakyat, UMNO UNTUNG.. rakyat kena tipu.
padan muka rakyat selalu kena tipu dengan pemimpin UMNO BN (BARANG NAIK)

Tanpa Nama berkata...

apa hiaju kuning?he he he warna ketakutan bn.

Tanpa Nama berkata...

ini perlunya jawatan building surveyor dlm negara kita so that semua bangunan di malaysia terpelihara untuk tmpoh masa yg lama.

Tanpa Nama berkata...

Dari mana datangnya kulat ni? Kalau memerintah menzalimi rakyat dan kalau rasuah berluas-luasa,bukan sahaja kulat,burung geruda pun boleh datang.

Tanpa Nama berkata...

astaghfirullah..
sedih melihat komen berunsur tuduhan melulu, fitnah dan provokasi sentiasa berada di mana-mana blog..
janganlah kerana politik, ia meng'halal'kan segala perkara..

Tanpa Nama berkata...

betul juga ye...mesti gara-gara kualiti cat murah...ape benda le kulat pun nak takut...kat rumah saya macam2 kulat ada..takde apa2 pun...