Kes liwat Anwar: Profil DNA lelaki Y tercemar, kata pakar Australia
KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Pakar dari Australia memberitahu mahkamah hari ini bahawa seorang saintis telah melakukan kesilapan ketika mengendalikan ujian profil DNA yang pihak pendakwa telah gunakan untuk mengaitkan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Dr Brian McDonald, saksi keempat pasukan pembela berkata, ahli kimia kerajaan Nor Aidora Saedon (gambar) telah melakukan kesilapan besar dalam kiraan pada ujiannya sehingga menyebabkan Anwar telah diputuskan sebagai “lelaki Y”, profil DNA yang didakwa ditemui pada dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.
“Apa yang anda ada ialah campuran profil. Beliau melaporkannya sebagai satu profil tunggal,” kata Dr McDonald di Mahkamah Tinggi hari ini.
Kata beliau, Nor Aidora telah mencampur aduk garis panduan menjalankan proses ujian profil DNA, sehingga menyebabkannya memperoleh bacaan yang salah.
Perbicaraan membabitkan Ketua Pembangkang ini telah diberikan butiran analisis DNA secara terperinci termasuk penjelasan mendalam bagaimana untuk menanda dan membaca keputusan analisis.
“Jika ujian-ujian ini dijalankan di sekolah, beliau sudah pasti telah gagal,” kata beliau lagi.
Pada Februari lalu, pasukan guaman Anwar berhujah dengan mempersoalkan profil-profil DNA yang diperoleh hasil ujian ke atas tuala.
Tuala itu diberikan kepada Anwar ketika ditahan di lokap ibu pejabat polis Kuala Lumpur tiga tahun lalu selepas dituduh meliwat Mohd Saiful.
Peguam pembela Ramkarpal Singh Deo berkata berdasarkan ujian “electropharogram” yang dijalankan oleh Nor Aidora ke atas tuala itu, analisis menunjukkan bahawa ada dua profil DNA — satu Lelaki Y dan satu lagi tidak diketahui profilnya.
Ketika memberi keterangan pada 23 Februari lalu, kata Nor Aidora, profil-profil DNA yang ditemui pada barang tersebut sepadan dengan lelaki tidak dikenali “lelaki Y”, yang spermanya diperoleh dari dubur Saiful.
Keterangan pakar itu akan disambung esok.

Mustahil Sperma Dikesan Selepas 8 Jam
KUALA LUMPUR 25 OGOS: Adalah mustahil sperma yang banyak dapat dikesan selepas terdedah lebih daripada lapan jam menurut konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdonald.
Beliau yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes fitnah liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim hari in berkata jumlah sperma akan merosot selepas dibiarkan terdedah.
Justeru pasukan peguambela meragui sekiranya pakar DNA Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong (gambar) menjalankan ujian keatas spesimen sperma yang sama diperolehi dari dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan.
"Sekiranya sperma diuji selepas 100 jam (tanpa simpanan betul), adakah kemungkinan ujian akan mencatatkan bacaan negatif?" tanya Ram.
"Benar. Kemungkinan bukan sampel yang sama berdasarkan sejarah kajian," jawab Brian.
Pada sebelah pagi, mahkamah dikejutkan dengan penemuan makmal di Jabatan Kimia Malaysia (JKM) tidak mendapat pensijilan ISO17025 yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).
Perkara yang didedahkan Brian itu menyatakan bahawa mana-mana makmal yang menjalankan ujian DNA harus mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa.
Namun difahamkan makmal JKM di mana ujian sperma kes liwat Saiful dijalankan gagal memperoleh sijil ISO setelah tamat pada Oktober 2005.
Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir Oktober nanti.
Sankara yang ditemui media selepas hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menangguhkan sesi perbicaraan hari ini menyanggah keterangan Seah sebelum ini yang menyatakan jumlah sperma yang banyak berjaya dikesan walaupun telah melebihi 90 jam.
"90 jam masih kata ada banyak. (Seah) perlu jelaskan bagaimana beliau dapat. Ianya mungkin tiada sperma langsung. Itu sebab saya suruh tunjukkan foto (sperma) di mahkamah tapi mereka kata tiada," katanya.
Sesi perbicaraan hari ini turut menyentuh kelalaian Seah memperbetulkan kesilapan tarikh yang dicatatkan pada dua botol spesimen yang mengandungi DNA.
Botol-botol itu dilabel dengan tarikh 26 Jun 2008 sedangkan Saiful membuat aduan di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun tahun yang sama.
Menurut Brian, sebagai pakar DNA, Seah peka terhadap sebarang kecacatan sebelum mengetengahkan kepada umum dengan hasil ujian.
Brian menyifatkan kemungkinan sampel diambil pada 28 Jun atau ianya telah disalah label.
Katanya perbuatan Seah mampu merisikokan nyawa seseorang dan akan dibuang kerja sekiranya ianya berlaku di negara Australia.
Mahkamah bersambung jam 9 pagi esok di mana Ram Karpal akan meneruskan sesi menyoal pakar dari Australia itu. -tvsnews
12 ulasan:
Adakah kerana anda pegawai kera jaan yang tak punya ilmu atau anda telah dicucuk hidung supaya menampakkan kebodohan anda??
sudahlah hakim diah.
buang saja kes tak berfaedah tu.
atau cepat2 masukkan anwar dalam penjara.
kalau betul dia bersalah.
buat malu anak cucu cicit kita saja.
liwat... liwat... liwat..
takda lain ke nak dibicarakan.
rakyat dah muak, panjang menjela2 macam takda kesudahan.
lepas liwat 1 ada liwat 2, kemudian nanti liwat 3 pula.
apakah malaysia ni negara liwat ke?
nanti Allah terbalikkan malaysia macam sodom dan gomorrah, padan muka...
Walau apa pun hujah pakar DNA tu..samada dr mana sekali pun pakar tu ..brapa lama pun pengalaman pakar tu...anwar akan tetap kena...
BERTUDUNG....TAPI BERSUBAHAT, TAK MALU KE KAT ALLAH!!!. PAKAR SI KAFIR ITU LEBIH MULIA DAN BENAR DARIPADA KAMU. BERHENTI LE KERJA JAHAT NI, DARIPADA TERUS MELAKUKAN KEROSAKKAN.
yang paling tak tahan: kalau ujian2 ini dijalankan di sekolah, beliau sudah pasti telah gagal.
bisa bonar.
nulikan rasa: Jongang Bangang
Rupa-rupanya Jabatan Kimia tidak ada Sijil Antarabangsa
Jabatan Kimia hanya ada 'Sijil UMNO'...kah kah kah..kah kah
Betulkah 'Sampul surat itu berisi peluru hidup'? Kalau kau orang nak tahu cerita sebenar pergi baca blog BERUK tu...kah kah kah
makmal ni tahap sekolah ke?
ni mesti dari universiti kangkung
Cik Nor Aidora,
Cik boleh ambil borong resit dari pejabat Dr Brain mulai hari ini. Pendaftaran tutup minggu depan.
Jangan susah hati, kalau sudah gagal, boleh ambil periksa sekali lagi.
kredibiliti sumber xde lnsg..baik tutup je la blog ni..
terbukti yg lab forensik di petaling jaya tu dah diiktiraf dan ada sijil dr ASCLD..
blogger2 pr yg mainkan isu pasal sijil ni mesti tgh sorokkan muka dlm lubang tandas sbb malu..
Harap ahli kimia Nor Aidora Saedon buat sesuatu untuk membersihkan namanya.Jika benar dia 'dicucuk hidung'maka wajiblah dia membukanya
sendiri 'tali di hidungnya itu' kerana dia bukan kerbau.
"Wahai pecacaiku sekelian macam mana sekarang, cuba cari bukti lain... tak kira apapun yang boleh dijadikan alasan supaya aku boleh pengal kepala si DSI ni.. kalau dia terlepas.... matilah kita semua.... tapi jangan takut undeng-undeng ini negeri bapak aku yang buat.. pokoknyah dsi memang tak bersalah... sebab itu yang tak bersalah kena masuk penjara... ha ha ha ha..." ujar nejeeb
Catat Ulasan