DAP mahu siasatan sama ada misi Somalia patuh ciri keselamatan
KUALA LUMPUR, 3 Sept – DAP mahu pihak berkuasa mengadakan satu siasatan berhubung tragedi kematian membabitkan wartawan Malaysia di Somalia semalam bagi mengenal pasti jika wujud “jurang dalam pelaksanaan aspek keselamatan.”
Jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor (gambar kecil) terbunuh kerana tembakan peluru sesat di Mogadishu manakala jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan cedera di tangan dan dilaporkan stabil.
Setiausaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong berkata, pihaknya berkongsi kesedihan dan mengucapkan takziah atas situasi dialami keluarga Allahyarham Noramfaizul, tetapi mahukan satu siasatan dilakukan.
“Semangat Allahyarham dan pasukan media yang bertugas mengiringi lawatan Kelab Putera 1Malaysia dan Bakti tersebut amat disanjungi kerana keberanian mengharungi cabaran atas amanat sebagai anggota media.
“Namun, DAP ingin menegaskan bahawa pihak penganjur misi ke zon bahaya seperti Somalia perlu mengambil serius segala protokol keselamatan terhadap anggota rombongan,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Angkatan Warga Aman Malaysia S Barathidasan pula berkata, tragedi terbaru ini menunjukkan bahawa misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ada kecacatan dalam mempromosikan agenda BN-Umno.
“Adakah kelab itu benar-benar tahu apa yang berlaku di Somalia sekarang? Kami juga rasa sedih dengan tragedi yang dialami jurukamera kita dan keluarga mereka,” katanya lagi.
Noramfaizul, 39 meninggal dunia selepas terkena tembakan peluru sesat di bahu kanan yang menusuk paru-parunya semasa pulang ke tempat kediaman selepas membuat liputan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.
Beliau adalah antara 55 anggota misi tersebut yang berlepas ke Mogadishu, Somalia pada 28 Ogos lalu.
Tembakan itu dipercayai disasarkan ke arah trak tentera Kesatuan Afrika tetapi tersasar dan terkena pacuan empat roda yang dinaiki mangsa.
Kejadian pukul 5.15 petang waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia) berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan bersama jurukamera TV3 selepas selesai membuat liputan di sebuah kem pelarian di ibu negara bergolak itu. -TMI
Ulasan GB
Apa ke jadah, Trio Datuk T semasa bersumpah laknat dulu siap dipakaikan dengan baju kalis peluru.
Tiba-tiba terlupa membekalkan peserta misi penyelamat ke Somalia dengan baju berkenaan.

Minat ‘Black Hawk Down’
MALANG TAK BERBAU... foto Noramfaizul yang dirakam rakan media, Bani Amin Ahmad Zabidi, di Mogadishu pada pagi kelmarin, beberapa jam sebelum dia maut dalam insiden tembakan ketika perjalanan pulang ke hotel penginapan.
MOGADISHU: “Sebelum membuat liputan di kem penempatan berkenaan, kami berdua sempat bergambar di lokasi ‘Black Hawk (helikopter) down’ ditembak jatuh, selepas arwah beriya-iya mengajak bergambar di situ kerana katanya, entah bila kami akan dapat datang ke Somalia lagi,” kata Aji Siregar Mazlan, 26, jurukamera TV3 yang cedera dalam insiden yang turut meragut nyawa jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, di sini, jam 10.30 malam, kelmarin.
Beliau dan arwah terkena tembakan dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan selepas selesai membuat liputan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di sebuah kem penempatan rakyat Somalia, jam 5.30 petang (waktu Somalia).
Menurutnya, ketika kejadian, dia dan arwah serta lapan lagi rakan media yang tinggal di hotel berasingan dengan 47 lagi anggota misi menaiki dua kenderaan untuk pulang ke tempat penginapan dan bersiap sebelum dijadualkan bertemu Presiden Somalia (Sharif Ahmed) pada jam 9 malam.
Menceritakan tragedi itu, Aji berkata dia dan arwah duduk di bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama empat lagi rakan media daripada TV3, Bernama TV dan ntv7, manakala empat kakitangan RTM menaiki kenderaan lain di depan, bersama kumpulan keselamatan.
Katanya, tembakan berlaku sebaik kenderaan membelok ke laluan masuk hotel dan mereka semua panik serta pemandu cuba memecut masuk tetapi ada halangan berikutan hotel itu mempunyai dua pagar kawalan keselamatan.
“Selepas berjaya masuk, beberapa orang di situ cuba memberi rawatan, namun gagal menyelamatkan nyawa Abang Faizul. Syukur saya hanya terkena serpihan tembakan yang mengorbankan arwah, jika tidak Tuhan saja yang tahu nasib saya.
“Arwah masih bernyawa selepas terkena tembakan, dia hanya mengerang kesakitan dan tidak mampu berkata apa-apa walaupun berkali-kali saya memanggil namanya,” katanya.
Aji berkata, ketika kejadian, dia mendengar satu tembakan sebelum berasa panas di lengan kanannya dan sebaik memeriksa mendapati lengannya luka seperti kesan terbakar.
“Saya kemudian menepuk paha arwah yang duduk di kanan saya untuk memberitahu perkara itu, namun arwah hanya diam dan sejurus itu juga kepalanya terlentok ke bahu saya.
“Ketika itu saya baru sedar arwah turut terkena tembakan dan saya nampak bahunya berlubang serta darah mula keluar dengan banyak,” katanya yang masih terkejut dengan tragedi itu.
Jenazah arwah bersama 54 lagi anggota misi bantuan, termasuk tiga wakil media daripada The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), dibawa pulang ke tanah air menaiki pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dijadualkan tiba di Subang, hari ini.
Seramai 55 rakyat Malaysia, termasuk wakil media, berada di Mogadishu bagi menghulurkan bantuan makanan dan perubatan bagi rakyat Somalia yang menderita kebuluran.
Arwah antara 17 wakil media yang turut serta dalam misi berkenaan. -hm
‘Saya terdengar dua das tembakan’
NORAMFAIZUL yang dalam keadaan nazak selepas ditembak sebelum menghembuskan nafas terakhir.
MOGADISHU – “Saya masih tidak percaya kejadian yang menimpa kami. Hakikat jurukamera saya, Noramfaizul Mohd. Nor, maut akibat terkena tembakan peluru sesat pada petang Jumaat, masih belum dapat saya terima,” demikian kata wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya.
Beliau dan Noramfaizul, 39, adalah antara 54 anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia yang berlepas pada 28 Ogos lalu dan dijadual tiba di tanah air hari ini.
Kejadian tembakan itu berlaku ketika krew BernamaTV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal sejauh kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kebuluran.
“Saya duduk di bahagian paling hadapan di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, manakala Noramfaizul duduk di bahagian paling belakang di sebelah kanan bersebelahan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan yang turut cedera. -kosmo
Ulasan GB
Apa ke jadah, Trio Datuk T semasa bersumpah laknat dulu siap dipakaikan dengan baju kalis peluru.
Tiba-tiba terlupa membekalkan peserta misi penyelamat ke Somalia dengan baju berkenaan.
13 ulasan:
umno putra yang perlu bertanggung jawab..nak cari nama ini le petunjuk yang dapat....
jaket kalis peluru...kenapa GB tak suarakan kepada yg berkenaan sebelum mereka berlepas ke somalia...apakajadahnya membangkitkan hal ini selepas insiden sudah berlaku...lain kali peringatkan pihak2 yg berkenaan sebelum misi bermula...
anon diatas. berapa byk dia ada byr gb utk jadi konsultan keselamatan bagi misi somalia? Dgn apco, umno blh byr sampai RM74 juta, dgn rakyat sendiri semua nak free ke? amatan bagi misi somalia? Dgn apco, umno blh byr sampai RM74 juta, dgn rakyat sendiri semua nak free ke?
Tak perlu patuhi ciri2 keselamatan.
Asalkan patuh pakai 'Baju 1Malaysia'. Ini yang penting.
'Baju 1Malaysia' itu kan kebal...tak lut peluru...kah kah kah
Setuju dengan Greenboc. Anon 9.20 am tak perlu emo. Ini bukan isu politik (eventhough cara ia diberitakan dan apa yang akan jadi lepas ini memang telah atau akan jadi politik pun). Ini isu keselamatan krew media. Sedangkan field reporter CNN dan BBC yang 'embedded' dengan tentera di Iraq, Afghan dan Libya sekalipun sentiasa memakai kevlar vests. Memang terlalu banyak ketirisan dalam perancangan misi ini. sedangkan ramai lagi wartawan antarabangsa yang telah menjadi mangsa ketika membuat liputan, setakat seorang wartawan Malaysia terkorban ketika menjalankan tugas, sekadar jadi statistik sajalah. Satu kehilangan nyawa yang sia-sia dan amat boleh dielakkan.
semuanya pasal UMNO nak nama....ingat iklas sangat ke nak bagi bantuan tu.....bukan sepenuhnya duit UMNO pun..duit hak rakyat sendiri juga disapu...kat rakyat sendiri pun ... berkira...contohnya rakyat kelantan......kalau UMNO iklas nak memberi bantuan...kenapa tak beri wang royalti tu balik.... walau bagaimanapun alfatihah buat yg jadi mangsa.....keangguhan UMNO.
Pertama: Pakai baju kalis peluru. (sedangkan bersumpah dlam masjid pun pakai)
Kedua: Lekatkan PRESS / NEWS dgn terang & jelas dikenderaan.
program UMNO yang mengorbankan rakyat, rakyat mati dulu, rakyat didahulukan.....
Teliti dulu siapa ketua rombongan ni.Mamak ni bukan kisah ciri-ciri keselamatan,yang dia mau hanya publisiti murahan untuk dirinya dan untuk UMNO.Lihat bungkusan-bungkusan yang dibawa,semua ada gambar Najib dan Rosmah wal hal bukan duit UMNO yang digunakan keseluruhannya untuk beli bekalan-bekalan tu.Kita amat simpati kepada keluarga Allahyarham dan UMNO bertanggungjawab penuh atas kehilangan Allahyarham.
Keluarga mangsa sangat patut membuat laporan polis segera terhadap penganjur program berkenaan... Same hal jika sesuatu yang buruk terjadi kepada mana-mana peserta rombongan maka penganjurnya akan disiasat. Khidmat negara pun kena siasat jika berlaku kes inikan pulak aktiviti yang terang-terang berkaitan dengan orang politik... tak gitu ke GB..?
Somalia bukan negara yang aman, dah tau dari dulu lagi dah, amerika pun cabut balik tak tahan kena ambush, ini kita nak pergi sana hulur bantuan buat apa? ada banyak cara nak hulur bantuan tanpa perlu pergi kesana.....Lu pikir la sendiri....
patut askar yang pergi, tapi UMNO guna wang rakyat pergi nak cari nama, balik meninggalkan nama tidak bernyawa, HIDUP UMNO!!! YANG MATI RAKYAT
Kepada jurukamera yang masih berkhidmat dalam semua stesen tv...
Kematian allahyarham Noramfaizul Mohd Nor adalah peringatan kepada anda semua, jangan nak berebut membuat assignment khasnya luar negara.
Dengar khabarnya ada diantara jurukamera sanggup membuat fitnah sehingga menjatuhkan maruah jurukamera lain demi untuk mendapatkan assignment tersebut.
Anda jangan fikir bahawa liputan berlebihan yang dibuat oleh kerajaan berkaitan dengan kematian Noramfaizul Mohd Nor seolah-olah menunjukkan taraf jurukamera seperti seorang wira.
Jangan terlampau banyak berkhayal diatas puji-pujian itu sehingga terlupa bahawa anda juga sebagai jurukamera diperalatkan juga membuat onar dan mereka-cerita palsu bagi memburukan orang lain demi memenuhi kehendak pemimpin kerajaan.
Saya bukan cemburu dengan kerjaya anda sebagai jurukamera tapi saya amat benci dengan sikap anda yang sanggup jadi baruah kepada pemimpin tertentu dimana anda merakamkan dan menyiarkan sesuatu cerita bertujuan menghina seseorang tanpa diberi peluang untuk orang itu mempertahankan diri.
Bukti boleh dilihat setiap hari dalam berita TV1,2,3,4,5,6,7,8,9
Catat Ulasan