Hudud dianggap ‘produk’ mulia
KUALA TERENGGANU – Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas Terengganu, Dr B Chandran menganggap DAP, MCA dan Gerakan yang menentang pelaksanaan hukum hudud sebagai jahil.
Menurutnya, mereka berbuat demikian bukan kerana sengaja, sebaliknya tidak mendapat penjelasan sewajarnya dan ditakut-takutkan dengan kenyataan pihak tertentu yang berkepentingan, sehingga hudud digambarkan sebagai hukum yang zalim.
Beliau berkata, perkara sedemikian pernah berlaku kepada beliau sendiri apabila gambaran-gambaran negatif diceritakan pihak tertentu sehingga pendapatnya serupa dengan orang bukan Islam lain yang menentang hukum itu.
“Mereka bukan mahu menentang kerana sengaja tetapi kerana jahil, apabila mereka tahu, tiada masalah. Itu yang saya nampak dan tidak boleh sesekali marahkan mereka. Orang bukan Islam langsung tidak belajar mengenai hudud.
“Dahulu pun saya begitu, dengar macam-macam seperti hukuman potong tangan dan potong kaki tetapi apabila mula belajar, saya melihat hudud tiada kecacatan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini.
Mengulas lanjut, penolakan orang bukan Islam terutama parti politik adalah kerana mereka sangsi jika pelaksanaan hudud kelak akan memaksa mereka untuk menutup operasi premis penjualan arak.
Beliau berkata, mereka yang mengaitkan perkara itu akan berasa tidak selesa sedangkan bagi sesetengah pihak terutama orang bukan Islam, arak adalah salah satu keperluan dalam budaya mereka.
“Bagi saya, orang bukan Islam nampak apabila hukum hudud ini dilaksanakan, mereka dipaksa tutup premis arak. Itu adalah hukum jenayah Islam dan mereka tidak faham. Kalau kita katakan DAP, secara keseluruhannya parti itu mewakili orang Cina dan ada yang menjalankan perniagaan arak, sebab itu mereka membantah,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta orang Islam memberi penjelasan sebenarnya mengenai hudud dan tidak sesekali memberi gambaran salah, selain mengetepikan fahaman politik.
Menurutnya, orang Islam terutama tokoh-tokoh Islam adalah ‘jurujual’ terbaik untuk menjelaskan mengenai perkara itu sambil menyifatkan hudud sebagai ‘produk mulia’ yang diturunkan Tuhan.
Bagaimanapun, B Chandran berkata, realiti yang dilihatnya ketika ini, ‘produk’ itu tidak akan mendapat sambutan sekiranya ‘jurujual’ tidak mampu mempromosikannya dengan kaedah terbaik kepada pengguna.
“Hudud adalah daripada Tuhan dan ia adalah produk yang mulia. Anda ada produk yang baik tetapi tidak guna juga jika ada jurujual yang tidak baik. Kalau kita tengok orang putih (Inggeris), sekalipun produk mereka tidak baik tetapi jurujualnya baik, mereka berjaya menarik pelanggan,” katanya.

Kota Bahru – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melihat negara ini lebih baik menerima hudud daripada melaksanakan hukuman mati mandatori yang menyebabkan kehilangan nyawa.
Menurutnya, hukuman gantung sampai mati menyebabkan keluarga merana, hilang tempat berlindung sedangkan hukum hudud, qisas dan takzir tidak sedemikian.
“Lebih baik terima hudud daripada hukuman mati mandatori, kenapa kita nak takut dengan hudud?
“Kita orang politik hanya nak masukkan enakmen hudud dalam senarai hukum mahkamah syariah Negeri Kelantan untuk diguna pakai hakim,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan di Dataran Wawasan, di sini semalam.
Katanya, bila berlaku kes, hakim menentukan ada prima facie atau sebaliknya dan kalau ada, ia boleh dijalankan dengan masing-masing boleh menggunakan khidmat peguam.
Mengenai perbezaan pendapat dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai hasrat Pas melaksanakan hudud, Nik Abdul Aziz berkata, sepatutnya tidak timbul lagi masalah mengenainya.
“Saya hormati dia sebagai orang lama berkecimpung dalam bidang perundangan, tidak timbul masalah balah (berselisih pendapat) saya dengan dia.
“Apa yang penting sekarang ini ialah memahami hasrat sebenar Pas untuk melaksanakannya di Kelantan dan orang Islam sendiri kena faham bahawa hudud ini bukan kerja Pas, ia ‘sama jadi’ dengan al-Quran,” katanya.
Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang turut menyokong hudud, beliau berkata, itu yang sebaiknya kerana umat Islam perlu lebih rapat.
“Alhamdulillah, kita nak makin rapat macam tu, mana boleh kita orang Islam nak tolak hukum Islam,” katanya. -SH
5 ulasan:
Hudud adalah hukum Islam..berusaha melaksanakannya adallah hijrah terbaik..tidak berusaha dan menghalang pelaksanaannya akan mendapat kemurkaan Allah dan bersedialah menanti azab siksanya..Nauzzubillah
http://waksab.blogspot.com/2011/09/falsafah-hudud-dalam-islam.html
Semoga Alla Taala memberi hidayah Nya kepada anda.
Betul kata Dr.Chandran.Yang menakut-nakutkan MCA dan Gerakan tu,tak lain tak bukan UMNO.56 tahun memerintah mana pernah UMNO terangkan apa itu hudud kepada komponen-komponen BN.
http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com
Manusia yg berkiblatkan dunia akan meletakkan syariat islam dibelakang mereka maka akhirat dilupakan. Ini byk diterangkan Allah dlm kalam suciNya akan sifat2 munafik dan yg mendustakan agama dgn kehidupan dunia yg menipu dan melalaikan. Tiada sapa yg mampu menyedarkan mereka kecuali hidayah dr Allah. Maka sebagai saudara seislam seharusnya kita mendoakan supaya diberikan hidayah utk kembali menemui pencipta dlm husnulkhatimah.
Catat Ulasan