Kempen ‘Bersihkan Najib’ dari dalam Umno?
PETALING JAYA, 9 Sept: Satu gerakan tersusun yang dinamakan ‘Bersihkan Najib’ di dalam Umno untuk menolak Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan mula dijalankan oleh pihak tertentu di dalam parti itu.
Selain serangan terus terhadap Najib sendiri, gerakan tersebut juga dikatakan banyak menumpukan serangan ke atas isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi melemahkan kredibiliti Najib sebagai pemimpin nombor satu negara itu.
Demikian menurut sebuah blog pro Umno terkenal, www.umno-reform2.com yang dikendalikan oleh Anuar Mohd Nor yang juga merupakan Ketua Eksekutif Institut Kajian Asas Kemasyarakatan, lapor Free Malaysia Today.
“Paling ketara usaha ini menjalankan serangan ke atas Rosmah untuk memperkecil kredibiliti Najib dan mendesak beliau supaya berundur,” menurut petikan entri dari blog terbabit.
Penulis blog terbabit juga percaya pihak-pihak di dalam Umno akan membuat penafian sekaligus menyatakan ikrar taat setia terhadap presiden Umno itu.
“Setakat ini realiti program untuk menjatuhkan dan mendesak Najib untuk melepaskan jawatan adalah benar dan wujud walaupun mungkin penafian akan timbul tetapi Najib harus tahu realiti yang ada ini,” tulis beliau lagi.
Bagaimanapun, beliau yang mendakwa mengetahui beberapa nama terlibat dengan gerakan ini masih belum mahu mendedahkan pihak -pihak yang memainkan peranan menjalankan agenda ‘Bersihkan Najib’ dari Umno ini.
“Suara yang menamakan mereka yang terbabit sudah ada sungguhpun www.umno-reform2.com belum berhajat untuk memaklumkannya,” tambah beliau lagi.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan seorang pemimpin Umno di peringkat bahagian dari negeri Selangor turut percaya kewujudan gerakan ‘Bersihkan Najib’ tersebut.
Beliau yang enggan mendedahkan identitinya itu mendakwa, gerakan untuk menjatuhkan Najib itu diketahuinya apabila diberitahu oleh seorang pemimpin peringkat negeri kira-kira tiga bulan lalu.
“Benda ni agak dah lama saya tahu, lebih kurang tiga bulan lepas bila seorang pemimpin peringkat negeri memaklumkan kepada saya,” ujar beliau ketika ditemui di sini.
Najib gagal kawal tindak-tanduk isteri?
Menurutnya antara sebab utama berlakunya penolakan kepimpinan Najib dari dalam Umno sendiri berpunca daripada Najib yang dikatakan gagal mengawal tindak-tanduk isterinya.
(Rosmah mendapat slot khas untuk memberikan ucapan hari raya di tv menimbulkan banyak tanda tanya)
“Najib bukan sahaja nampak lemah dalam beberapa aspek kepimpinannya, imejnya, tapi lebih teruk lagi tindak-tanduk isterinya semakin memberatkan agenda Umno dan Barisan Nasional untuk meraih keputusan yang baik dalam pilihan raya akan datang.
“Walaupun Najib dan pemimpin Umno yang lain memang berusaha memberikan persepsi positif di mata rakyat terhadap penglibatan Rosmah dalam urusan kerajaan, orang ramai tetap menganggap sebaliknya.
“Dalam isu isteri PM ini, apa yang dilihat oleh ahli-ahli Umno khususnya golongan akar umbi tidak menunjukan apa yang dikatakan oleh Najib mahupun pemimpin-pemimpin Umno sendiri.
“Lebih menghairankan, saya dan kebanyakan rakan-rakan lain dalam Umno percaya Najib sendiri sedar kesan negatif dari tindak-tanduk isterinya itu, tetapi malangnya Najib seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa tentangnya,” ujarnya. -HD
Ulasan GB
Jika laporan dari blogger UMNO di atas adalah benar maka ia menepati pemerhatian GB sebelum ini. GB pernah menyatakan di SINI bahawa:
Dan diantara penyebab kejatuhan Najib adalah kerana perangai isterinya yang bernama Rsomah Mansor itu.
Di dalam satu tulisan GB sebelum ini iaitu Najib Bakal Jatuh Tergolek Kerana Rosmah, GB menyatakan:
Kesemuanya kini semakin hampir menjadi kenyataan.

Jika sebelum ini diketahui, dahulu, Najib begitu beriya-iya ingin mengambil-alih tampuk pemerintahan dari tangan Pak Lah, kini, Najib akan merasakan hal yang sama malah mungkin lebih dasyat. GB difahamkan, pelbagai tekanan dilakukan oleh pihak Najib ke atas pentadbiran Pak Lah supaya Pak Lah berundur dan terpaksa melambaikan tangan mengucapkan sayonara kepada Jabatan Perdana Menteri lebih awal... tidak dapat memenuhi hasratnya menjadi PM selama dua penggal (Tempoh Pak Lah sebagai PM ialah 31 Oktober 2003 – 3 April 2009).
Kini hukum alam mengambil tempatnya. Roda berputar dan Najib perlu merasai bagaimana beliau kini ditekan oleh rakyat supaya berundur kerana kekejaman itu tidak akan dapat mengatasi kebenaran.
Dan terdapat juga kemungkinan Najib bakal mengakhiri pemerintahan sebagai PM lebih awal daripada Pak Lah.
Dan diantara penyebab kejatuhan Najib adalah kerana perangai isterinya yang bernama Rsomah Mansor itu.
Di dalam satu tulisan GB sebelum ini iaitu Najib Bakal Jatuh Tergolek Kerana Rosmah, GB menyatakan:
Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.
Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.
Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.
Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang didakapnya saban malam.
Kesemuanya kini semakin hampir menjadi kenyataan.
4 ulasan:
Strategi pertama UMNO/BN adalah alih perhatian dr isu yg tak terjawab kepada isu merdeka & komunis, strategi kedua tukar pimpinan, sepertimana yg berlaku dr PM Mahathir ke PM Abdullah. Ramailah rakyat yg manaruh harapan kepada perubahan yg lebih baik. Oleh itu saudaraku sekelian, kita bukan mahu perubahan PM, kita mahu UMNO/BN diturunkan. Terlamapu banyak salahguna kuasa yg telah berlaku. Sudah lama ramai rakyat ditipu, sudah lama mereka memerentah melalui sokongan hantu & percaturan SPR. Yang menajdi talibarut UMNO tu insaflah, jgn jual habuan dunia yg sedikit ini dgn celaaan berjuta rakyat Malaysia dan balasan siksa di akhirat nanti. Saya katakan akhirat kerana ramai pengkhianat ini drp kalangan org Islam. Atau tidak lagi Islam?
Aku setuju . Bukan perubahan pemimpin umno. Mereka nak tukar menukar ke, nak bergilir-gilir ke lantak mereka lah. Sepatutnya ialah tumbang dan hapuskan sahaja UMNO itu. Selamatkan Malaysia daripada onar mereka. Kita bukan bangsa yang dijajah. Itu fakta prof kanngkong tuh. Tumbang UMNO mrdekalah rakyat. Sebab hakikatnya UMNO itu ialah legasi BRITISH yang berbadankan melayu orang melayu. Rakyat malaysia yang sepatutnya menguasai negara ini bukan pencacai British (UMNO) itu...
biarkan kerja jatuhkan najib dilakukan oleh org mereka sendiri..keje kita tukar terus kerajaan...tgk kerajaan baru boleh buat apa untuk rakyat...
kalau tidak leh buat apa yang rakyat nk..sama je ngan BN...tukar la semula ke BN...apa susah..kuasa di tangan rakyat...
Jangan lak nanti PR dapat memerintah...duk kelahi rebut jawatan dalam kabinet...buat malu org kampung saja..duk kelahi rebut jawatan..
orang umno berani ke nak tumbangkan najib?kalau berani PRU 13 jgn la pangkah BN.
Catat Ulasan