4 Ogo 2011

Selangor Sedia Geran Untuk Pilihan Raya Adil, Bersih

Shah Alam 4 OGOS : Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bersetuju menubuhkan satu geran untuk membiayai usaha-usaha memfailkan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap senarai daftar pengundi baharu yang meragukan.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim , Kerajaan Negeri memandang serius aduan-aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi yang sedia ada dan senarai daftar pengundi baharu.

“Aduan dan tuduhan termasuk rakyat negara jiran yang mendapat taraf permaustatin tetap dan disenarai sebagai pengundi amat merungsingkan dan perlu diselesaikan dengan segera.

"Kerajaan Selangor berpandangan bahawa rakyat mempunyai hak untuk menuntut satu daftar pemilih yang bersih untuk membuka jalan kepada satu pilihan raya yang bersih dan adil," kata Khalid selepas mempengerusikan mesyuarat exco semalam.

Tambah beliau, geran ini terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan parti politik. Oleh kerana dana kerajaan negeri digunakan, bantahan ini hanya melibatkan kawasan di Selangor sahaja.

“Pilihan raya bersih dan adil adalah tiang utama kepada demokrasi tulen. Pilihan raya bukan sahaja perlu bersih dan adil tetapi juga perlu kelihatan bersih dan adil di mata semua.

"Setiap usaha mesti diambil demi memastikan kredibiliti pilihan raya dijaga dan pilihan sebenar rakyat dihormati,” katanya. -tvsnews



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan setakat geran, buang juga papan tanda had laju yang dibina kerajaan BN untuk kutip wang saman ekor dari rakyat

Tanpa Nama berkata...

MALAYSIA dalam bahaya jika keadaan ini tidak dibenteras oleh seluruh rakyat yang layak mengundi.Semoga semua MP umno, ketua-ketua cawangan umno, putera dan puteri umno serta seluruh ahli-ahli umno sedar akan kesilapan mereka selama ini dan akan menyokong barisan pakatan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Negeri-negeri Pakatan Rakyat - Kelantan,Kedah dan Pulau Pinang wajar ikut tindakan Selangor mengheret SPR kemahkamah serta Kementerian Dalam Negeri kerana mencabuli Perlembagaan Malaysia,menjadikan PATI warganegara.